Wild Rift - Soul Fighter

wild-rift-soul-fighter-kv.jpgTournament of Souls bermula sekali lagi, menjemput mereka yang mempunyai Jiwa Tersedar untuk bersaing demi hadiah terunggul—keinginan paling terpendam dalam jiwa mereka. Pertaruhan tinggi ini telah menarik personaliti yang lebih besar untuk naik ke pentas bagi bertempur, jadi sertai League of Legends: Wild Rift dalam meraikan Soul Fighter dengan pertempuran yang tiada tandingannya!

Tarikh*

Anda boleh berlatih sepanjang hayat anda, tetapi kejohanan ini hanya akan berlangsung kira-kira sebulan. Jangan bazirkan satu hari pun!

Mulai - 21 Julai 2023 // 08:00 pagi GMT+8
Mod Permainan/Misi Tamat - 18 Ogos 2023 // 07:59 pagi GMT+8
Kedai Token Tutup - 25 Ogos 2023 // 07:59 pagi GMT+8

*Tarikh dan waktu tertakluk pada perubahan. Sentiasa semak jadual dalam permainan untuk mendapatkan maklumat yang paling tepat.

Pertempuran Permainan Mini

Permainan mini event ini merupakan inti pati utama Soul Fighter. Walaupun beberapa butiran berubah antara Kisah, Arcade dan Cabaran Harian, mekaniknya secara kasar kekal sama—tekan butang yang betul apabila digesa, bina kombo yang besar dan musnahkan musuh anda.

Hah. Nampaknya anda juga perlu bertempur dalam Soul Fighter!

Cara Melawan

buttons.jpg
Berikut merupakan 6 butang standard: Atas, Bawah, Kiri, Kanan, Attack 1, dan Attack 2.

Apabila permainan mini bermula, anda akan ditunjukkan satu set 3–8 input yang mewakili urutan yang anda mesti ikuti semasa menekan butang tersebut. Input seterusnya yang diperlukan akan sentiasa diserlahkan, jadi mudah untuk kembali ke jalan yang benar jika anda melakukan kesilapan. Setiap urutan adalah rawak dan mungkin termasuk gesaan khas bergantung pada peringkat.
inputs.png
Tekan butang kanan dalam urutan yang betul untuk melancarkan serangan, yang akan:

  • Mengenakan 1 damage pada lawan anda
  • Menambahkan 1 pada Kombo anda
  • Mengurangkan Meter Giliran Pemain sebanyak 25

Tekan butang yang salah dan anda akan tersadung, yang akan

  • Menetapkan Semula Kombo anda
  • Mengunci semua input selama .5 saat

Hal ini mungkin kedengaran mudah, tetapi lawan anda akan menyerang anda dengan beberapa gerak keliru untuk memastikan keadaan sentiasa berubah-ubah! Seperti…

Input Misteri

mystery-input.jpg
Tanda soal? Itu bukan salah satu butang anda yang tersedia!

...buat masa ini.

Setiap kali anda melihat tanda soal, input itu akan kekal sebagai misteri sehingga tiba masanya untuk menekannya, pada ketika itu anda akan ditunjukkan input sebenar! Bersedia untuk apa-apa sahaja, dan anda akan bersedia untuk segala-galanya.

Input Songsang

reverse-input.png
Hari (Input) Terbalik sudah tiba! Anda terkejut?

Input songsang memerlukan pemain menekan butang yang bertentangan dengan perkara yang ditunjukkan pada skrin untuk beralih ke input seterusnya.

  • Bawah = Atas
  • Atas = Bawah
  • Kiri = Kanan
  • Kanan = Kiri
  • Attack 1 = Attack 2
  • Attack 2 = Attack 1

Jika input songsang didayakan untuk peringkat tertentu, maka mana-mana daripada 6 input standard itu mempunyai kebarangkalian untuk diterbalikkan. Kebarangkalian yang tepat bergantung pada peringkat dan kesukaran.

Sesuatu input juga mungkin disembunyikan dan diterbalikkan. Tidak mengejutkan, kerana ini merupakan kejohanan untuk Soul Fighter terhebat di dunia sahaja!

Kombo dan Soul Frenzy

Kombo anda terus dibina selagi anda memasukkan input dengan betul dan jangan biarkan PTM anda kehabisan. Walaupun mendapatkan Kombo itu menyeronokkan dengan sendirinya dan merupakan bahagian penting bagi Cabaran Harian, faedah terbesar kesempurnaan ialah melepaskan Soul Frenzy!

