Wild Rift - Acara Arena

Jemput rakan dan bersedia untuk berlawan kerana Arena akan tiba di League of Legends: Wild Rift!

Tarikh

Mula - 10 November 2023 // 8:00 pagi GMT+8 
Tamat - 23 November 2023 | 7:59 pagi GMT+8

Apakah itu Mod Arena?

Arena ialah mod permainan 2v2v2v2 untuk Wild Rift, pasangan berdua akan bertempur dengan pasangan lain merentasi pelbagai peta (Gelanggang) dalam beberapa pusingan, mengurangkan bilangan pasukan lawan sehingga hanya satu pasukan yang tinggal. 

Setiap perlawanan dibahagikan secara kasar kepada siri pusingan persediaan (yang membolehkan anda membeli item dan kadangkala memilih Augments) dan pusingan pertempuran (iaitu anda dan pasangan bertempur dengan pasangan lain sehingga hanya satu pasukan yang tinggal). Tahap anda akan meningkat dan akan membuat pemilihan Augmen rawak pada selang masa yang ditetapkan, meningkatkan kuasa anda dan menempa laluan baharu yang unik untuk mencapai kemenangan.

Kami boleh teruskan penerangan ini, tetapi anda akan memahami Arena dengan lebih cepat apabila anda bermain—beratur dan tunjukkan kehebatan anda!

Pada masa ini, Mod Arena hanya tersedia untuk tempoh acara ini. Tetapi tiada siapa yang tahu tentang masa hadapan…

Misi Harian

Setiap misi ini boleh diselesaikan sekali sehari dan semua misi ditetapkan semula pada pukul 08:00 pagi GMT+8. 

Misi Objektif Ganjaran
Pemenang Merampas Semuanya (Winner-Takes-All) Main satu perlawanan Arena 1 XP
Menang! Menang! Menang! (Win! Win! Win!) Kemenangan pertama hari ini (mana-mana mod permainan padanan: PVP Normal/Berkedudukan, ARAM, Ko-op lwn. AI, atau Arena) 1 XP
Ujian Kecil (A Little Trial) Main satu perlawanan PVP Normal atau Berkedudukan 1 XP

Ganjaran

XP Diperlukan Ganjaran
3 100 Blue Mote
6 100 Blue Mote
9 125 Blue Mote
12 125 Blue Mote
15 150 Blue Mote
18 150 Blue Mote
21 arena-icon-border.png
Bingkai Ikon Arena
Adakah artikel ini membantu?