Gambaran Keseluruhan Ranked

Pada asasnya, League of Legends: Wild Rift ialah permainan kompetitif. Anda perlukan kerjasama, pengetahuan dan kemahiran untuk berjaya. Sejauh mana tahap kemahiran anda?

Hanya mereka yang menguji kekuatan mereka di Ranked yang akan tahu!

Legendary Queue

Artikel ini memaparkan Queue Ranked standard. Jika anda sedang mencari maklumat tentang Legendary Queue, pergi ke sini!

Jadual

Permulaan Musim 20: 23 Januari 2026 // 8:00 pagi GMT+8
Penamat Musim 20: 10 April 2026 // 7:59 pagi GMT+8

Jam countdown dalam permainan akan muncul beberapa hari sebelum Musim 15 berakhir, oleh itu terus perhatikan hab Ranked untuk melakukan yang terbaik!

Peringkat Ranked

iron-bronze-silver-gold-plat.png

Daripada satu puncak yang menjulang tinggi, lebih bagus untuk menggambarkan peringkat Ranked yang meluas. Setiap puncak yang ditakluki adalah satu kemenangan!

IRON
BRONZE
SILVER
GOLD
PLATINUM
EMERALD
DIAMOND
MASTER
GRANDMASTER
CHALLENGER
SOVEREIGN

Diamond dan ke bawah dibahagikan lagi kepada empat divisyen, bermaksud anda harus naik dari Iron IV ke Iron I sebelum dapat naik ke Bronze IV. Master dan Grandmaster dibahagikan kepada tiga divisyen sahaja.

emerald-diamond-master-grandmaster-challenger.png

Tiada Perlawanan Peletakan!

Pengalaman Ranked bermula pada kali pertama anda masuk queue, tiada peletakan diperlukan!

Markah Ranked

Markah Ranked adalah penentu di bahagian potret peringkat ranked anda yang merekod progres anda di setiap divisi. Kemenangan memberikan Markah, manakala kekalahan akan dibuang markah (kecuali di Iron dan Bronze). Anda perlukan lebih Markah Ranked untuk menaiki divisi di peringkat lebih tinggi jadi dari Platinum ke Emerald akan mengambil masa yang lebih lama daripada Iron ke Bronze.

Walaupun nampak mudah, ada perincian pada sistem ini, pastikan anda melawati halaman Markah Ranked untuk mengetahui lebih lanjut!

Fortitude Ranked

Anda akan menerima Ketabahan Ranked apabila menang dan bermain dengan baik serta bersih dalam Wild Rift. Isikan bar Fortitude anda untuk mendapatkan Perisai Kekalahan, yang akan anda gunakan dan bukannya kehilangan Markah Ranked dalam kekalahan. Kekalkan rentak kemenangan anda cukup lama, dan anda boleh dapatkan DUA Markah Ranked untuk setiap kemenangan!

Untuk maklumat lanjut tentang cara sistem ini berfungsi, layari halaman Ranked Fortitude kami.

Tiada Siri Promosi!

Betul! Menaik ke peringkat baru sama seperti naik antara divisyen—anda hanya perlu memenangi satu permainan untuk membuat lompatan itu, tanpa perlu bermain dalam siri promotion.
Ini juga bermakna, sebaik sahaja anda kehabisan markah dalam divisyen/peringkat semasa anda, anda akan turun pangkat selepas satu kekalahan sahaja. Mudah dapat, mudah hilang!!

Draf Ranked

Pilihan Champion agak berbeza dalam Ranked berbanding permainan biasa. Sebab itu kami memperincikan proses dalam halaman Peta dan Mod!

Queue dengan 1, 2, 3 atau 5 Pemain

Tidak perlu untuk double (atau triple! ATAU LIMA!) kali, ya baca dengan betul—anda boleh mengambil giliran permainan ranked bersama dengan party perseorangan, berdua, bertiga, atau berlima!

Dalam usaha untuk memperkemas pengalaman League mobile, kami menggabungkan semua Ranked dalam satu giliran dan meningkatkan saiz party kepada tiga. Maaf, party berempat—anda mesti berpegang pada giliran biasa!

Untuk maklumat lanjut tentang sebab kami memilih cara ini, lihat diari dev Wild Rift ini.

Masuki queue dengan Rakan Ranked Lebih Tinggi/Rendah

Pengalaman bermain bersama rakan memang tiada bandingannya! Walau bagaimanapun, mengimbangkan permainan sudah menjadi proses yang sukar bahkan algoritma kami yang kuat tidak mempunyai jawapan untuk apa yang harus dilakukan dengan pemain Iron dalam permainan Challenger. Jadi, kami telah membuang kemungkinan itu sepenuhnya!

Solo/Duo/Trio

Berikut ialah had apabila anda queue secara solo, duo atau dalam party bertiga:

Rank Anda Had Rank Party Tersedia
Iron Iron, Bronze, Silver
Bronze Iron, Bronze, Silver
Silver Iron, Bronze, Silver, Gold
Gold Silver, Gold, Platinum
Platinum Gold, Platinum, Emerald
Emerald Platinum, Emerald, Diamond
Diamond IV–III Emerald, Diamond
Diamond II–I Emerald, Diamond, Master
Master Diamond I & II, Master, Grandmaster
Grandmaster Master, Grandmaster
Challenger Challenger
Sovereign Challenger, Sovereign

Walaupun pemain secara amnya dihadkan untuk beratur bersama pemain satu peringkat di atas/bawah mereka, terdapat beberapa pengecualian.