Soul Frenzy ialah input khas yang hanya muncul setelah anda memasukkan sebilangan input sempurna tertentu secara berturutan (bilangan tepat berubah bergantung pada peringkat). Capai perkara itu, dan rentetan butang anda yang seterusnya akan disertakan dengan simbol Soul Frenzy sebagai input terakhirnya.

Capai ikon Soul Frenzy dengan kombo anda yang belum putus dan anda akan memasuki Soul Frenzy secara automatik, yang menyebabkan setiap butang menjadi butang yang betul selama 2 saat!
soul-frenzy.png
Anda juga boleh menekan kesemua enam butang secara serentak semasa Soul Frenzy, jadi lepaskan potensi penuh anda untuk memaksimumkan kombo anda dan mendekatkan diri dengan Soul Frenzy anda yang SETERUSNYA.

Anda juga akan mengenakan damage yang agak besar berdasarkan bilangan butang yang anda berjaya tekan:

Tekanan Butang Damage
Tekanan Butang Damage
0-2 2
3-4 3
5-6 4
7+ 5

Setelah Soul Frenzy selesai, PTM anda akan pulih sepenuhnya dan permainan diteruskan tanpa memutuskan kombo anda.

Meter Giliran Pemain (PTM)

Meter Giliran Pemain (PTM) mewakili jumlah masa yang anda ada untuk melaksanakan serangan anda sebelum musuh menyerang kembali (Kecuali dalam Cabaran Harian). Hal ini terdiri daripada 100 Mata dan merosot secara berterusan pada kadar 10 Mata setiap saat.

Masukkan satu set input dengan betul, dan anda akan mendapat 25 Mata, memberi anda lebih banyak masa untuk memasukkan lebih banyak kombo.

Jika PTM mencapai 0, musuh anda akan menyerang, mengurangkan HP anda sebanyak 1 dan menetapkan semula Kombo anda. Tetapi jangan berputus asa! Serangan musuh juga memulihkan PTM anda kepada 100, memberi anda peluang untuk melancarkan beberapa serangan balas dendam.

Mod Kisah

Berhati-hati dengan perkara yang anda inginkan—dan perkara yang anda perjuangkan.

Draven menyertai Tournament of Souls untuk mencipta nama, tetapi apabila keputusan tidak memenuhi jangkaan, sudah tiba masanya untuk introspeksi dalaman.

... Aww, siapa yang tertipu?! Sudah tiba masanya untuk menggandakan usaha dan membelasah pesaing anda! Sertai Draven dalam laluan berlikunya menuju kegemilangan dalam Event Soul Fighter League of Legends: Wild Rift!

Menavigasi Peta

Laluan anda dibentangkan melalui satu siri nod yang mesti diselesaikan mengikut urutan. Terdapat dua jenis nod:

Simbol Nod Perihalan
comic-node.png

Nod komik memberi anda tempat duduk baris hadapan untuk kisah penuh drama Soul Fighter Wild Rift. Anda akan menyaksikan interaksi antara watak utama dan mengikuti perkembangan mereka semasa plot terbentang.

Jangan risau jika anda terlepas sesuatu—anda boleh melawat semula nod dialog pada bila-bila masa kemudian.

combat-node.png Sedia! MULA! Nod pertempuran akan membawa anda ke dalam permainan mini pertempuran Soul Fighter Wild Rift, tempat refleks tajam dan pemikiran pantas adalah kunci kemenangan. Nod-nod ini juga ditandakan dengan tiga bintang yang mewakili tiga tahap kesukaran permainan: Normal, Hard dan Soul Crushing. Cubalah isi sebanyak mungkin untuk meningkatkan Soul Rating anda dan mendapatkan Ganjaran Kisah tambahan!

Soul Rating

Soul Rating anda merupakan cara terbaik untuk mendapatkan ganjaran tambahan dan mempamerkan kemahiran anda dalam Mod Kisah. Anda Meningkatkan Soul Rating anda dengan memperoleh bintang, dan anda dapat memperoleh sehingga tiga bintang bagi setiap nod pertempuran (satu untuk setiap kesukaran).

Soul Rating Prasyarat
c-rank.png
Cool (Rank C)
Tiada
b-rank.png
Blazing
(Rank B)
10+ Bintang
a-rank.png
Aggressor
(Rank A)
20+ Bintang
s-rank.png
Soul Master
(Rank S)
30+ Bintang

Walaupun Soul Rating merupakan cara yang baik untuk membuktikan kehebatan anda, Soul Charge merupakan cara anda meneruskan kisah!

