FAQ Open Beta Serantau

Selepas League of Legends: Wild Rift Closed Beta Serantau berakhir, kami ingin memberikan penghargaan terakhir kepada semua pemain yang telah melakukan pra-pendaftaran untuk melihat Rift baru awal. Tanpa anda semua, kedua-dua queu dan hati kami terasa kosong. Terima kasih!

Sekarang ini bersama penutupan Closed Beta, sudah tiba masanya untuk Open Beta...buka.

Selamat datang ke Open Beta Serantau!

Adakah saya perlu pradaftar?

Tidak!

Open dalam Open Beta Serantau bermaksud bahawa sesiapa saja di lokasi yang disokong boleh masuk ke Wild Rift dengan memasang permainan dan log masuk!

Sayangnya, bahagian Serantau dari Open Beta Serantau bermaksud anda perlu berada di kawasan tertentu untuk bermain. Kami tahu apa yang anda akan tanya seterusnya...

Kawasan manakah yang termasuk dalam Open Beta Serantau?

Dari 29 Mac 2021, Open Beta Serantau termasuk:

  • Brazil
  • Eropah
  • Indonesia
  • Jepun
  • Amerika Latin
  • Malaysia
  • Timur Tengah
  • Afrika Utara
  • Amerika Utara
  • Oceania
  • Filipina
  • Rusia
  • Singapura
  • Korea Selatan
  • Taiwan
  • Thailand
  • Turki
  • Vietnam

Whoa—Wild Rift akhirnya akan datang ke Amerika!

Betul tu! Penantian telah tamat dan kami meraikannya dengan berbagai cara.

Tapi sebelum tu, server Amerika adalah unik dan perlukan beberapa langkah tambahan untuk pemain merasakan pengalaman penuh pelancaran tersebut. Untuk ketahui lebih lanjut, pergi sini.

Sekarang untuk bahagian yang lebih seronok!

Pertama sekali, pemain akan dapat memasuki event Rift-to-Rift dan Kick-Off Reward yang datang bersama pelancaran Wild Rift di rantau lain. Hanya log masuk dengan akaun yang betul dan korang boleh teruskan.

Kami juga melakukan satu event khas untuk bantu prestasi korang: Wild Welcome! Inilah peluang anda untuk mengejar pemain lain di serata dunia, jadi masuk queue dan selesaikan beberapa misi.

Bilakah Open Beta Serantau akan datang ke kawasan saya?

Melancarkan permainan mobile dengan skop dan kualiti seperti ini mendatangkan banyak cabaran hebat, tidak kurang juga menguruskan rangkaian global yang kompleks. Walau bagaimanapun, ia akan sentiasa menjadi misi kami untuk memastikan semua permainan tersedia untuk rantau tersebut sebelum dilancarkan. Sesetengah tempat mempunyai lebih banyak yang perlu dilakukan daripada lain tetapi kami yakin bahawa pelancaran yang lebih perlahan dan lancar akan memberikan lebih banyak nilai kepada pemain kami daripada yang tergesa-gesa.

Pemain yang ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai jadual Open Beta Serantau boleh dapatkan semua maklumat terbaru di laman web rasmi Wild Rift. Seperti biasa, terima kasih atas kesabaran anda semua!

Apakah jenis peranti yang saya perlukan untuk bermain?

Wild Rift berkongsi falsafah yang sama dengan League of Legends: semakin ramai, semakin meriah! Itulah sebabnya kami berusaha keras untuk memastikan Wild Rift dapat dimainkan pada pelbagai peranti.

Mempunyai telefon Android? Pergi di sini!

Lebih suka iOS ? Kami menguruskan semuanya untuk anda!

Bolehkah saya menstrim, membuat video atau bercakap tentang Wild Rift?!

Ya, ya dan ya! Jangan lupa tag kami di media sosial korang juga! Anda boleh menemui kami di Twitter dan Facebook.

Adakah artikel ini membantu?

Tidak dapat mencari apa yang anda mahu?

Kami sedia membantu anda! Hantarkan tiket! Selagi poro tidak memakannya, kami akan segera menghubungi anda.

/ Hantar Tiket
Kuasa daripada Zendesk