Peta dan Mod

League of Legends: Wild Rift bukan hanya satu permainan—Ianya adalah gaya hidup. Sebuah falsafah. Sebuah prinsip membimbing alam semesta.

...Dan juga peta!

Peta

Peta Wild Rift sama seperti permainan Wild Rift: Lebih kecil, laju dan direka untuk peranti mudah alih. Terdapat banyak peminat lama League of Legends yang akan kenal, bersama dengan perubahan kecil yang mempunyai penerangan tersendirinya.

Apa yang akan datang dari Summoner's Rift?

Kebanyakan daripadanya! Tiga lorong, dua hutan, satu sungai... Naga, Herald dan Baron, wah! Pemain laman akan mendapati peta mudah difahami, jadi ini adalah penerangan ringkas bagi pemain baru.

Setiap pasukan muncul di pancuran masing-masing, kawasan selamat yang menembak musuh dan memulih sekutu dengan laju. Sebelah pancuran terdapat Nexus, pilon kuat yang anda perlu hancurkan (atau pertahankan jika ianya milik pasukan anda) untuk menang. Menghalang pasukan anda daripada Nexus musuh adalah tiga menara diletakkan secara berjarak pada setiap tiga lorong. Menara ini mula menembak apa saja musuh yang berdekatan, jadi pastikan pengikut anda yang diserang dan bukan anda! Hutan merupakan satu zoo raksasa biasa anda perlu faham yang Naga, Rift Herald dan Baron adalah raksasa besar yang anda perlu fokuskan untuk pasukan anda (apabila anda sudah cukup kuatlah!)

Bagi sesetengah, ianya memang semudah itu! Bagi yang lain, ianya memang agak sukar. Tetapi seperti semua perkara, anda belajar dengan melakukannya jadi ambil giliran dan jelajahi Wild Rift!

Apa yang Berbeza?

Sayang, kami telah kecilkan peta!

Wild Rift’s dimensi saiz bit memberikan perlawanan pantas dan penuh aksi, jadi pemain akan kurang bersembang dan lebih kepada berlawan. Kami juga telah membuang perencat—hanya hancurkan menara pangkalan untuk mendapatkan pengikut besar. Tetapi jangan terpedaya dengan menara Nexus yang sedikit kerana Nexus itu sendiri menghindar musuh dengan serangan hebat! Tambahan lagi, pekebun kami sendiri menggunakan kreativitinya sendiri untuk meletakkan rumpun pokok (tumbuhan hutan dan juga semak), menghidupkan peta dengan peluang permainan baharu.

Kesemua perubahan ini mempunyai satu perkara yang sama: ianya direka untuk memberi ganjaran pada perlawanan pantas dan agresif dan mempromosikan permainan yang lebih pendek. Namun terdapat masalah berkenaan peranti mudah alih yang memerlukan penyelesaian yang lebih menarik. Seperti...

Perspektif Peta Diputarkan

Salah satu cabaran paling besar yang kami hadapi dalam mereka Wild Rift adalah untuk memuatkan Wira League yang begitu banyak, taktik dan permainan dalam skrin peranti mudah alih. Sementara sesetengah boleh diselesaikan dengan mengubah beberapa nombor, isu yang lain memerlukan perubahan dalam perspektif... seluruh peta.

Secara ringkasnya, pemain pasukan merah telah diputarkan peta mereka pada 180°, membuatkan perspektif yang luas dan seronok bagi pasukan biru sementara mengekalkan asimetri peta.

Kami faham ini mungkin agak memeningkan bagi kedua-dua pemain baru dan lama. Perkara ini adalah satu perubahan yang besar! Oleh sebab itu terdapat penanda visual pada permulaan setiap permainan menunjukkan lorong mana yang patut dipertahan carry/support duo anda dan yang mana tersedia untuk bahagian solo anda.

Ini mungkin akan berbunyi agak luar biasa dalam kertas (atau dalam piksel), tetapi silalah mencubanya! Buktinya adalah dengan bermain.

Mod

Wild Rift mungkin lebih kecil tetapi ia cukup besar untuk meletakkan mod permainan paling popular League! Pada sebahagian besar, semuanya mengikui format yang sama: pilih wira, bunuh pengikut dan hancurkan Nexus. Tetapi setiap mod memberi tujuan yang berbeza dan player yang agak berbeza sedikit. Bacanya untuk mengetahui yang mana satu anda minat!

Biasa

League Klasik! Dua pasukan lima pemain memilih wira yang mereka suka (jika tidak dipilih oleh sekutu dahulu!), kemudian mereka akan bertarung di Rift. Permainan ini sesuai untuk pemain yang mencari perlawanan pantas dan pertaruhan rendah.

Berkedudukan

Perbezaan antara perlawanan biasa dan berkedudukan bermula di Pilihan Wira. Pemain mengunci wira mengikuti format draf S, yang mana pilihan adalah bergilir antara pasukan. Ini memberikan peluang untuk membuat strategi pilihan lawan dan mengasahkan pelan permainan mereka sebelum bergerak ke dalam Rift. Ini juga bermakna setiap wira hanya boleh muncul sekali bagi setiap perlawanan. Bagus jika anda tidak menyukai perlawanan cerminan, tetapi kurang bagu jika musuh menggunakan taktik Teemo terhadap anda. Oleh itu kami menyarankan untuk mempunyai beberapa wira yang anda selesa untuk digunakan sebelum memulakan perjalan anda ke atas!

Selepas perlawanan tamat, setiap kedudukan pemain dilaras berdasarkan prestasi mereka dan kedudukan pemain lain. Klik di sini untuk mempelajari spesifikasinya!

Ko-Op VS. AI

Terdapat sebab permainan ini bernama Wild Rift. Wira, item, rune, “meta”... Banyak untuk difahami dan itu sebelum anda meletakkan lima pemain yang tidak sabar untuk menghancurkan Nexus anda. Begitulah perlawanan ko-op VS. Perlawanan AI adalah tempat yang sesuai untuk anda berlatih. Sama ada anda mencuba wira baharu atau cuba membiasakan diri dengan permainan, bot kami direka untuk diserang dan terus berlawan!

Tetapi jangan beritahu Blitzcrank, okey? 

Tersuai

Mahu bermain perlawanan persahabatan dengan sembilan rakan anda? Teringin mencabar lawan anda dari perlawanan sebelumnya dalam satu lawan satu? Atau anda ingin membuat pertandingan satu pejabat untuk lihat pasukan mana yang paling hebat? Apa sahaja anda mahukan, perlawanan tersuai mempunyai jawapannya! Mereka memberi anda tetapan perlawnan yang tetap, daripada saiz pasukan kepada jenis permainan. Bertaruh dengan permainan awam atau tetapkanya dengan beberapa pemain menggunakan kata kunci. Pelbagai cara anda boleh bermain!

Alatan Berlatih

Seperti yang disebut, Alatan Berlatih adalah kurang daripada permainan dan lebih kepada tempat latihan untuk mengasahkan kebolehan anda dan reka teori tanpa sekatan objektif perlawanan biasa. Anda boleh membuang kesemua jana semula, munculkan item sesuka hati dan mengubah pelbagai tetapan untuk menguji kebolehan anda dalam keadaan yang selamat dan terkawal. Kerana ianya mustahil untuk berjenaka dengan rakan sepasukan anda dengan binaan baharu yang luar biasa jika anda tidak mempunyai rakan sepasukan!

Adakah artikel ini membantu?