Wild Rift - A Scientific Conundrum

Revered Inventor sendiri akan datang untuk menilai League of Legends: Inovasi Hextech baharu Wild Rift dalam A Scientific Conundrum!

Jadual

Tonjolkan kepintaran akal anda untuk menyelesaikan teka-teki pada tarikh ini:

Mula - 10 Oktober 2024 // 8:00 pagi GMT+8
Tamat - 18 Oktober 2024 // 7:59 pagi GMT+8*

*Tarikh dan waktu tertakluk pada perubahan. Sentiasa semak jadual dalam permainan untuk mendapatkan maklumat yang paling tepat.

Puzzle It Out

Semua yang anda perlukan untuk menyelesaikan teka-teki ini terdapat pada halaman acara dalam klien. Selesaikan rasa ingin tahu anda dan cari petunjuk pada skrin dengan beberapa ketikan yang dikira dengan teliti untuk mencari jawapan!

Misi

Eksperimen ialah asas sains! Uji kebolehan anda membuat kesimpulan dengna menyelesaikan misi di bawah:

Misi

Objektif
Ganjaran
Begin the Experiment

Berinteraksi dengan alatan makmal
300 Blue Mote
Look for Clues

Cari log ralat
250 Hex Rift Badge
Solve the Puzzle

Aktifkan tangan mekanik
Emote Seriously?!
500 Hex Rift Badge
An Even Larger Experiment

Semak selepas kemas kini patch (tersedia selama seminggu selepas patch)
200 Poro Energy
Adakah artikel ini membantu?