Panduan Mendaftar Closed Beta

League of Legends: Alfa Android Serantau Wild Rift kini tinggal sebagai memori indah, para peminat kini boleh meneka apa yang akan datang: Closed Beta Serantau! Ini merupakan langkah besar yang merangkumi banyak kandungan baharu dan kami yakin anda mempunyai banyak soalan, mari kami jawab soalan yang besar terlebih dahulu!

BILA CLOSED BETA ? DI MANA CLOSED BETA?!

Closed Beta Serantau telah dilancarkan di rantau berikut pada tarikh yang ditentukan:

  • 15 September 2020 (PT) - Closed Beta Serantau dilancarkan di Indonesia.
  • 17 September 2020 (PT) - Closed Beta Serantau berkembang ke Filipina, Singapura, Thailand dan Malaysia.
  • 7 October 2020 (PT) - berkembang ke Jepun dan Korea.

Tempoh Closed Beta belum disahkan, jadi terus perhatikan laman rasmi kami untuk keterangan lebih lanjut pada masa hadapan.

BAGAIMANA SAYA BOLEH MENYERTAI CLOSED BETA?

Tinggal di salah satu rantau yang dinyatakan di atas, sahkan anda memenuhi spesifikasi minimum untuk peranti anda Apple atau Android, pra-daftar menggunakan pautan di laman rasmi kami dan berharaplah!

Kami berharap semua yang membuat pra-pendaftaran dapat masuk tetapi minat melampaui ruang lingkup Beta. Serius, kami amat rendah hati. Anda semua meletakkan "Legends" di dalam "League of Legends." Walaupun kami tidak dapat menyatakan berapa banyak tempat yang akan tersedia, kami boleh memberitahu bahawa peserta akan dipilih secara rawak dan ditambah secara bergilir. Jadi, jika anda tidak dapat masuk pada hari pertama, jangan putus asa! Masih terdapat banyak lagi peluang untuk anda melihat Wild Rift awal.

Dan jika anda sudah menyertai Alfa di rantau yang kini memasuki Closed Beta Serantau, tekalah? ANDA BERADA DI DALAM CLOSED BETA!

OKEY, SAYA FAHAM TENTANG BETA TETAPI SAYA MASIH MEMPUNYAI PERTANYAAN TENTANG PERMAINAN...

Pergi ke laman rasmi kami di mana anda boleh ketahui lebih lanjut mengenai permainan dan sentiasa ikuti platform media sosial Riot di rantau anda. 

Adakah artikel ini membantu?

Tidak dapat mencari apa yang anda mahu?

Kami sedia membantu anda! Hantarkan tiket! Selagi poro tidak memakannya, kami akan segera menghubungi anda.

/ Hantar Tiket
Kuasa daripada Zendesk