Pilihan Wira

Walaupun menunggu giliran dalam League of Legends: Wild Rift semudah mengetik satu butang, padanan perlawanan hanyalah permulaan! Anda masih perlu bina pasukan anda dan di sinilah Pilihan Wira main peranan.

Apakah itu Pilihan Wira?

Pilihan Wira adalah di mana dua pasukan membuat keputusan siapa yang mereka mahu bermain untuk perlawanan yang akan datang. Sementera keputusan akhir hanyalah untuk anda sendiri, melihat apa yang sekutu anda (dan musuh, jika dalam perlawanan Berkedudukan) akan pilih boleh mengukuhkan keputusan anda dan menambahkan peluang anda untuk menang. Bersatu, Nexus anda teguh! Bercerai… faham-fahamlah.

Bagimanakah caranya?

Itu bergantung kepada mod permainan anda!

Perlawanan

Biasa mengikuti model pilih buta, bermakna pasukan musuh tidak akan tahu apa yang anda telah memilih sehingga semua pemain mengunci dan sebaliknya. Pilih wira anda dan anda sudah bersedia!

Perlawanan

Berkedudukan agak berbeza sedikit. Anda boleh "tanda" satu wira untuk menunukkan niat anda tetapi anda hanya boleh memilih selepas giliran anda tiba. Perkara ini adalah cara yang bagus untuk memberitahu rakan sepasukan anda, kerana setiap wira yang pilih boleh memberi impak kepada apa yang mereka mahu memilih juga. Jangan risau tentang memberitahu pada pasukan musuh! Mereka tidak dapat melihat apa yang anda tandai sehingga giliran anda untuk memilih, jadi sehingga anda mengunci wira hyper-carry assassin kepada pasukan mereka yang lembut, sudah pasti terlambat untuk mereka!

Banyaknya pilihan… Siapa patut saya pilih?!

Itu semua terpulang kepada anda!

Tetapi ia juga satu soalan besar, jadi Wild Rift membenarkan anda untuk pratonton kebolehan dan peranan wira sewaktu proses pemilihan. Waktu itu merupakan peluang terbaik untuk menjawab segala pertanyaan anda atau terus berlatih dalam cara untuk bermain wira yang anda sudah minati.

Setelah senarai wira anda berkembang, pastikan untuk menggunakan alat pilihan wira yang pelbagai untuk mengasahkan lagi pilihan anda! Banyak wira boleh memainkan beberapa peranan tetapi senarai lorong tertentu adalah alat yang bagus bagi kedua-dua pemain baru dan lama.

Saya tahu siapa yang saya mahu bermain!

Tibalah masa untuk anda pilih set kelengkapan anda!

Inilah peluang anda untuk suaikan lagi rupa anda gaya main wira anda. Berikut adalah ringkasan pilihan yang lebih penting untuk anda:

Tampilan - Rupa wira anda! Setiap wira mempunyai sekurang-kurangnya satu tampilan alternatif, sementara yang lain mempunyai lebih dari satu. Tampilan selalunya perlu didapatkan atau dibeli. Pilih satu untuk menukarkan mana-mana lorong sebagai pertunjukan fesyen anda!

Rune - Pilihan istimewa yang mempengaruhi secara diam cara wira anda bermain and menaik taraf sepanjang perlawanan. Rune mana yang anda ambil boleh menyebabkan dominasi awal permainan atau membantu memberi peluang kepada situasi yang tertentu! Anda anda mengaktifkan lebih banyak Rune setelah anda naik tahap.

Summoner Spell - Kebolehan hebat dengan jana semula yang tinggi dan memberi impak yang dramatik dalam permainan. Summoner Spell membezakan antara mengesahkan bunuhan dan kekalahan yang pasti, jadi berhati-hati ketika memilih! Semua Summoner Spell tersedia dari tahap 1.

Bagaiman jika saya tidak mengunci satu wira?

Permainan akan mengunci wira yang anda paling mainkan!

Tetapi, kami sarankan untuk anda tidak menggunakan cara ini. Wira yang anda paling mainkan mungkin tidak sesuai untuk peranan anda dan mungkin akan berubah selama anda bermain. Pilih wira anda dengan berhati-hati adalah langkah pertama untuk permainan yang berjaya!

Apakah yang akan terjadi seterusnya?

Perlawanan akan bermula! Walaupun tiada apa lagi pilihan untuk anda membuat, kami mencadangkan anda untuk lihat skrin muat untuk belajar dengan lanjut tentang pasukan lawan sebelum perlawanan bermula.

Adakah artikel ini membantu?

Tidak dapat mencari apa yang anda mahu?

Kami sedia membantu anda! Hantarkan tiket! Selagi poro tidak memakannya, kami akan segera menghubungi anda.

/ Hantar Tiket
Kuasa daripada Zendesk