Demi menyelaraskan dengan misi kami untuk membawa keseronokan tertinggi kepada bilangan pemain yang maksimum, kami telah mengoptimumkan League of Legends: Wild Rift untuk berfungsi pada pelbagai jenis peranti mobile. Lihat di bawah untuk melihat spesifikasi minimum yang anda perlukan untuk bermain pada peranti Apple anda!
Spesifikasi Minimum
Spesifikasi | Minimum |
---|---|
OS | iOS 9 dan ke atas |
Memori | 2 GB RAM |
CPU | 1.8 GHz duo-core (Apple A9) |
GPU | PowerVR GT7600 |
Walaupun peranti yang lebih baru membenarkan grafik yang lebih hebat, mencuri Baron atau dapat pentakill adalah sama hebatnya pada kentang comel anda.
Menggunakan peranti Android? Klik di sini!
Jika peranti anda memenuhi spesifikasi minimum tetapi menghadapi masalah semasa bermain permainan, pastikan untuk melihat panduan penyelesaian masalah kami untuk Apple.