Wild Rift - Pengembaraan Rift

Kami cuba mengisi setiap musim dengan kandungan baharu yang menarik dan musim ini tidak terkecuali. Sebenarnya, kami telah menyertakan terlalu banyak kandungan sehinggakan kami akan mengadakan event yang merangkumi seluruh patch. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut tentan event terbaharu dan terbesar League of Legends: Wild Rift—Pengembaraan Rift!

Jadual

Mula- 18 Julai 2024 // 8:00 pagi GMT+8
Tamat - 17 Oktober 2024 // 7:59 pagi GMT+8*

*Tarikh dan waktu tertakluk pada perubahan. Sentiasa semak jadual dalam permainan untuk mendapatkan maklumat yang paling tepat.

Apakah Pengembaraan Rift?

Pengembaraan Rift ialah perjalanan bersatu yang berlangsung sepanjang patch. Even ini memberi anda masa untuk menyertai event Wild Rift semasa dan akan datang, membolehkan anda menyimpan Wild Core apabila anda melihat event yang menampilkan champion kegemaran anda, atau untuk merancang sesi permainan masa hadapan apabila event utama bertindih.

Namun, perkara yang paling menarik ialah Pengembaraan Rift didatangkan dengan cara mendapatkan ganjaran daripada event sepanjang tempoh patch penuh:

Kedai Pengembaraan Rift

Etalase baharu ini mengandungi banyak kandungan yang jarang ditemui dan hebat yang perlu anda lihat sendiri dalam klien. Paling penting, anda boleh mendapatkan semuanya dengan Hex Rift Badge, mata wang eksklusif Pengembaraan Rift baharu kami yang boleh mula diperoleh dalam Advent of Winter dan The Rift Reborn Challenge. Pastikan anda membelanjakan mata wang itu sebelum 17 Oktober 2024!

"
Adakah artikel ini membantu?

Tidak dapat mencari apa yang anda mahu?

Kami sedia membantu anda! Hantarkan tiket! Selagi poro tidak memakannya, kami akan segera menghubungi anda.

/ Hantar Tiket
Kuasa daripada Zendesk