Markah Ranked

Beralih daripada permainan normal kepada ranked boleh jadi menakutkan. Walaupun ia adalah Wild Rift yang sama tetapi pemainnya lebih fokus. Malah, lebih lapar. Air liur meleleh untuk bertarung, untuk berada di atas...

Kebuluran untuk Markah Ranked!

Apakah itu Markah Ranked?

Ranked_Marks.png

Markah Ranked merupakan cara pemain daripada Iron kepada Sovereign menjejaki kemajuan mereka menaiki (dan, malangnya, menuruni) tangga. Anda memerlukan sejumlah Markah Ranked untuk menaiki empat divisyen setiap peringkat (sekurang-kurangnya sehingga Master!) dan anda memperoleh/kehilangan markah bergantung pada keputusan setiap perlawanan. Namun begitu, jumlah Markah Ranked yang dipertaruhkan bergantung pada beberapa perkara.

Sebilangan besar permainan Ranked mematuhi model permainan zero-sum:

Menang +1 Markah Ranked
Kalah (Bronze–Iron) Tiada perubahan
Kalah (Silver–Challenger) -1 Markah Ranked

Pampasan untuk pemenang, penat untuk yang kalah! Sistem ringkas ini sesuai untuk kebanyakan permainan Ranked Iron–Sovereign, melainkan anda mempunyai Fortitude untuk mengubah nasib anda!

Fortitude Ranked

Sistem Fortitude Ranked merupakan cara kami membantu pemain yang mempunyai impak positif secara konsisten terhadap permainan mencapai peringkat sebenar mereka lebih cepat. Pengumpulan Mata Fortitude dapat mengurangkan padah kekalahan ataupun menggandakan hadiah kemenangan!

Tertarik? Mari lihat panduan tentang Fortitude Ranked kami!

Berapa banyakkah Markah Ranked yang saya perlukan di setiap divisyen?

Perkara itu bergantung pada peringkat!

Iron–Diamond

PERINGKAT MARKAH RANKED SETIAP DIVISYEN
Iron 2
Bronze–Silver 3
Gold–Platinum 4
Emerald 5
Diamond 6

Setelah mengisi Markah Ranked untuk satu divisyen, anda akan melompat ke divisyen seterusnya! Namun begitu, untuk mendaki antara peringkat, anda perlu melengkapkan siri promo yang anda boleh pelajari di Gambaran Keseluruhan Ranked kami.

Ingat: setiap peringkat daripada Iron kepada Diamond mempunyai empat divisyen (Iron IV, Iron III, Iron II, Iron I, kemudian Bronze IV, Bronze III, Bronze II, Bronze I, dll), jadi ia memerlukan lebih banyak permainan untuk melepasi Diamond berbanding ketika di Iron.

Master, Grandmaster, Challenger dan Sovereign

Master sehingga Sovereign adalah sedikit berbeza—peringkat ini tidak mempunyai divisyen! Sebaliknya, anda perlu memperoleh bilangan Markah yang lebih tinggi untuk naik.

PERINGKAT MARKAH RANKED MINIMUM
Master 1
Grandmaster 30
Challenger 60
Sovereign 100

Jika anda berjaya mencapai Sovereign, Markah Ranked anda akan terus meningkat. Sudah tentu, anda masih memerlukan semua Markah Ranked yang dapat anda peroleh, kerana hanya pemain yang terbaik sahaja akan bersaing untuk tempat teratas pada papan pendahulu serantau yang ditetapkan semula sekali setiap hari!

Rantau Saiz Papan Pendahulu
China 5000
Asia 400
Amerika 300
Eropah 300

Bagaimana pula dengan Legendary Queue?

Selamat datang ke liga besar, budak!

Legendary Queue menggunakan sistem kemajuan yang berbeza untuk mencerminkan taruhannya yang lebih tinggi. Jom tengok halaman Legendary Queue untuk mengetahui segala-gala mengenainya!

Adakah artikel ini membantu?