Pertama sekali, memandangkan pemain Iron agak sedikit, mereka boleh beratur bersama rakan sehingga ke Silver, dan sebaliknya.

Sebaik sahaja anda mencapai Diamond dan ke atas, sekatan akan menjadi lebih ketat untuk mencerminkan risiko yang lebih tinggi. Sebagai contoh, Diamond IV dan III boleh bermain dengan pemain Emerald dan Diamond dari mana-mana divisyen, tetapi mereka tidak boleh queue dengan Master dan lebih tinggi. Diamond II dan I, sebaliknya, boleh beratur dengan mana-mana pemain Emerald, Diamond, atau Master.

Mencapai Challenger atau Sovereign bukanlah perkara mudah, sebab itulah kedua-dua tier ini dikawal ketat seperti yang ditunjukkan di atas.

Beratur Pasukan Penuh

Jika anda beratur sebagai satu pasukan penuh 5 orang, had prabuat anda akan jadi lebih fleksibel:

Rank Anda Had Rank Party Tersedia
Iron Iron, Bronze, Silver, Gold
Bronze Iron, Bronze, Silver, Gold
Silver Iron, Bronze, Silver, Gold, Platinum
Gold Iron, Bronze, Silver, Gold, Platinum, Emerald
Platinum Silver, Gold, Platinum, Emerald, Diamond
Emerald Gold, Platinum, Emerald, Diamond, Master
Diamond Platinum, Emerald, Diamond, Master
Master Emerald, Diamond, Master, Grandmaster
Grandmaster Diamond, Master, Grandmaster, Challenger
Challenger Master, Grandmaster, Challenger
Sovereign Grandmaster, Challenger, Sovereign

Ganjaran Ranked

Sama ada anda mendaki untuk kemegahan atau sekadar menguji kemahiran, ganjaran Ranked membolehkan anda mempamerkan kemajuan anda setiap musim. Inilah ganjaran yang boleh anda peroleh:

Rift Expedition Pemain Baharu

Baru nak mula mendaki? Rift Expedition Pemain Baharu memberikan akaun baru satu set ganjaran pencapaian untuk membantu memulakan perjalanan Ranked. Setiap kali rank baru dicapai, bonus akan dibuka sepanjang perjalanan.

Rank Dicapai Ganjaran
Iron III Kad Boost MarkahRanked
Iron I Kad Boost MarkahRanked
Bronze II Peti Pemilihan Champion Pemain Baharu
Silver III Kad Boost MarkahRanked
Gold IV
  • Kad Boost Markah Ranked
  • 20000 Rank Coin

Sayap Ranked

Mereka yang mencapai rank Master atau lebih tinggi semasa event Season Sprint: Master akan membuka bingkai peringkat Ranked (sayap) yang sepadan dengan rank tertinggi mereka.

Sayap ini kekal sepanjang musim, tetapi jika anda jatuh di bawah Master, sayap anda akan disimpan, namun tidak akan dipaparkan sehingga anda kembali ke Master atau lebih tinggi.

Ganjaran Kitaran Mingguan

Setiap minggu, lengkapkan perlawanan dalam Normal, Ranked, atau Legendary Ranked untuk membuka ganjaran pencapaian mingguan. Kitaran akan diset semula setiap minggu, jadi pastikan anda menuntut hadiah anda sebelum ia dibaharui.

Misi Ganjaran
Mainkan 2 Pertempuran Mod Utama Kad Perlindungan Skor Champion (Tempoh terhad: 14 hari)
Mainkan 4 Pertempuran Mod Utama 500 Condensed Mote
Mainkan 6 Pertempuran Mod Utama Kad Fortitude (Tempoh terhad: 14 hari)
Mainkan 8 Pertempuran Mod Utama 1500 Ranked Coin
Mainkan 10 Pertempuran Mod Utama Pek Kad Emas Collected Legends

Jejak Ganjaran Milestone Ranked

Dapatkan ganjaran dengan melengkapkan sejumlah perlawanan Ranked dalam musim ini.

Perlawanan Selesai Ganjaran Musim 20
1 Kad Boost Markah Ranked
5 Glorious Eminence Teemo (Skin)
10 Glorious Eminence Teemo - Mengetuk Dram (Gaya)
15 Glorious Eminence Teemo - Bersemangat (Gaya)
25 Adventurer Pass Glorious Eminence (Bingkai Profil)
45 Peti Pemilihan Skin Musim

Ganjaran tambahan akan dibuka apabila anda mencapai peringkat Ranked tertentu sepanjang musim.

Perlawanan Selesai Ganjaran Musim 19
Diamond IV Kad Boost Markah Ranked, Glorious Eminence Teemo Sharp Note (Augment)
Master III Peti Glory Rift, Formidable Contender (Ikon), Glorious Eminence Teemo Chroma (Biru)
Master II Kad Perlindungan Markah Champion Premium
Master I Kad Boost Markah Ranked
Grandmaster Legacy of the Primordial Lands
Challenger Gelaran Kehormat: Challenger
Sovereign Gelaran Kehormat: Sovereign
Adakah artikel ini membantu?