AFK bermaksud "Away From Keyboard" dan ini bermaksud pemain meninggalkan komputer/konsol/peranti mudah alih mereka ketika perlawanan dalam talian tanpa keluar daripada permainan. Sebagai penalti, hukumannya sama seperti anda meninggalkan permainan.
Perbuatan AFK tidak terhad kepada hanya berdiri tegak di pancuran air. Jika sistem kami mendapati anda bergerak di sekitar peta dengan cara yang tidak membantu secara sengaja, anda mungkin akan dibenderakan sebagai AFK. Anda tidak semestinya perlu mematuhi meta, tetapi anda harus sentiasa mencuba untuk menang.
Penalti AFK dan Meninggalkan Perlawanan
Perbuatan AFK atau meninggalkan perlawanan akan menyebabkan kelewatan baris giliran selama 150 saat untuk lima perlawanan. Ini bermakna setiap kali anda mahu bermain satu permainan, anda (dan sesiapa yang menunggu baris giliran bersama anda) perlu menunggu selama 150 saat sebelum memasuki baris giliran. Jika anda meninggalkan permainan sebelum pemasa tamat, anda akan menyambung kembali permainan sebelumnya apabila anda cuba bermain permainan lain. Jika beberapa pemain dengan kelewatan baris giliran memasuki lobi yang sama, anda mungkin perlu menunggu penangguhan yang paling lama di antara anda semua untuk bermain.
Penalti ini akan ditambahkan setiap kali anda AFK dan boleh meningkatkan penalti sedia ada. Contohnya, jika anda mempunyai dua permainan lagi dalam penalti anda tetapi anda AFK lagi sebelum permainan tersebut, kelewatan baris giliran selama 150 saat anda akan diteruskan selama tujuh permainan.
Penalti ini terpakai kepada semua baris giliran pembuatan perlawanan, termasuk ARAM dan Co-Op vs AI.
Penalti/Sagu hati Fortitude Ranked
Terdapat beberapa pelarasan pada cara Fortitude Ranked diberikan (atau dipotong) selepas kekalahan untuk mengurangkan kekecewaan akibat kekalahan 4v5, serta memberikan penalti akibat AFK.
Jika anda... | Menang | Kalah |
---|---|---|
AFK atau meninggalkan permainan | Penalti yang diberikan |
Penalti yang diberikan Fortitude Ranked Tambahan hilang |
Satu parti* dengan pemain AFK | Tiada kesan | Tiada kesan |
Dalam pasukan yang sama dengan pemain AFK, tetapi bukan dalam parti yang sama* | Tiada kesan | Fortitude Ranked Tambahan diperoleh |
*sekumpulan pemain yang berkongsi lobi yang sama sebelum memasuki baris giliran.