Wild Rift - Jumpa Anda di Rift!

Jangan biarkan rakan anda terlepas aksi. Tiba masa untuk membawa kru anda bersama-sama bermain League of Legends: Wild Rift! Jumpa Anda di Rift!

Jadual

Mula - 18 Oktober 2024 // 8:00 pagi GMT+8
Tamat - 8 November 2024 // 7:59 pagi GMT+8*

*Tarikh dan waktu tertakluk pada perubahan. Sentiasa semak jadual dalam permainan untuk mendapatkan maklumat yang paling tepat.

Cara Permainannya

Anda mempunyai kod jemputan unik yang boleh anda berikan kepada rakan yang tidak bermain selama 21 hari yang lalu. Setiap kali rakan yang kembali log masuk semula dan memasukkan kod yang anda berikan kepada mereka, anda membuat kemajuan terhadap ganjaran yang ditunjukkan dalam event itu dan mereka mendapat hadiah istimewa untuk menyambut kepulangan mereka. 

Ingatlah: hanya rakan yang kembali yang tidak bermain selama 21 hari yang lalu boleh memasukkan kod dan mereka hanya boleh menggunakan satu kod. Jika anda memberikan kod anda kepada rakan tetapi tidak melihat kemajuan event, kemungkinan rakan anda telah sama ada log masuk dalam masa 3 minggu yang lalu atau mereka telah memasukkan kod orang lain dahulu.

Jika anda kembali ke Wild Rift selepas 21 hari tetapi tidak mengenali seseorang yang boleh menghantar kod kepada anda, jangan panik! Hanya tekan mana-mana saluran media sosial Wild Rift dan anda akan temui ramai orang yang ingin berkongsi kod mereka.

Ganjaran

Jemput rakan lama untuk kembali ke Wild Rift dan anda akan mmemperoleh dengan peti skin, homeguard trail istimewa, Poro Energy dan banyak lagi. Malah, rakan yang sudah lama tidak bermain juga akan mendapat hadiah istimewa jika mereka menerima jemputan anda. Apabila kita semua bermain, kita semua mendapat manfaat!

Adakah artikel ini membantu?

Tidak dapat mencari apa yang anda mahu?

Kami sedia membantu anda! Hantarkan tiket! Selagi poro tidak memakannya, kami akan segera menghubungi anda.

/ Hantar Tiket
Kuasa daripada Zendesk