Wild Rift - Journey to Mastery

splash.png
Miss Fortune dan Riven sememangnya veteran Runeterra, namun pembaharuan semula ini memberi mereka satu nafas baharu yang anda perlu lihat sendiri dalam acara League of Legends: Wild Rift's Journey to Mastery.

Jadual

Walaupun pembaharuan semula ini akan bertahan lebih lama, anda hanya mempunyai masa yang singkat untuk menyelesaikan misi di bawah bagi mendapatkan ganjaran percuma.

Mula - 30 Mei 2024 // 8:00 pagi GMT+8
Tamat - 14 Jun 2024 // 7:59 pagi GMT+8*

*Tarikh dan waktu tertakluk pada perubahan. Sentiasa semak jadual dalam permainan untuk mendapatkan maklumat yang paling tepat.

Misi

Misi ini boleh diselesaikan dalam mana-mana permainan matchmade, termasuk PVP biasa, ARAM, Ranked dan mod permainan khas yang lain. Misi ini tidak boleh dilengkapkan dalam Latihan, permainan tersuai atau Duel 1v1.

Misi Miss Fortune

Bantu Bounty Hunter menemui sasarannya dalam siri misi ini.

Misi Objektif Ganjaran
Door Gift Log masuk ke permainan selama 1 hari Kad Percubaan Miss Fortune 3 hari
Fresh Challenge Main permainan sebagai Miss Fortune
ATAU
Main 3 permainan
100 Poro Energy
Love Taps Kenakan sejumlah 200 damage bonus menggunakan Love Tap
ATAU
Main 5 permainan
100 Poro Energy
High Bounty Dapatkan 60,000 gold Kupon Diskaun Pilihan Skin
Glam Up Selesaikan 1 permainan dengan memakai skin Miss Fortune Hunter's Hat Bauble

Misi Riven

The Exile telah kembali dan dia bersedia untuk berlawan.

Misi Objektif Ganjaran
Door Gift Log masuk ke permainan selama 1 hari Kad Percubaan Riven 3 hari
Fresh Challenge Main permainan sebagai Riven
ATAU
Main 2 permainan
100 Poro Energy
Blade of the Exile

Bunuh 5 champion musuh menggunakan Wind Slash
ATAU
Main 5 permainan

100 Poro Energy
Domination Dapatkan 40 takedown Kupon Diskaun Pilihan Skin
Glam Up Selesaikan 1 permainan dengan memakai skin Riven Broken Blade Bauble
Adakah artikel ini membantu?

Tidak dapat mencari apa yang anda mahu?

Kami sedia membantu anda! Hantarkan tiket! Selagi poro tidak memakannya, kami akan segera menghubungi anda.

/ Hantar Tiket
Kuasa daripada Zendesk