Wild Cores

That League of Legends: Wild Rift mempunyai BANYAK kandungan yang sudah dijangkakan. Ini kerana ia datang daripada pelbagai ciri yang telah kami kembang dan kemaskan selama lebih dari satu dekad. Sementara kami memastikan harga teras permainannya percuma (Sifar! Zilch! Nada!), kami memerlukan beberapa cara untuk memberi peluang kepada pemain untuk memperibadikan pengalaman Wild Rift mereka dengan pelbagai ciri sambil memenuhi meja makan kami. Masukkan Wild Core!

Apa itu Wild Core?!

Wild Core adalah mata wang dalam permainan yang anda beli dengan wang dunia nyata. Pemain lama League mungkin mengenali mereka sebagai RP bagi Wild Rift tetapi pemain baharu hanya perlu tahu bahawa Wild Core adalah satu-satunya mata wang yang anda perlu bayar.

Setelah dibeli, Wild Core boleh ditukar untuk champion, skin dan pelbagai lagi kandungan Rift. Wild Core merupakan cara terbaik untuk mengubahsuaikan pengalaman anda dan menyokong permainan pada masa yang sama!

Adakah saya perlu membeli Wild Core untuk bermain?

Tidak semestinya! Wild Rift direka untuk menawarkan satu permainan yang lengkap tanpa membayar satu sen. Produk yang boleh anda beli dengan Wild Core adalah peningkatan kosmetik semata-mata dan produk yang benar-benar meningkatkan pilihan cara bermain anda (seperti wira daripada senarai kami yang terus berkembang) boleh diperolehi melalui mata wang lain yang boleh didapati hanya dengan bermain permainan tersebut.

Sayak tak sabar! Maksud saya... Saya mahu Wild Core dijual. Kepada saya. Bagaimana boleh saya membelinya?

Wild Core boleh dibeli terus di dalam aplikasi! Pilih sahaja + di bahagian atas skrin untuk membuka kedai, kemudian ikuti arahan untuk membeli produk yang anda inginkan.

Menyediakan Pembayaran

Pemain perlu menyediakan pembayaran di kedai aplikasi peranti mereka untuk membeli Wild Core.

Untuk melakukannya di Google Play Store pada peranti Android anda, klik di sini.
Untuk melakukannya di App Store pada peranti Apple anda, klik di sini.

Jika anda menghadapi masalah lain semasa membuat pembayaran, sila hubungi sokongan Apple/Google.

Riot Pay (AS SAHAJA)
1. Klik pada pilihan “Riot Pay”. Ini akan membawa anda keluar dari aplikasi dan ke laman web yang berasingan. 
2. Selesaikan pembelian di laman web dan kembali ke aplikasi selepas pembelian selesai.

Menggunakan kaedah pembayaran ini memberikan bonus 3% Wild Core.

Amaun pembayaran Riot Pay Wild Core (+3%)
$4.99 438(+13)
$10.99 1,030(+30)
$19.99 1,906(+56)
$34.99 3,374(+99)
$49.99 4,996(+144)
$99.99 10,300(+300)

Apakah ganjaran yang ada?

Kali pertama kamu membeli sebilangan besar Wild Cores, kamu akan dapat memilih satu SKIN PERCUMA daripada senarai lima!* Banner akan muncul di skrin utama apabila ini tersedia.

Sudah miliki kelima-lima skin? Jangan risau! Anda akan menerima 400 Syiling Poro untuk digunakan bagi menambah koleksi anda.
 

image.png
*Tidak sah untuk pembelian kali pertama yang dilakukan sebelum patch 2.5
 

Saya telah membeli beberapa Wild Core, tetapi sekarang saya tidak mahukannya. Bolehkah saya meminta bayaran balik?

Soalan mudah yang mempunyai jawapan kompleks! Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai dasar pembayaran balik kami bagi Wild Rift, klik di sini.

Bagaimana pula dengan Blue Mote? Syling Poro?!

Tidak seperti Wild Core, kedua-dua mata wang ini mesti diperoleh bukannya dibeli. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai cara mendapatkannya dan kegunaan mereka, klik di sini!

Adakah artikel ini membantu?