Rune ialah opsyen khas yang membolehkan anda menyesuaikan gaya permainan anda dengan cara yang bermakna. Tidak seperti ability unik yang terikat pada champion tertentu, rune berpotensi terbuka untuk semua pemain sebaik sahaja mencapai akaun tahap tertentu. Tiada sekatan untuk champion mana yang boleh menggunakan rune tersebut, jadi bereksperimenlah untuk menemui rune mana yang paling sesuai untuk gaya permainan anda!
Sebaik sahaja pemain mencapai akaun tahap 4, mereka boleh memilih empat rune untuk setiap champion mereka: satu keystone dan tiga secondary.
Keystone Rune
Daripada semua rune, keystone mempunyai potensi tertinggi untuk mempengaruhi cara anda, ahli pasukan anda DAN musuh anda bermain. Setiap satu dibuat khas untuk membantu anda dalam saat-saat kritikal dan mengetahui syarat pengaktifan mereka boleh membawa perbezaan di antara hidup dan mati. Setiap pemain hanya dapat memilih satu keystone rune, jadi pilih dengan bijak!
Kunci(batu) ke arah Kejayaan
Semua keystone rune pemain dipaparkan di skrin pemuatan sebelum permainan dan boleh dilihat sepanjang perlawanan dengan mengakses papan skor. Pengetahuan itu kuasa!
Secondary Rune
Walaupun tidak sehebat keystone rune, secondary rune masih lagi diperlukan untuk memenuhi gaya permainan champion anda. Kebanyakannya menawarkan boost kecil untuk statistik tertentu—adaptive damage, movespeed, cooldown dan banyak lagi. Gathering Storm contohnya, hanya meningkatkan damage secara berkala sepanjang permainan. Yang lain pula boleh mengubah dasar peraturan peta. Pilih Sweet Tooth dan anda akan menemui sifat pemulihan Honeyfruit kini digunakan untuk dompet anda. Satu tawaran yang manis sekali!
Secondary Rune dibahagikan kepada tiga laluan unik, setiap satunya dengan satu tema strategik:
Domination
Laluan ini adalah tentang mengenakan damage yang tinggi. Rune mana yang anda pilih adalah lebih tentang cara damage dikenakan: patutkah anda bantu pasukan anda mengalahkan musuh terkena crowd control? Atau, patutkah ia digunakan untuk boost serbaguna dan umum? Tidak kisah mana yang anda pilih, musuh anda pasti akan merasai kesakitannya!
Resolve
Hentian anda untuk semua keperluan mandiri anda! Laluan ini menawarkan pemulihan nyawa dipertingkatkan, armor/magic resist berganda dan tambahan pertahanan lain. Oleh kerana kadang kala pertahanan terbaik adalah pertahanan yang lebih kuat.
Inspiration
Seperti namanya, laluan ini memberikan ganjaran kepada pemain yang bermain di bawah syarat khusus. Beberapa manfaat yang akan membuatkan anda navigasi Wild Rift dengan lebih baik, manakala yang lain memilih kelebihan istimewa untuk mengenakan ability pada champion musuh atau secara berkumpulan dengan ahli pasukan. Pilih dengan tujuan untuk mengelirukan musuh anda dengan silauan fivehead anda!
Banyaknya rune… Mana patut saya pilih?!
Jika anda baru bermula, kami cadangkan anda mencuba salah satu daripada perlengkapan tersedia yang datang bersama setiap champion. Anda boleh tahu bagaimana setiap perlengkapan dimainkan daripada namanya, jadi pilih satu yang nampak seronok dan mula bermain!
Ingin mengasah meta agar lebih jelas dengan pilihan rune rawak? Marilah! Lagipun, tiada siapa tahu gaya main anda kecuali diri sendiri! Hanya fikirkan apa yang anda perlukan untuk berjaya dalam perlawanan anda. Anda berharap untuk sedikit letusan? Cubalah Electrocute. Cuba dapatkan lebih ketahanan untuk tanky bruiser anda di solo lane? Lihat jika Grasp of the Undying sama seperti namanya. Tiada pilihan yang salah.
Kenapa saya tidak boleh pilih rune yang saya mahukan?!
Rune boleh diperolehi bermula akaun tahap 4 tetapi anda tidak boleh mengakses semua sehingga anda mencapai tahap 10. Teruskan bergilir dan anda akan boleh mengaksesnya tidak lama lagi!