Wild Rift - Acara Together Under the Crescent

under-the-crescent-moon-splash.png
Sertai poro sambil mereka memeriahkan malam dengan muzik, persahabatan dan makanan dalam acara League of Legends: Wild Rift yang serba baharu—Together Under the Crescent!

Jadual

Keseluruhan acara mungkin dijalankan untuk tarikh yang berikut, tetapi terdapat beberapa acara mini dalam tempoh tersebut yang berjalan mengikut jadual tersendiri. Pastikan anda menyemak tarikh di sebelah nama setiap acara supaya anda tidak terlepas apa-apa acara.

Mula - 8 Mac 2024 // 8:00 pagi GMT+8
Tamat - 11 April 2024 // 07:59 pagi GMT+8*

*Tarikh dan waktu tertakluk pada perubahan. Sentiasa semak jadual dalam permainan untuk mendapatkan maklumat yang paling tepat.

Light Up the Darkness (8/3–10/4)

Malam mungkin panjang tetapi malam tidak semestinya gelap. 

Setiap hari anda log masuk ialah satu lagi peluang untuk menyalakan tanglung, menolak kegelapan untuk menerangi perayaan dan mendedahkan ganjaran. Anda sebenarnya perlu menyalakan tanglung untuk menuntut ganjaran anda, tetapi jangan risau jika anda log masuk dan terlupa untuk bermain perlawanan—anda akan dapat menyalakan lampu tanglung hingga 15 hari dan menuntut ganjaran anda masa selepas anda memperolehnya sepanjang tempoh acara.

Setiap hari ditetapkan semula pada 8 pagi GMT+8.

Hari Ganjaran
1 10 Poro Energy
2 10 Poro Energy
3 10 Poro Energy
4 10 Poro Energy
5 lantern-lit-nights-icon.png
Ikon Lantern Lit Nights
6 10 Poro Energy
7 10 Poro Energy
8 10 Poro Energy
9 10 Poro Energy
10 happy-fun-times-emote.png
EmoteHappy Fun Times!
11 10 Poro Energy
12 10 Poro Energy
13 10 Poro Energy
14 10 Poro Energy
15 crescent-lantern-bauble.png
Bauble
Crescent Lantern

Wake Up, Poro! (8/3–19/3)

Rakan poro anda mungkin sedang tidur dengan tenang tetapi mereka pasti tidak mahu terlepas hidangan pertama mereka pada hari itu. Lebih baik bangunkan mereka!

Poro Drum

Sebelum kita meneruskan, anda perlu menghabiskan satu Poro Drum setiap kali anda bermain Wake Up, Poro! Anda boleh memperoleh tiga setiap hari dengan mencapai objektif yang berikut:

Misi Objektif Ganjaran
Aksi! Main 1 perlawanan 1 Poro Drum
Pakar Item Gunakan item aktif (iaitu but yang dinaik taraf) 10 kali 1 Poro Drum
Eye-Opener Sebagai satu pasukan, letakkan 25 ward 1 Poro Drum

Misi ini ditetapkan semula setiap hari pada pukul 8:00 pagi GMT+8 dan hanya boleh dilaksanakan dalam mod permainan padanan seperti Normal/Ranked PVP, ARAM dan Co-op VS AI. Perlawanan tersuai dan mod latihan sesuai untuk latihan, tetapi ia tidak akan dikira dalam objektif.

Cara Bermain

Ambil peranan sebagai poro pemain dram kecil yang dengan patuh membangunkan rakan poro lain di seluruh kawasan kejiranan. Anda mempunyai 20 saat untuk melaksanakan tugas ini dengan menggunakan pad arah di sudut kiri bawah untuk mendekati secukupnya supaya mereka boleh mendengar dram anda. Dalam 5 saat terakhir, anda juga mendapat rangsangan dalam kelajuan, menggandakan jarak dram dan mata berganda untuk mengakhiri malam dengan hebat!

Tugas ini mungkin kedengaran agak sukar, tetapi usah bimbang—anda akan mempunyai banyak item untuk membantu misi anda:

  • Pecut (Sprint) - 1.6x kelajuan, bertempoh 5 saat
  • Denyar (Flash) - Denyar jarak yang pendek dan tetapkan ke arah yang sedang anda hadap—bahkan melepasi halangan
  • Drum - Getaran bergerak lebih jauh dan melintasi halangan selama 5 saat
  • Bonus Masa (Time Bonus) - Tambah 3 saat pada jam
  • Berganda (Double) - Mana-mana poro yang anda bangunkan memberikan 2x mata selama 5 saat

Anda boleh menyimpan hingga dua item aktif pada satu masa di sudut kanan bawah. Mana-mana item yang anda ambil semasa slot anda diisi akan menggantikan item pertama yang anda ambil daripada kedua-duanya.

Peta dan kedudukan poro yang tidur tidak berubah antara permainan, tetapi kedudukan permulaan ANDA dan lokasi item berubah. Oleh sebab itu, markah tinggi yang diperolah merupakan tuah dan juga kemahiran.

