Soalan Lazim Peralihan Nama Summoner kepada ID Riot

Mulai 20 November 2023, kami akan beralih daripada Nama Summoner dalam League of Legends dan Teamfight Tactics kepada ID Riot. Anda boleh menyemak artikel Menukar ID Riot Anda kami tentang cara ini menjejaskan proses penukaran ID Riot anda, atau teruskan untuk melihat maksud perkara ini bagi nama dalam permainan anda.

Mengapakah Nama Summoner dialih keluar?

Artikel <a href="https://www.riotgames.com/ms/news/beralih-daripada-nama-summoner-kepada-id-riot" target="_blank" rel="noopener noreferrer">Peralihan daripada Nama Summoner Names kepada ID Riot kami akan memaklumi anda tentang butiran, tetapi secara ringkasnya perkara ini akan membantu menyelaraskan teminologi dalam klien kami dengan dongeng moden League dan untuk mempiawaikan/menggabungkan ekosistem Riot Games dengan lebih baik.

Apakah ID Riot?

Jawapan untuk soalan itu dan lebih banyak lagi dalam Soalan Lazim ID Riot kami!

Tetapi jawapan ringkasnya Riot ID ialah ID universal anda dalam semua permainan Riot kecuali untuk League of Legends dan Teamfight Tactics—HINGGA 20 NOVEMBER 2023!

Bagaimana cara saya boleh menukar ID Riot saya?

Proses untuk menukar ID Riot anda adalah sama tanpa mengira permainan yang anda main:

  1. Pergi ke halaman akaun Riot anda
  2. Tukar ID Riot dan tag anda mengikut kehendak anda
  3. Klik Simpan Perubahan

Lihat artikel Menukar ID Riot Anda kami untuk mengetahui tahap kekerapan anda boleh menukar nama anda secara percuma dan butiran di sebalik penukaran berbayar.

Mengapakah saya kehilangan Nama Summoner semasa saya?

Apabila anda mencipta akaun pertama anda, nama pertama Summoner akan digabungkan dengan tag yang mewakili pelayan awal anda (seperti #NA1, #EUNE, dsb.) untuk mencipta ID Riot anda. Ini akan kekal sama walaupun anda menukar Nama Summoner anda, maka nama anda akan dikembalikan semula.

Tapi jangan risau! Dengan slogan unik, anda sepatutnya boleh mendapatkan semula nama lama anda, dan nama tersebut akan menjadi lebih unik secara global.

Soalan Lazim yang Lain

Masih ada pertanyaan? Kami ada jawapannya!

Adakah ID Riot penuh akan dipaparkan dalam permainan?

Ya dan tidak.

Kebanyakan permainan hanya akan memaparkan nama permainan atas juara/ejen/dsb. untuk menjimatkan ruang tetapi ID Riot penuh akan dipaparkan pada tempat lain dalam klien dan pada sesetengah tempat dalam permainan. Cara terbaik untuk mencari tempat ID Riot akan dipaparkan penuh adalah dengan bermain!

Apakah yang akan berlaku jika saya menetapkan ID Riot khusus untuk permainan yang menggunakan ID tersebut (mis. VALORANT) tetapi mempunyai Nama Summoner yang berbeza dalam League?

Keutamaan akan diberikan pada ID Riot yang dipilih dan akan menulis ganti Nama Summoner anda.

Adakah ini akan mengubah maklumat log masuk saya?

Tidak! Nama pengguna dan kata laluan log masuk anda masih kekal sama.

Adakah artikel ini membantu?

Tidak dapat mencari apa yang anda mahu?

Kami sedia membantu anda! Hantarkan tiket! Selagi poro tidak memakannya, kami akan segera menghubungi anda.

/ Hantar Tiket
Kuasa daripada Zendesk