Oleh sebab kemas kini sistem bahagian belakang baru-baru ini, beberapa pemain telah menerima pemberitahuan Perubahan Nama walaupun mempunyai ID Riot yang sesuai. Jika ini berlaku kepada anda, semak Menukar ID Riot Anda untuk melihat perkara yang anda boleh lakukan (seperti mengekalkan nama permainan anda!) dan tidak boleh anda lakukan (seperti menggunakan slogan pelayan asal, cth. NA1, EUW1, dll). Maaf atas kesulitan—ada sistem yang berumur sedekad tidak mahu dimodenkan dengan mudah.

Kemas kini aplikasi anda melalui Google Play Store. Jika anda melihat sebarang update, padamkan cache anda di Play Store.

Wild Rift - Coca-Cola Play as One

coca-cola-play-as-one-splash.jpg
Muat di tapak tangan anda: ✅
Boleh dikongsi bersama rakan atau dihayati sendirian: ✅
Digemari di seluruh dunia: ✅

Mungkinkah League of Legends: Wild Rift dan Coca-Cola merupakan saudara yang lama hilang?!

...Sudah tentu tidak. Tetapi itu tak akan menghalang kita meraikan persamaan dalam event kolaborasi!

Sama ada dengan galakan dalam permainan atau dengan memberikan ganjaran untuk permainan anda bersama sahabat karib, kami sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan pengalaman League of Legends: Wild Rift anda. Itulah sebab kami menggabungkan keterujaan Rift dengan air minuman Coca-Cola yang menyegarkan—kerana Keajaiban sebenar berlaku apabila anda bekerjasama.

Tarikh

Anda boleh membuka tin Coca-Cola dan beratur dalam Wild Rift pada bila-bila masa tetapi anda hanya akan mendapat ganjaran dalam permainan untuk kombo hebat ini dengan log masuk semasa tarikh yang berikut:

Mula - 25 Oktober 2023 // 8:00 pagi GMT+8
Tamat - 8 November 2023 // 7:59 pagi GMT+8*

*Tarikh dan waktu tertakluk pada perubahan. Sentiasa semak jadual dalam permainan untuk mendapatkan maklumat yang paling tepat.

Misi dan Ganjaran Play as One

Walaupun anda perlu membawa Coca-Cola anda sendiri untuk event ini, kami menyediakan minuman digital secara percuma—dengan syarat anda melengkapkan beberapa misi dahulu, sudah pasti!

Misi dibuka kunci mengikut turutan dan anda perlu melengkapkan satu misi sebelum melengkapkan misi seterusnya.

Misi

Objektif

Ganjaran

Pop-off Main 1 permainan Bauble coca-cola-bauble.png
Pop-off!
Crush It Menang 3 permainan dalam satu parti tersedia
ATAU
Main 5 permainan
Emote coca-cola-emote.png
Crush It!
Play as One Menang 5 permainan dalam satu parti tersedia
ATAU
Main 10 permainan
Lambang coca-cola-banner.png
Play as One
Lebih Baik Bersama Main 2 permainan semasa dalam satu parti tersedia dengan sesiapa sahaja dalam pasukan menggunakan ganjaran Coca-Cola
ATAU
Main 4 permainan menggunakan ganjaran Coca-Cola
400 Blue Motes
Adakah artikel ini membantu?