Memasang & Mengemas kini League of Legends: Wild Rift

Penamatan Sokongan Samsung Galaxy Store

Mulai 16 Mac 2023 pukul 08:01 pagi GMT+8, Wild Rift tidak lagi akan ditawarkan dalam Samsung Galaxy Store. Untuk terus masuk queue untuk Wild Rift, lawati Google Play atau App Store.

Sama ada anda ingin menunjuk-nunjuk kemahiran League anda di peranti mudah alih atau mengunjungi Runeterra buat pertama kalinya, perjalanan seribu permainan bermula dengan satu muat turun. Ya, anda hanya perlu mencari League of Legends: Wild Rift di bahagian permainan Google Play untuk Android atau App Store untuk iOS, tetapi bagaimanakah jika hal ini tidak berjaya?

Sudah tentu anda hanya perlu membaca panduan ini!

Memasang Wild Rift

Jalan terpantas untuk memasang Wild Rift pada peranti Apple dan Android adalah dengan melawat laman utamanya. Di sana anda akan menemukan pautan langsung untuk semua pasaran aplikasi yang disokong!

Mengemas kini Wild Rift

Kemas Kini Apple

Sedang mencuba untuk mengemas kini Wild Rift pada peranti iOS anda? Hanya ikut langkah berikut:

  • Buka App Store, kemudian tekan Hari Ini di bahagian bawah skrin anda.
  • Tekan Ikon Profil anda di bahagian atas skrin.
  • Tatal ke bawah untuk melihat aplikasi yang memerlukan kemas kini atau release note. Jika Wild Rift muncul, itu bermakna sudah tiba masanya untuk menekan Kemas Kini.

Paksa Kemas Kini Apple

Anda yakin anda menjalankan versi lama tetapi tidak melihat kemas kini? Segar semula laman untuk menyemak sekali lagi!

Kemas Kini Google

Bersedia untuk mengemas kini Wild Rift pada peranti Android anda? Cuba langkah berikut:

  • Buka Google Play Store pada peranti anda.
  • Buka Menu (tiga garisan di bahagian kiri atas), kemudian tekan Aplikasi saya & permainan.
  • Tekan butang Kemas Kini berwarna hijau di sebelah aplikasi Wild Rift.

Kosongkan Cache & Paksa Kemas Kini

Kadangkala, peranti anda hanya memerlukan satu peringatan mesra bahawa mungkin terdapat kemas kini yang tersedia. Pada masa lain, hanya mengosongkan cache akan membetulkannya. Jangan risau, kedua-dua langkah ini sangat mudah untuk dilakukan!

  • Pergi ke Tetapan dan tekan Aplikasi & pemberitahuan (atau hanya Aplikasi bagi peranti tertentu).
  • Tatal ke bawah dan tekan perkhidmatan Google Play, kemudian Storan.
  • Mula Kosongkan Cache.
  • Tekan butang Kembali di bahagian kiri atas untuk kembali ke skrin Maklumat aplikasi.
  • Tekan Butiran Aplikasi (anda mungkin perlu menekan Lanjutan terdahulu).
  • Kemas kini perkhidmatan Google anda dengan menekan butang Kemas Kini.

Samsung Galaxy Store Tidak Lagi Disokong

Kami tidak lagi menawarkan Wild Rift melalui Samsung Galaxy Store mulai 16 Mac 2023 GMT+8. Cuba dua kedai yang disenaraikan di atas untuk terus bermain!

Penyelesaian masalah

Mengalami masalah yang tidak diliputi dalam panduan ini? Lihat Panduan Penyelesaian Masalah kami untuk Android dan Apple.

Adakah artikel ini membantu?