Panduan Mendaftar Beta Tertutup Serantau

Dengan League of Legends: Alfa Android Serantau Wild Rift kini tinggal sebagai memori yang indah, penggemar abjad Yunani kini boleh meneka apa yang akan datang: Beta Tertutup Serantau! Ini merupakan langkah besar yang merangkumi banyak kandungan baharu dan kami yakin anda mempunyai banyak soalan, mari kami jawab soalan yang besar terlebih dahulu!

BILA BETA TERTUTUP? DI MANA BETA TERTUTUP?!

Pelancaran akan diagihkan dalam beberapa hari:

  • 15 September, 2020 (PT) - Beta Tertutup Serantau dilancarkan di Indonesia.
  • 17 September, 2020 (PT) - Beta Tertutup Serantau dikembangkan ke Filipina, Singapura, Thailand, dan Malaysia.

Tempoh Beta Tertutup belum disahkan, jadi terus perhatikan laman rasmi kami untuk keterangan lebih lanjut pada masa hadapan.

BAGAIMANA SAYA BOLEH MENYERTAI BETA TERTUTUP?

Tinggal di salah satu rantau yang dinyatakan di atas, sahkan anda memenuhi spesifikasi minimum untuk peranti Apple atau Android anda, pra-daftar menggunakan pautan di laman rasmi kami dan berharaplah!

Kami harap semua yang melakukan pra-pendaftaran dapat masuk tetapi minat telah melampaui skop Beta. Serius, kami amat rendah hati. Anda semua meletakkan "Legends" di dalam "League of Legends." Walaupun kami tidak dapat menyatakan berapa banyak tempat yang akan tersedia, kami boleh memberitahu bahawa peserta akan dipilih secara rawak dan ditambah secara bergilir. Jadi, jika anda tidak dapat masuk pada hari pertama, jangan putus asa! Masih terdapat banyak lagi peluang untuk anda melihat Wild Rift awal.

Dan jika anda sudah berada di Alfa, tekalah? ANDA BERADA DI DALAM BETA!

OKEY, SAYA FAHAM TENTANG BETA TETAPI SAYA MASIH MEMPUNYAI PERTANYAAN TENTANG PERMAINAN...

Pergi ke laman rasmi kami di mana anda boleh ketahui lebih lanjut mengenai permainan dan sentiasa ikuti platform media sosial Riot di rantau anda. 

Adakah artikel ini membantu?

Tidak dapat mencari apa yang anda mahu?

Kami sedia membantu anda! Hantarkan tiket! Selagi poro tidak memakannya, kami akan segera menghubungi anda.

/ Hantar Tiket
Kuasa daripada Zendesk