Install & Mengemas kini League of Legends: Wild Rift

Sama ada anda ingin menunjuk-nunjuk kemahiran League anda di telefon atau mengunjungi Runeterra buat pertama kalinya, perjalanan seribu permainan bermula dengan satu muat turun. Ya, anda hanya perlu mencari League of Legends: Wild Rift di bahagian permainan Google Play untuk Android, App Store untuk iOS atau Galaxy Store untuk Samsung tetapi bagaimana jika ia tidak berjaya?

Kemudian anda bacalah panduan ini!

Memasang Wild Rift

Cara paling pantas untuk memasang Wild Rift pada peranti Apple, Android dan Samsung adalah dengan pergi ke laman utama di mana anda akan mendapat pautan langsung bagi semua pasaran aplikasi yang disokong!

Mengemas Kini Wild Rift

Kemas Kini Apple

Sedang mencuba untuk mengemas kini Wild Rift pada peranti iOS anda? Hanya ikuti langkah berikut:

  • Buka App Store, kemudian tekan Hari Ini di bahagian bawah skrin anda.
  • Tekan Ikon Profil anda pada bahagian atas skrin.
  • Tatal ke bawah untuk melihat aplikasi yang memerlukan kemas kini atau release note. Jika Wild Rift muncul, itu bermakna sudah tiba masanya untuk menekan Kemas Kini.

Paksa Kemas Kini Apple

Anda yakin anda menjalankan versi lama tetapi tidak melihat kemas kini? Segar semula laman untuk menyemak sekali lagi!

Kemas Kini Google

Sudah sedia untuk mengemas kini Wild Rift pada peranti Android anda? Sila cuba ini:

  • Buka Google Play Store pada peranti anda.
  • Buka Menu (tiga garisan di kiri bahagian atas), kemudian tekan Aplikasi saya & permainan.
  • Tekan butang Kemas Kini hijau di sebelah aplikasi Wild Rift.

Kosongkan Cache & Paksa Kemas Kini

Kadang kala, peranti anda hanya perlukan satu peringatan mesra bahawa mungkin terdapat kemas kini yang tersedia. Pada masa lain, hanya mengosongkan cache akan membetulkanya. Jangan risau, kedua-duanya sangat mudah untuk dilakukan!

  • Pergi ke Tetapan dan tekan Pemberitahuan & aplikasi (atau hanya Aplikasi bagi peranti tertentu).
  • Tatal ke bawah dan tekan perkhidmatan Google Play, kemudian Storan.
  • Mula Kosongkan Cache.
  • Tekan butang Kembali di bahagian kiri atas untuk kembali ke skrin Maklumat aplikasi.
  • Tekan Butiran Aplikasi (anda mungkin perlu tekan Lanjutan terdahulu).
  • Kemas kini perkhidmatan Google anda dengan menekan butang Kemas Kini.

Kemas kini Samsung

Mahu pastikan bahawa anda sdang bermain Wild Rift versi terkini pada peranti Samsung anda? Kami boleh membantu anda:

  • Buka Galaxy Store pada peranti anda.
  • Tekan pada ikon Menu (tiga barisan horizontal) pada bahagian kiri atas skrin.
  • Tekan Kemas Kini.
  • Cari League of Legends: Wild Rift dan tekan pada bulatan anak panah untuk kemas kini
  • (pilihan) Tekan Kemas kini semua di atas untuk pastikan semua aplikasi Galaxy anda dikemas kini termasuk Wild Rift!

Bagi mengaktifkan kemas kini automatik, pergi ke dalam menu Galaxy Store sekali lagi dan tekan ikon Tetapan icon (yang mempunyai bentuk gear). Daripada situ, anda boleh tekan Kemas kini automatik aplikasi dan pilih tetapan yang sesuai untuk anda.

Menyelesai masalah

Mengalami masalah yang tidak diliputi dalam panduan ini? Lihat sahaja Panduan Penyelesaian Masalah kami untuk Android dan Apple. Jangan risau bagi pengguna Samsung! Panduan Penyelesaian Masalah anda akan datang tidak lama lagi!

Adakah artikel ini membantu?

Tidak dapat mencari apa yang anda mahu?

Kami sedia membantu anda! Hantarkan tiket! Selagi poro tidak memakannya, kami akan segera menghubungi anda.

/ Hantar Tiket
Kuasa daripada Zendesk