Acara Ulang Tahun Wild Rift - Power Spike

power-spike-splash.jpg
Hemomancer, Soul Fighter, dan hijink berkumpul… Sudah setahun yang hebat berlalu untuk buku kenangan.

Tetapi kami tidak akan bertahan walaupun seminit—apatah lagi tiga tahun—tanpa sokongan anda, jadi marilah berseronok dengan acara ulang tahun Power Spike League of Legends: Wild Rift, lengkap dengan ganjaran eksklusif!

Tarikh

Mula - 25 Oktober 2023 // 08:00 GMT +8
Tamat - 8 November 2023 // 07:59 GMT +8*

*Tarikh dan waktu tertakluk pada perubahan. Sentiasa semak jadual dalam permainan untuk mendapatkan maklumat yang paling tepat.

Jom Main!

Menggantikan senarai objektif biasa, kami ingin katakan "GGWP" kepada komuniti kami dengan timbunan ganjaran hanya kerana hadir dan bermain.

Ganjaran Log Masuk Harian

Anda akan dapat memperoleh hingga tujuh ganjaran—satu untuk setiap hari and melog masuk semasa acara sedang berlangsung. Anda tidak perlu log masuk setiap hari berturut-turut, jadi pastikan anda melog masuk selama tujuh hari untuk mendapatkan kesemuanya.

Log Masuk Harian Ganjaran
1 Emote happy-third-riftiversary-emote.png
Selamat Riftiversary Ketiga!.
2 Ikon poro-is-3-icon.png
Poro is 3!.
3 Bingkai Ikon 3rd-riftiversary-icon-border.png
Third Riftiversary
4 Recall flag-bearer-poro-recall.jpg
Flag Bearer Poro
5 500 Blue Mote
6 Anniversary-bauble.jpg
Bauble Riftiversary Cake
7 beemo.jpg
Beemo (kulit sahaja)

*Semak dalam permainan untuk melihat kandungan yang tersedia

Ganjaran Perlawanan Harian

Setiap hari adalah peluang baharu untuk mencapai Misi Party Time . Anda hanya perlu bermain permainan dalam mana-mana mod permainan padanan—PVP Normal, ARAM, Ranked, mod permainan khas, dan Co-Op vs AI—dan anda akan menerima 400 Poro Energy.

Misi ini akan disegarkan semula setiap hari pada pukul 08:00 GMT+8.

Adakah artikel ini membantu?

Tidak dapat mencari apa yang anda mahu?

Kami sedia membantu anda! Hantarkan tiket! Selagi poro tidak memakannya, kami akan segera menghubungi anda.

/ Hantar Tiket
Kuasa daripada Zendesk