Memasang & Mengemas kini League of Legends: Wild Rift

Sama ada anda ingin menunjuk-nunjuk kemahiran League anda di telefon atau mengunjungi Runeterra buat pertama kalinya, perjalanan seribu permainan bermula dengan satu muat turun. Sudah pasti, anda hanya perlu mencari League of Legends: Wild Rift di bahagian permainan Google Play untuk Android atau App Store untuk iOS, tetapi bagaimana jika ia tidak berjaya?

Sudah tentu anda hanya perlu baca panduan ini!

Memasang Wild Rift

Jalan terpantas untuk memasang Wild Rift pada kedua-dua peranti Apple atau Android adalah dengan melawat laman utama di mana anda akan mendapat pautan langsung untuk semua pasaran aplikasi yang disokong!

Mengemas Kini Wild Rift

Kemas Kini Apple

Sedang mencuba untuk mengemas kini Wild Rift pada peranti iOS anda? Sila lakukan berikut:

  • Buka App Store, Kemudian tekan Hari Ini di bahagian bawah skrin anda.
  • Tekan Ikon Profil anda di bahagian atas skrin.
  • Tatal ke bawah untuk melihat aplikasi yang memerlukan kemas kini atau nota pelepasan. Jika Wild Rift muncul, itu bermakna sudah tiba masanya untuk menekan Kemas Kini.

Paksa Kemas Kini Apple

Anda yakin anda menjalankan versi lama tetapi tidak melihat kemas kini? Segar semula laman untuk menyemak sekali lagi!

Kemas Kini Google

Sudah sedia untuk mengemas kini Wild Rift pada peranti Android anda? Sila cuba ini:

  • Buka Google Play Store di peranti anda.
  • Buka Menu (tiga garisan di kiri bahagian atas), kemudian tekan Aplikasi saya & permainan.
  • Tekan butang Kemas Kini hijau di sebelah aplikasi Wild Rift.

Kosongkan Cache & Paksa Kemas Kini

Kadang kala, peranti anda hanya perlukan peringatan mesra bahawa mungkin terdapat kemas kini yang tersedia. Pada masa lain, hanya mengosongkan cache akan membetulkanya. Jangan risau, kedua-duanya sangat mudah untuk dilakukan!

  • Pergi ke Tetapan dan tekan Pemberitahuan & aplikasi (atau hanya Aplikasi untuk peranti tertentu).
  • Tatal ke bawah dan tekan perkhidmatan Google Play, kemudian Storan.
  • Teruskan dan Kosongkan Cache.
  • Tekan butang Kembali di bahagian kiri atas untuk kembali ke skrin Maklumat aplikasi.
  • Tekan Butiran Aplikasi (anda mungkin perlu tekan Lanjutan terdahulu).
  • Kemas kini perkhidmatan Google anda dengan menekan butang Kemas Kini.

Menyelesai masalah

Mengalami masalah yang tidak diliputi dalam panduan ini? Lihat sahaja Panduan Selesaikan Masalah kami untuk Android dan Apple.

Adakah artikel ini membantu?

Tidak dapat mencari apa yang anda mahu?

Kami sedia membantu anda! Hantarkan tiket! Selagi poro tidak memakannya, kami akan segera menghubungi anda.

/ Hantar Tiket
Kuasa daripada Zendesk