Apabila anda membangunkan poro, markah anda meningkat di penjuru kiri sebelah atas. Nilai ini penting untuk mendapatkan ganjaran papan pendahulu (lebih lanjut tentang perkara ini kemudian), tetapi mencapai titik pencapaian tertentu juga ialah cara anda membuka kunci bintang:

Markah Bintang Diperoleh
1500–3499 1
3500–5499 2
5500+ 3

Ganjaran Bintang

Bintang anda terkumpul antara permainan dan meletakkan anda di landasan pantas untuk memperoleh pelbagai ganjaran:

Bintang Ganjaran
3 30 Poro Energy
10 drummer-poro-icon.jpg
Ikon Drummer Poro
20 100 Poro Energy
30 drumming-it-up-emote.png
EmoteDrumming It Up! 

Ganjaran Papan Pendahulu (Tersedia 20/3–26/3)

Membangunkan rakan poro anda untuk memastikan mereka tidak terlepas sambutan merupakan ganjaran tersendiri, tetapi siapa yang tidak suka persaingan yang mesra?

Anda akan mendapat ganjaran lagi pada penghujung acara berdasarkan skor tertinggi anda dalam satu permainan apabila papan pendahulu dikunci mulai 8:00 pagi GMT+8 pada 20/3. Anda dipadankan dengan pemain lain di rantau anda (dibahagikan antara Eropah, Amerika dan Asia), maka pastikan anda menghentak dram itu dengan kuat jika anda mahu mendaki kedudukan.

Peletakan Papan Pendahulu
(skor terbaik dalam satu permainan)
Ganjaran
Up-and-Coming (80% teratas) 10 Poro Energy
Advanced (50% teratas) 50 Poro Energy
Super (40% teratas) 100 Poro Energy
Extraordinary (25% teratas) 150 Poro Energy
Legendary (10% teratas)

auspicious-crescent-icon-border.png
Bingkai Ikon Auspicious Crescent
150 Poro Energy

Fun Times Together (20/3–29/3)

Setelah semua orang terjaga, perayaan benar-benar boleh bermula. Raikan dengan bekerjasama dengan rakan, membantu pasukan anda dan meneroka komuniti.

Misi Objektif Ganjaran
Selamat Bulan Baru "Suka" 3 profil pemain berbeza
ATAU
Main 2 perlawanan
time-for-tea-emote.jpg
Emote Time for Tea!
Sokongan Bersama Sebagai satu pasukan, dapatkan 20 bantuan 20 Poro Energy
Berganding Bahu Sebagai satu pasukan, kalahkan 10 monster epik 30 Poro Energy
Lega Anda Ada Di Sini "Suka" rakan sepasukan anda 10 kali pada ringkasan Akhir Permainan
ATAU
Main 4 permainan
sweets-afficianado-icon.png
Ikon Sweets Aficionado
Kekal Berhubung Main 2 perlawanan dalam parti diprabuat
ATAU
Main 4 permainan
50 Poro Energy
Kehendak Hati Tambahkan 3 kulit pada senarai hajat anda
ATAU
Main 2 permainan
Kupon Diskaun Pilihan Skin
Ikatan Kukuh Dapatkan 50 Mata Persahabatan dengan rakan anda
ATAU
Main 5 permainan
Kad Shield Kekalahan Ranked 

Hadiah Poro (30/3–8/4)

Poro mempunyai hadiah hanya untuk anda, tetapi patut juga anda memberi mereka hadiah kembali. Nasib baik, kami ada barangnya: Poro Biscuits!

Untuk tempoh acara mini ini (30 Mac hingga 8 April), anda memperoleh Biscuit setiap kali anda bermain mana-mana mod permainan padanan. Bekerjasama untuk mengumpulkan sedikit lagi, tetapi berjuang secara solo masih boleh memperoleh banyak Biskut.

Jenis Permainan Objektif Ganjaran
  • Biasa
  • Berkedudukan
Bekerjasama dan main perlawanan 4 Poro Biscuit
Solo main perlawanan 3 Poro Biscuit
  • ARAM
  • Ultra Rapid Fire
  • Co-Op vs AI
  • Arena
  • Mod permainan berputar (kecuali Duel)
Bekerjasama dan main perlawanan 3 Poro Biscuit
Solo main perlawanan 2 Poro Biscuit

Seperti yang anda duga, Latihan, Permainan Tersuai dan Duel tidak dikira.

Walaupun anda tidak perlu melawat poros dan menyuap mereka dengan Biskut hasil titik peluh anda, ini tidak merugikana anda.

Ganjaran Chest Hadiah Poro (tersedia 9/4–11/4)

Setelah acara mini berjalan, chest anda dibuka kunci dan tersedia dari 9/4 8:00 pagi GMT-11/4 7:59 pagi GMT+8. Jika anda tidak membukanya selama dua hari ini, ia hilang selama-lamanya.
Selain itu, terdapat satu lagi syarat penting untuk menerima hadiah anda: anda mesti bermain satu permainanpadanan untuk membuka kunci chest anda. Raih pencapaian yang sederhana itu, dan hadiah anda akan ditentukan oleh bilangan Biscuit yang anda peroleh:

Tahao Chest Biskut yang diperlukan Kandungan
1 10 200 Poro Energy
2 20 400 Poro Energy
Self-Selection Champion Chest
3 40

700 Poro Energy

Self-Selection Champion Chest

4 60 1000 Poro Energy
Self-Selection Champion Chest
Together Under the Crescent Recall
together-under-the-crescent-recall.png
Adakah artikel ini membantu?