Soul Charge

Soul Charge anda merupakan penunjuk terbaik bagi kemajuan keseluruhan Soul Fighter anda dan menentukan peringkat yang boleh diakses. Anda boleh meningkatkannya dengan bermain perlawanan atau menyelesaikan Cabaran Harian untuk memperoleh XP Soul, yang memberi anda 1 Level Soul Charge untuk setiap 100 XP Soul.

Keperluan Level Soul Charge

Terdapat dua kotak yang perlu dilengkapkan untuk maju melalui Mod Kisah:

  • Selesaikan semua nod sebelumnya
  • Capai keperluan Soul Charge nod tersebut
Nod Soul Charge Diperlukan
1–5 0
6–7 10
8–9 15
10–11 20
12–13 25
14–15 30
16–17 35
18–19 40
20–24 45

Had Soul Charge

Anda hanya boleh meningkatkan Soul Charge anda sehingga nilai tertentu bergantung pada tempoh masa yang telah berlalu sejak event bermula. Hal ini bermakna anda tidak perlu terburu-buru jika anda telah melompat masuk tepat apabila event bermula, tetapi jika anda menunggu selama dua minggu, maka hadnya akan naik melangit (menjadi 100 Soul Charge)!

Tarikh Had Soul Charge
Permulaan Event 10
Hari 2 15
Hari 4 20
Hari 6 25
Hari 8 30
Hari 10 35
Hari 12 40
Hari 14 100

Apabila anda mencapai Had Soul Charge, perlu diingat bahawa apa-apa XP Soul tambahan yang anda peroleh tidak akan dijejaki jika anda terus masuk queue.

Cara Memperoleh XP Soul

Menang atau kalah, anda akan mendapat XP Soul hanya untuk bermain.

...Tetapi anda biasanya akan memperoleh lebih banyak XP untuk kemenangan. Inikan satu kejohanan!

Perlawanan Keputusan XP Soul
PVP Ranked Kemenangan 100
Kekalahan 50
ARAM Kemenangan 60
Kekalahan 30
Duel Kemenangan 20
Kekalahan 10
Co-Op vs AI T/B 20
Cabaran Harian Berbeza-beza Berbeza-beza

Ganjaran Mod Kisah

Mengalami kisah mendebarkan Soul Fighter secara langsung merupakan ganjarannya sendiri, tetapi mengapa tidak mendapatkan beberapa faedah tambahan sepanjang perjalanan?

Dalam carta di bawah, biru menunjukkan nod komik, sementara merah bermaksud nod pertempuran.

Nod Ganjaran Normal / Pertama Kali Ganjaran Hard Ganjaran Soul Crushing
1 25 Blue Mote    
2 400 Token 50 Poro Energy 25 Blue Mote
3 25 Blue Mote    
4 400 Token 50 Poro Energy 25 Blue Mote
5 25 Blue Mote    
6 25 Blue Mote    
7 400 Token 50 Poro Energy 25 Blue Mote
8 25 Blue Mote    
9 400 Token 50 Poro Energy 25 Blue Mote
10 25 Blue Mote    
11 400 Token 50 Poro Energy 25 Blue Mote
12 25 Blue Mote    
13 400 Token 50 Poro Energy 25 Blue Mote
14 25 Blue Mote    
15 400 Token 50 Poro Energy 25 Blue Mote
16 25 Blue Mote    
17 400 Token 50 Poro Energy 25 Blue Mote
18 25 Blue Mote    
19 400 Token 50 Poro Energy 25 Blue Mote
20 25 Blue Mote    
21 400 Token 50 Poro Energy 25 Blue Mote
22 25 Blue Mote    
23 500 Token 50 Poro Energy 25 Blue Mote
24 25 Blue Mote    

Mod Arcade

Sudah menyelesaikan Mod Kisah dan berharap anda mempunyai lebih banyak musuh untuk dilawan? Arcade ialah mod untuk anda!

Mod Arcade dibuka sebaik sahaja anda mencapai Soul Charge Lv.50 dan menerima Kunci Arcade pertama anda, yang anda boleh gunakan untuk mengaktifkan mana-mana satu daripada lima champion Arcade.

Yasuo - Hadapi musuh anda dengan nyawa yang SANGAT rendah. Satu kesilapan boleh merugikan anda!

Draven - Anda perlu pantas berfikir apabila bermain Draven, kerana semakin banyak input butang anda akan menjadi tersembunyi!

Irelia - Wah—BANYAKNYA HP. Masa untuk merantai Soul Frenzy itu!

Xin Zhao - Hanya yang tangkas dan bijak akan bertahan apabila butang misteri dan songsang berlimpah!

