Spell

Apakah itu Spell?

Seperti juga rune, spell ialah kebolehan universal khas yang dipilih oleh pemain sebelum permainan bermula. Perbezaan utamanya ialah rune menggunakan kesan pasif di bawah keadaan tertentu, spell pula perlu digunakan secara aktif kerana cooldown adalah lebih lama. Mengetahui masa sesuai untuk menggunakan spell berkuasa ini adalah sama penting dengan menyedari spell musuh anda dalam cooldown, jadi cuba jejaki siapa yang menggunakan apa dalam pergelutan besar untuk mendapat kelebihan dalam pertempuran anda yang seterusnya.

Flash

flash.png

Teleport jarak dekat dengan segera!

Jika anda tidak kisah menyasarkan ability ini, anda akan teleport sejauh mungkin pada arah champion anda pandang. Dengan potensi serangan dan pertahanan yang sangat besar, Flash merupakan rune yang penting untuk kebanyakan champion.

Ghost

ghost.png

Lari selaju angin!

Letusan kelajuan ini membolehkan anda mengabaikan pelanggaran unit, jadi sama ada anda bergerak masuk untuk pentakill atau melarikan diri, jangan biarkan minion mengacau anda!

Smite

smite.png

Bertarung di dalam jungle dan smite mereka sehingga ke pergunungan!

*ehem* Maksudnya, mengenakan true damage berskala kepada jungle creep atau minion. Lebih baik lagi, kami telah menggabungkan beberapa kelebihan utama untuk item jungle League (yang mana jika anda perasan, tiada dalam Wild Rift) ke dalam Smite yang kini disekalikan dengan spell sebagai pasif:

  • Tooth and Nail - Serangan terhadap jungle monster mengenakan damage tambahan, memberikan burn damage bertambah dan memulihkan sejumlah nyawa untuk suatu tempoh.
  • Hunting License - Jungle monster memberikan gold bonus sepanjang permainan tetapi minion memberikan kurang pengalaman untuk 5 minit pertama permainan.

Tunggu, ada lagi!

Bunuh empat monster besar dan anda akan diberikan pilihan untuk menaik taraf kepada salah satu opsyen:

  • Chilling Smite - Mengenakan true damage kepada satu champion musuh dan mencuri sedikit movement speed mereka selama 2 saat.
  • Challenging Smite - Mengenakan true damage kepada satu champion musuh dan mendapat buff adaptif selama 5 saat.

Ingat: Pukulan Smite dinaik taraf juga mempunyai pasif yang sama seperti Original Smite™, jadi nikmati kehebatan dengan lebih banyak kebergunaan!

Barrier

barrier.png

Dapatkan shield kecil untuk tempoh pendek!

Dan... itu sahaja! Walaupun Barrier kekurangan penggunaan spell lain tetapi tidak dinafikan kebergunaannya untuk shield yang tepat pada masanya.

Exhaust

exhaust.png

Kurangkan movement speed dan damage satu champion musuh!

Spell ini paling bagus disimpan untuk damage dealer terbesar pasukan musuh tetapi jangan takut untuk menggunakannya bagi menghalang atau mendapat kill!

Heal

heal.png

Pulihkan diri anda dan satu champion sekutu berdekatan!

Spell ini akan menyasarkan sekutu dengan nyawa terendah. Spell juga memberikan kedua-duanya satu speed boost singkat, membuka pintu kepada pelbagai gaya main elak kematian. Cuma jangan cuba nak stackkannya! Champion yang baru dipulihkan hanya terima sebahagian kesan pemulihan untuk Heal yang seterusnya sehingga kesan status habis.

Ignite

ignite.png

Nyalakan satu champion musuh dengan api!

Ignite mengenakan damage bertambah dalam suatu tempoh di mana sasarannya dikenakan Grievous Wounds, mengurangkan pemulihan mendatang sebanyak 50%. Sangat ideal untuk menghapuskan sasaran bernyawa rendah dan melumpuhkan ability healer terkuat. Tembak dulu, soal kemudian!

Spell manakah yang harus saya pilih?

Hanya anda yang boleh tentukan!

Cuba bayangkan suasana yang anda akan hadapi dalam perlawanan anda. Jika lawan anda ada Flash dan anda tidak, adakah mereka boleh melarikan diri atau menjatuhkan anda apabila ia aktif? Adakah anda mempunyai beberapa perapat jurang lain yang sama bagus atau lebih baik lagi? Adakah anda akan ada rakan dalam lane untuk mendapatkan manfaat penuh Heal? Adakah lifesteal besar musuh adalah memberikan merit mengambil Ignite untuk memotong separuh healing pada saat kritikal? Menjawab soalan ini dalam Champ Select akan memberikan hasil sepanjang permainan anda, jadi ia bukan tentang apa yang anda pilih, tetapi lebih banyak mengenai sebabnya!

Pada akhirnya, tidak ada jawapan yang salah. Itulah sebahagian daripada keseronokan Wild Rift! Binaan luar biasa dan pasukan bukan konservatif juga boleh berjaya, jadi jangan takut untuk bereksperimen. Siapa tahu? Mungkin anda akan memulakan meta baharu!

Adakah artikel ini membantu?