Lidah yang suka menjelir. Bentuk hati di bahagian perut. Misai yang agak comel. Banyak lagi sebab untuk anda menyukai poro. Si bulu ini bukan hanya untuk melenggang kaki sahaja—bukan! Mereka membawa kecomelan ke League of Legends: Wild Rift, dan kali ini mereka akan menggantikan kasih sayang anda kepada kekayaan yang tidak diketahui.
Tidak diketahui, sehingga kini!
Apakah itu Poro Coin?
Poro Coin adalah mata wang yang unik untuk Wild Rift! Anda boleh melihat jumlah yang anda ada dengan memasuki Kedai, ketik Kedai Poro dan lihat nombor di bahagian atas skrin, sebelah simbol berputar yang dipaparkan di atas! Ada khabar mengatakan poro SANGAT sukakan benda ini, jadi mula kumpul mata wang yang enak ini untuk melakukan barter dengan poro berdekatan anda!
Bagaimana saya boleh mendapat Poro Coin?
Seperti perkara lain dalam dunia poro, ekonomi poro adalah berdasarkan jumlah main anda. Sebab itulah Poro Coin diberikan kerana telah menjelajahi ciri-ciri Wild Rift yang berbagai! Menaik tahap, memasuki event, mendapat peti aktiviti mingguan… Jika anda selalu log masuk ke dalam Wild Rift, sudah tentu akan terdapat poro yang tidak sabar untuk memberi anda Poro Coin!
Apa yang boleh saya beli dengan Poro Coin?
Terdapat dua cara utama untuk menukar Poro Coin yang diperoleh dengan susah payah anda:
Gaya Berputar
Apabila melakukan lagak gaya, tiada siapa yang dapat menandingi poro!
Poro akan menyusun satu set gaya baharu untuk membantu anda bergaya di Wild Rift setiap bulan, pastikan anda singah selepas anda memperoleh Poro Coin yang mencukupi!
Tidak nampak gaya yang anda suka? Poro boleh uruskan! Kerana anda juga boleh mendapatkan...
Peti Poro
Gaya akan datang dan pergi, tetapi Peti Poro sentiasa akan dijual!
Lebih baik lagi, terdapat pelbagai barangan yang anda boleh dapat daripada peti! Bauble, ikon, emote, recall... Sebenarnya, kami telah membuat senarai kesemua barangan tersebut yang boleh anda menang daripada peti, jemput lihat!
Apakah itu Condensed Ore?
Poro sangat SUKA menerima Poro Coin. Sangat suka sehinggakan mereka memberikan ganjaran kepada pemain Condensed Ore bagi setiap Poro Coin yang anda belanjakan pada nisbah 1:1. Satu Poro Coin yang dibelanjakan bersamaan satu Condensed Ore diperoleh, yang akan terus masuk ke meter Condensed Ore anda. Sebagai tambahan, Condensed Ore boleh ditukar kepada Condensed Mote pada nisbah 1:1. Gunakan Condensed Mote untuk menebus ganjaran di Kedai Penebusan Collected Legends.
Setelah meter Condensed Ore anda dipenuhkan, anda boleh menuntut Peti Skin Rawak Kedai Poro SECARA PERCUMA! Seperti peringkat "comel" poro kami, skin boleh mencapai sehingga peringkat epic. Lebih baik lagi, ada peluang kecil Peti Poro juga akan mengandungi sedikit Condensed Ore tambahan, bantulah diri anda dan kunjungi poro berharga ini!