Name That Champion!

Tunggu—awak nampak tak? Seorang juara baru sahaja memunculkan diri untuk seketika! Adakah Rengar, assassin ganas yang bersedia untuk menerkam? Atau mungkinkah itu Soraka, support lembut yang mengembara agak jauh dari teman lorongnya?

Mengenali siluet champion dengan pantas boleh menjadi perbezaan antara hidup dengan mati di League of Legends: Wild Rift, jadi asahlah kemahiran anda dengan satu permainan Name That Champion yang mesra!!

Tarikh

Mula- 4 April 2024 / 8:00 pagi GMT+8
Champion Reveal- 11 April 2024 / 7:59 pagi GMT+8
Tamat - 14 April 2024 / 7:59 pagi GMT+8

Pastikan anda mendaftar masuk selepas pendedahan champion tetapi sebelum event tamat untuk menuntut apa-apa hadiah yang mungkin anda menangi!

Sahkan Masa Dalam Klien!

Adakah permainan menunjukkan tarikh atau masa yang berbeza daripada yang disenaraikan di atas? Sentiasa percayakan klien!

Misi

Ingin memecahkan kes bebayang rahsia? Kemudian anda perlu bermain beberapa permainan untuk mendapatkan tekaan anda!

Misi Objektif Ganjaran

1

Main 3 permainan

2 Boost Blue Mote,
Buka kunci 1 Tekaan

2

Main 3 permainan

3 Boost Blue Mote,
Buka kunci 1 Tekaan

3

Main 3 permainan

Kad Shield Kekalahan Ranked,
Buka kunci 1 Tekaan

4

Main 3 permainan

Kad Shield Kekalahan Ranked,
Buka kunci 1 Tekaan

Misi ini perlu dibuka kunci secara berturutan, jadi anda perlu menyelesaikan misi 1 sebelum mengerjakan misi 2. Setelah anda menyelesaikan misi, jangan lupa untuk kembali ke halaman acara untuk menuntut ganjaran anda dan membuat tekaan anda!

Jika champion telah didedahkan selepas anda menyelesaikan misi tetapi sebelum anda membuat tekaan, anda masih perlu melawat halaman event—anda mungkin dapat menuntut ganjaran anda yang lain!

Ganjaran Tekaan Betul

Anda akan memenangi 2 Kad Fortitude kerana meneka dengan betul. Penyiasatan yang baik!

Ganjaran Sagu Hati

Tersasar untuk tekaan ini? Jangan risau! Anda masih akan mendapat 1 Kad Fortitude!

Adakah artikel ini membantu?

Tidak dapat mencari apa yang anda mahu?

Kami sedia membantu anda! Hantarkan tiket! Selagi poro tidak memakannya, kami akan segera menghubungi anda.

/ Hantar Tiket
Kuasa daripada Zendesk