Nilah - Terbalikkan cara pemikiran anda untuk menghadapi peringkat Nilah yang penuh dengan butang songsang!

Walaupun butiran pengalaman arked setiap Champion adalah berbeza, trek ganjaran setiap satu adalah sama:

Nod Ganjaran Normal / Pertama Kali Ganjaran Hard Ganjaran Soul Crushing
1–3 100 Token 50 Poro Energy 25 Blue Mote
4 150 Token 50 Poro Energy 25 Blue Mote

Berminat untuk mengalahkan mereka semua? Teruskan mengumpul Soul Charge anda untuk memperoleh kesemua lima Kunci Arcade!

Cabaran Harian

Cabaran Harian diaktifkan selepas anda menyelesaikan Nod 5 dan merupakan cara terbaik untuk memperoleh banyak XP Soul dalam masa yang singkat—dengan MENUMBUK KERETA.

Walaupun anda masih akan menekan butang yang digesa untuk melaksanakan kombo yang ganas, Cabaran Harian adalah berbeza daripada Mod Kisah/Arcade dalam beberapa faktor utama:

  • Had masa 30 saat
  • Tiada serangan musuh (ia sebuah kereta)
  • Berdasarkan markah (HP musuh tidak penting!)

Dalam erti kata lain, matlamatnya ialah melihat jumlah mata yang dapat diperoleh dalam masa yang terhad! Anda akan memperoleh pengganda bonus selepas mencapai Kombo tertentu dan Soul Frenzy masih tersedia, jadi ketepatan adalah sama pentingnya dengan kelajuan.

Lebih tinggi markah anda, lebih banyak XP Soul yang anda dapat. Anda juga boleh mencuba setiap Cabaran Harian seberapa banyak yang anda suka, walaupun perolehan XP Soul harian maksimum anda dihadkan kepada 200 untuk dua minggu pertama dan 400 selepas itu.

Tetapi anda tidak perlu berhenti selepas mencapai had itu! Malah, terdapat Papan Pendahulu yang meraikan 200 pemain teratas setiap Cabaran. Lihat sejauh mana anda boleh mendaki sebelum Papan Pendahuludan had XP Soul hari ituditetapkan semula setiap hari pada 08:00 pagi GMT+8!

Pencapaian

Kebanyakan pencapaian boleh diaktifkan dengan hanya bermain tiga mod Soul Fighter: Kisah, Arcade dan Cabaran Harian. Kegemilangan boleh didapati dalam mana-mana pertempuran!

Pencapaian Objektif Ganjaran
Tournament Begins Lawat event Soul Fighter buat kali pertama 500 Blue Mote
Level Up! (1) Capai Soul Charge Lv.10 500 Token
Level Up! (2) Capai Soul Charge Lv.20 500 Token
Level Up! (3) Capai Soul Charge Lv.30 500 Token
Level Up! (4) Capai Soul Charge Lv.40 500 Token
Level Up! (5) Capai Soul Charge Lv.50 1 Kunci Arcade
Level Up! (6) Capai Soul Charge Lv.60 1 Kunci Arcade
Level Up! (7) Capai Soul Charge Lv.70 1 Kunci Arcade
Level Up! (8) Capai Soul Charge Lv.80 1 Kunci Arcade
Level Up! (9) Capai Soul Charge Lv.90 1 Kunci Arcade
MAX Level Capai Soul Charge Lv.100 soul-fighter-spawn-tag.png
Spawn Tag Soul Fighter (Kekal!)
Fearsome Fighter Kalahkan 5 peringkat pada kesukaran Normal 250 Token
Peerless Warrior Kalahkan 10 peringkat pada kesukaran Normal 250 Token
Starry Eyed Dapatkan sekurang-kurangnya 15 bintang dalam Mod Kisah 500 Blue Mote
My Blade, My Soul Kalahkan mod Arcade Yasuo eye-flash-yasuo.pngEmote Eye Flash
Admire Me Kalahkan mod Arcade Draven superfly-emote.pngEmote Superfly
Waters Cut Deep Kalahkan mod Arcade Nilah plotting-emote.png
Emote Plotting
Perfection of Form Kalahkan mod Arcade Irelia ad-visor-y-emote.png
Emote Ad-visor-y
Victory Calls Kalahkan mod Arcade Xin Zhao pass-emote.pngEmote Pass
Flawless Dapatkan kombo 50+ serangan 500 Blue Mote
Training Exercises Sertai Cabaran Harian pada 5 hari berbeza 250 Token
Scrap Heap Sertai Cabaran Harian pada 10 hari berbeza 250 Token

Kedai Token

Belanjakan Token hasil titik peluh anda di Kedai Token untuk mendapatkan pelbagai hadiah!

