Wild Rift - Crystalline Iridescence

Jika anda ingin berjaya dalam event Crystalline Iridescence League of Legends: Wild Rift, anda perlu mencuba nasib anda.

Jadual

Mula- 8 Ogos 2024 // 8:00 pagi GMT+8
Tamat - 24 Ogos 2024 // 7:59 pagi GMT+8*

*Tarikh dan waktu tertakluk pada perubahan. Sentiasa semak jadual dalam permainan untuk mendapatkan maklumat yang paling tepat.

Cara Permainannya

Dalam Crystalline Iridescence, anda menggunakan Crystal Key untuk mendapatkan hadiah rawak melalui salah satu daripada dua himpunan ganjaran. Sebelum mencuba tuah anda, pilih himpunan hadiah kulit yang ingin anda ambil: skin daripada siri Crystal Rose 2024 baharu atau skin lama daripada siri Crystal Rose 2021–2023. Jika anda tidak pasti, jangan risau—anda boleh menukar hadiah pilihan anda pada bila-bila masa.

Anda boleh membelanjakan Crystal Key sebanyak 1 atau 5pada satu-satu masa dan mencapai milestone cabutan tertentu juga akan menjamin ganjaran, yang boleh anda lihat di halaman acara dalam permainan.

Anda boleh membeli hingga 300 Crystal Key untuk 200 Wild Core setiap satu bagi tempoh event tetapi pastikan anda menggunakannya sebelum event berakhir.

Ganjaran

Setiap kali anda menggunakan Crystal Key (atau Crystal Key jika anda memilih 5cabutan), anda berpeluang untuk mendapat pelbagai jenis ganjaran, termasuk skin, gaya, emote dan Crystal Petals, yang boleh ditukar dengan hadiah di Kedai Penebusan

Anda boleh melihat kadar perolehan awal untuk semua ganjaran sebelum membuat cabutan, namun harap makluman bahawa kemungkinan ini adalah statik dan tidak akan berubah untuk mencerminkan kemungkinan baharu anda sekiranya anda sudah memiliki sesetengah kandungan.

Kedai Penebusan

Rampasan rawak percuma yang anda perolehi dalam cabutan termasuk Crystal Petals, yang boleh digunakan di Kedai Penebusan untuk mendapatkan kandungan tertentu. Sesetengah item hanya boleh ditebus sekali (seperti skin), manakala yang lain memiliki had yang ditetapkan atau tiada had langsung.

Adakah artikel ini membantu?

Tidak dapat mencari apa yang anda mahu?

Kami sedia membantu anda! Hantarkan tiket! Selagi poro tidak memakannya, kami akan segera menghubungi anda.

/ Hantar Tiket
Kuasa daripada Zendesk