Pembayaran Balik Wang Tunai

Ubah fikiran terhadap Wild Core yang baru sahaja anda beli dan ingin mendapatkan bayaran balik? Tidak mengapa, kami faham. Perkara ini boleh berlaku!

Malangnya, polisi pasaran aplikasi pihak ketiga tidak membenarkan kami mengeluarkan bayaran balik itu sendiri. Tetapi jangan putus harapan! App Store, Google Play Store dan Galaxy Store semua menawarkan pengembalian wang tunai bagi pembelian dalam aplikasi untuk keadaan tertentu dan mereka telah membuat panduan mengenai cara untuk memohon.

Untuk pembelian peranti Apple di App Store, klik di sini.
Untuk pembelian peranti Android di Google Play Store, klik di sini.
Untuk pembelian peranti Samsung dalam Galaxy Store, klik di sini.

Harap faham bahawa jika Apple, Google atau Samsung menolak pembayaran balik anda, tiada lagi yang dapat kami lakukan.

Baki Negatif

Jika anda telah belanjakan sebahagian daripada Wild Core yang anda beli tetapi masih dapat pembayaran balik, akaun anda mungkin akan menjadi negatif dan anda mungkin akan dihalang daripada bermain. Jika perkara ini berlaku kepada anda, sila hantarkan tiket di bawah. 


 

Adakah artikel ini membantu?

Tidak dapat mencari apa yang anda mahu?

Kami sedia membantu anda! Hantarkan tiket! Selagi poro tidak memakannya, kami akan segera menghubungi anda.

/ Hantar Tiket
Kuasa daripada Zendesk