Champ Select

Walaupun queue untuk League of Legends: Wild Rift semudah mengetik satu butang, padanan perlawanan hanyalah permulaan! Anda masih perlu membina pasukan anda dan di sinilah Champ Select main peranan.

Apakah itu Champ Select?

Di sinilah kedua-dua pasukan memutuskan lawan mereka untuk perlawanan akan datang. Sementara keputusan akhir hanyalah untuk anda sendiri, melihat apa yang sekutu anda (dan musuh, jika dalam perlawanan Ranked) akan pilih boleh mengukuhkan keputusan anda dan menambahkan peluang anda untuk menang. Bersatu, Nexus anda teguh! Bercerai… anda sendiri tahu kesudahannya.

Bagaimanakah caranya?

Itu bergantung pada mod permainan anda!

Perlawanan

Biasa mengikuti model pilih buta, bermakna pasukan musuh tidak akan tahu apa yang anda telah pilih sehingga semua pemain mengunci dan sebaliknya. Cuma pilih champion anda dan anda sudah bersedia!

Perlawanan

Ranked agak rumit sedikit. Anda boleh "hover" di atas champion dengan memilih mereka untuk menunjukkan niat anda, tetapi anda tidak akan dapat memilih mereka sehingga giliran anda. Ini merupakan cara yang bagus untuk petunjuk balas kepada rakan sepasukan anda, kerana siapa yang anda pilih mungkin mempunyai kesan pada jenis champion yang mereka putuskan untuk bermain. Dan jangan risau tentang mendedahkan rahsia anda kepada pasukan musuh! Mereka tidak dapat melihat apa yang anda tandai sehingga giliran anda untuk memilih, jadi sehingga anda mengunci champion hyper-carry assassin kepada squishy pasukan mereka, sudah pasti terlambat untuk mereka!

Banyaknya pilihan… Siapa patut saya pilih?!

Itu semua terpulang kepada anda!

Tetapi ia juga satu soalan besar, jadi Wild Rift membenarkan anda untuk pratonton ability dan peranan champion sewaktu proses pemilihan. Waktu itu merupakan peluang terbaik untuk menjawab segala pertanyaan anda atau terus berlatih dalam cara untuk bermain champion yang anda sudah minati.

Setelah senarai champion anda berkembang, pastikan untuk menggunakan alat pilihan champion yang pelbagai untuk mengasah pilihan anda! Banyak champion boleh memainkan beberapa peranan tetapi senarai lane tertentu ialah alat yang bagus bagi kedua-dua pemain baru dan lama.

Saya tahu siapa yang saya mahu bermain!

Tibalah masa untuk anda pilih set kelengkapan anda!

Inilah peluang anda untuk menyesuaikan lagi rupa dan gaya main champion anda. Berikut adalah ringkasan pilihan yang lebih penting untuk anda:

Skin - Penampilan champion anda! Setiap champion mempunyai sekurang-kurangnya satu skin alternatif, sementara yang lain mempunyai LEBIH daripada satu. Ini biasanya perlu diperoleh atau dibeli. Pilih satu untuk menukarkan mana-mana lane sebagai pertunjukan fesyen anda!

Rune - Pilihan istimewa yang mempengaruhi secara diam cara champion anda bermain dan menaik taraf sepanjang perlawanan. Rune yang anda ambil boleh menyebabkan dominasi awal permainan atau membantu memberi peluang kepada situasi yang tertentu! Anda akan mengaktifkan lebih banyak Rune semasa anda naik level.

Spell - Ability hebat dengan cooldown yang tinggi dan memberi impak yang dramatik dalam permainan. Ia membezakan antara mendapat kill dan kekalahan yang pasti, jadi berhati-hati ketika memilih! Semua Spell boleh didapati daripada level 1.

Bagaimana jika saya tidak mengunci satu champion?

Permainan akan mengunci champion yang paling kerap dimainkan!

Namun begitu, kami menggesa anda untuk tidak bergantung pada sistem keselamatan ini. Champion yang paling kerap dimainkan mungkin tidak sesuai untuk peranan anda dan mungkin akan berubah selama anda bermain. Pilih champion anda dengan berhati-hati merupakan langkah pertama untuk permainan yang berjaya!

Apakah yang akan terjadi seterusnya?

Perlawanan dimulakan dengan sungguh-sungguh! Walaupun tiada apa lagi pilihan untuk dilakukan, kami mencadangkan pemain untuk melihat skrin muat untuk belajar dengan lanjut tentang pasukan lawan sebelum perlawanan bermula.

Adakah artikel ini membantu?

Tidak dapat mencari apa yang anda mahu?

Kami sedia membantu anda! Hantarkan tiket! Selagi poro tidak memakannya, kami akan segera menghubungi anda.

/ Hantar Tiket
Kuasa daripada Zendesk