Sesetengah ganjaran boleh dibeli beberapa kali, dan empat yang terakhir (diserlahkan dengan warna biru!) hanya akan tersedia setelah anda melengkapkan Mod Kisah dalam kesukaran Normal atau lebih tinggi.

Ganjaran Stok Kos (Token)
Blue Mote x 50 50 20
Poro Coin x 20 10 50
the-one-eyed-god-icon.png
Ikon The One Eyed God
1 150
poro-punch!-emote.png
Emote Poro Punch!
1 200
televised-tournament-emote.png
Emote Televised Tournament
1 200
jumbotron-bauble.png
Bauble Jumbotron
1 350

Peti Pemilihan Champion Soul Fighter

(Pilih salah satu daripada champion berikut)

  • Yasuo
  • Draven
  • Nilah
  • Irelia
  • Xin Zhao
2 300
Peti Pemilihan Gaya Soul Fighter
(pilih salah satu daripada gaya yang berikut)
  • Soul Fighter Yasuo (Biasa)
  • Soul Fighter Draven (Biasa)
  • Soul Fighter Nilah (Biasa)
  • Soul Fighter Irelia (Biasa)
  • Soul Fighter Xin Zhao (Biasa)
1 400
Peti Pemilihan Ikon Event 1 200
Peti Pemilihan Emote Event 1 400
Peti Pemilihan Bauble Event 1 400
Poro Energy x 500 10 400
soul-duel-border.png
Bingkai Ikon Soul Duel
1 500
soul-fighter-recall.jpg
Recall Imposs-eyeball Escape!
1 700
the-gods-eye-icon.png
Ikon The God's Eye
1 75

Mod Tag Duel Soul Fighter

Walaupun mod permainan ini berdasarkan Mod Duel kami, ia adalah kira-kira tiga kali lebih kompleks kerana... setiap pemain memilih tiga champion yang berbeza! Jadi mari bincangkan perbezaan lain yang anda boleh jangkakan.

Permainan ini memulakan semua champion pada level 11 dengan ability yang telah naik taraf dan item yang dibeli secara automatik mengikut loadout mereka. Anda juga bermula dengan dua daripada tiga mata Tenaga, dan satu Tenaga akan dimakan setiap kali anda bertukar champion. Tetapi jangan risau! Anda menjana semula satu Tenaga setiap 20 saat dan Tenaga anda meningkat satu mata selepas kematian, jadi anda akan mempunyai banyak peluang untuk menggunakan senarai penuh anda.

Setiap kali anda bertukar champion untuk kali pertama, mereka akan menyertai pertempuran dengan cooldown baharu dan peratusan nyawa yang sama seperti champion yang dikeluarkan. Cooldown mana-mana champion yang anda tukar akan dijejaki dari masa itu, jadi walaupun kebanyakan ability standard akan tersedia pada kali seterusnya mereka masuk, Ultimate biasanya tidak sebegitu.

Anda juga boleh membina kiraan kombo dengan pantas mengenakan damage menggunakan ability berbeza dalam masa yang singkat. Apa guna menang jika anda tidak menunjuk-nunjuk pada lawan anda?

Permainan tamat apabila seseorang pemain telah mati empat kali, yang—seperti Mod Duel biasa—mungkin dipercepatkan dengan lingkaran api yang kian mengecil jika perlawanan berlangsung terlalu lama.

Akhir sekali, kami telah memberikan pengurangan rata kepada damage dan pemulihan secara menyeluruh untuk membuka lebih banyak ruang bagi permainan strategik.

Promosi Soul Fighter Bounty

Ingin menjadikan setiap perlawanan satu Tournament of Draven dengan skin baharu yang berkilap? Cubalah lihat Promosi Soul Fighter Bounty bagi peluang untuk menghiasi pelempar kapak kegemaran anda dengan pakaian baharu yang berkilap, dan juga pelbagai hadiah lain!

Sila ambil perhatian bahawa promosi ini adalah berasingan sepenuhnya daripada Event Soul Fighter dan tidak berkongsi apa-apa mekanik atau item.

Adakah artikel ini membantu?

Tidak dapat mencari apa yang anda mahu?

Kami sedia membantu anda! Hantarkan tiket! Selagi poro tidak memakannya, kami akan segera menghubungi anda.

/ Hantar Tiket
Kuasa daripada Zendesk