Sertai poro sambil mereka memeriahkan malam dengan muzik, persahabatan dan makanan dalam event League of Legends: Wild Rift yang serba baharu—Together Under the Crescent!
Tarikh
Keseluruhan event mungkin dijalankan untuk tarikh yang berikut, tetapi terdapat beberapa event mini dalam tempoh tersebut yang berjalan mengikut jadual tersendiri. Pastikan anda menyemak tarikh di sebelah nama setiap event supaya anda tidak terlepas apa-apa acara.
Mula - 1 Mac 2025 / 8:00 AM GMT+8
Tamat - 1 April 2025 // 7:59 pagi GMT+8*
*Tarikh dan waktu tertakluk pada perubahan. Sentiasa semak jadual dalam permainan untuk mendapatkan maklumat yang paling tepat.
Light Up the Darkness (1/3–1/4)
Malam mungkin panjang tetapi malam tidak semestinya gelap.
Setiap hari anda log masuk ialah satu lagi peluang untuk menyalakan tanglung, menolak kegelapan untuk menerangi perayaan dan mendedahkan ganjaran. Anda sebenarnya perlu menyalakan tanglung untuk menuntut ganjaran anda, tetapi jangan risau jika anda log masuk dan terlupa untuk bermain perlawanan—anda akan dapat menyalakan lampu tanglung hingga 15 hari dan menuntut ganjaran anda masa selepas anda memperolehnya sepanjang tempoh event.
Setiap hari ditetapkan semula pada 8 pagi GMT+8.
Hari | Ganjaran |
---|---|
1 | 100 Blue Mote |
2 | 100 Condensed Mote |
3 | 200 Blue Mote |
4 | 1 Pek Kad Collected Legends 2 Bintang (Hijau) |
5 | Peti Crescent Lantern (Pilih daripada ganjaran daripada Event Together Under the Crescent tahun lalu) |
6 | 100 Blue Mote |
7 | 100 Condensed Mote |
8 | 200 Blue Mote |
9 | 2 Pek Kad Collected Legends 2 Bintang (Hijau) |
10 | Peti Crescent Lantern |
11 | 100 Blue Mote |
12 | 100 Condensed Mote |
13 | 200 Condensed Mote |
14 | 2 Pek Kad Collected Legends 2 Bintang (Hijau) |
15 | Take the Stage Recall |
Wake Up, Poro! (16/3–1/4)
Rakan poro anda mungkin sedang tidur dengan tenang tetapi mereka pasti tidak mahu terlepas hidangan pertama mereka pada hari itu. Lebih baik bangunkan mereka!
Poro Drum
Sebelum kita meneruskan, anda perlu menghabiskan satu Poro Drum setiap kali anda bermain Wake Up, Poro! Anda boleh memperoleh tiga setiap hari dengan mencapai objektif yang berikut:
Misi | Objektif | Ganjaran |
---|---|---|
Aksi! | Main 1 perlawanan | 1 Poro Drum |
Pakar Item | Gunakan item aktif (iaitu but yang dinaik taraf) 10 kali | 1 Poro Drum |
Eye-Opener | Sebagai satu pasukan, letakkan 25 ward | 1 Poro Drum |
Misi ini ditetapkan semula setiap hari pada pukul 8:00 pagi GMT+8 dan hanya boleh dilaksanakan dalam mod permainan padanan seperti Normal/Ranked PVP, ARAM dan Co-op VS AI. Perlawanan tersuai dan mod latihan sesuai untuk latihan, tetapi ini tidak akan dikira dalam objektif.
Cara Bermain
Ambil peranan sebagai poro pemain dram kecil yang dengan patuh membangunkan rakan poro lain di seluruh kawasan kejiranan. Anda mempunyai 20 saat untuk melaksanakan tugas ini dengan menggunakan pad arah di sudut kiri bawah untuk mendekati secukupnya supaya mereka boleh mendengar dram anda. Dalam 5 saat terakhir, anda juga mendapat rangsangan dalam kelajuan, menggandakan jarak dram dan mata berganda untuk mengakhiri malam dengan hebat!
Tugas ini mungkin kedengaran agak sukar, tetapi usah bimbang—anda akan mempunyai banyak item untuk membantu misi anda:
- Pecut (Sprint) - 1.6x kelajuan, bertempoh 5 saat
- Denyar (Flash) - Denyar jarak yang pendek dan tetapkan ke arah yang sedang anda hadap—bahkan melepasi halangan
- Drum - Getaran bergerak lebih jauh dan melintasi halangan selama 5 saat
- Bonus Masa (Time Bonus) - Tambah 3 saat pada jam
- Berganda (Double) - Mana-mana poro yang anda bangunkan memberikan 2x mata selama 5 saat
Anda boleh menyimpan hingga dua item aktif pada satu masa di sudut kanan bawah. Mana-mana item yang anda ambil semasa slot anda diisi akan menggantikan item pertama yang anda ambil daripada kedua-duanya.
Peta dan kedudukan poro yang tidur tidak berubah antara permainan, tetapi kedudukan permulaan ANDA dan lokasi item berubah. Oleh sebab itu, markah tinggi yang diperolah merupakan tuah dan juga kemahiran.
Apabila anda membangunkan poro, markah anda meningkat di penjuru kiri sebelah atas. Nilai ini penting untuk mendapatkan ganjaran papan pendahulu (lebih lanjut tentang perkara ini kemudian), tetapi mencapai titik pencapaian tertentu juga ialah cara anda membuka kunci bintang:
Skor | Bintang Diperoleh |
---|---|
1500–3499 | 1 |
3500–5499 | 2 |
5500+ | 3 |
Ganjaran Bintang
Bintang anda terkumpul antara permainan dan meletakkan anda di landasan pantas untuk memperoleh pelbagai ganjaran:
Bintang | Ganjaran |
---|---|
3 | 200 Blue Mote |
10 | 200 Blue Mote |
20 | 400 Blue Mote |
30 | Bingkai Ikon Moonlit Ode |
Ganjaran Papan Pendahulu (Tersedia 1/4–7/4)
Membangunkan rakan poro anda untuk memastikan mereka tidak terlepas sambutan merupakan ganjaran tersendiri, tetapi siapa yang tidak suka persaingan yang mesra?
Anda akan mendapat ganjaran lagi pada penghujung event berdasarkan skor tertinggi anda dalam satu permainan apabila papan pendahulu dikunci mulai 8:00 pagi GMT+8 pada 31/3, selepas ganjaran akan tersedia hingga 7/4 7:59 GMT+8. Anda dipadankan dengan pemain lain di rantau anda (dibahagikan antara Eropah, Amerika dan Asia), maka pastikan anda menghentak dram itu dengan kuat jika anda mahu mendaki kedudukan.
Peletakan Papan Pendahulu (skor terbaik dalam satu permainan) |
Ganjaran |
---|---|
Up-and-Coming (80% teratas) |
|
Advanced (50% teratas) |
|
Super (40% teratas) |
|
Extraordinary (25% teratas) |
|
Legendary (10% teratas) |
|