Tidak henti-henti. Tidak terhalang. Tidak dapat dielakkan.
…Hah? Noxus? Bukan, kami sedang bercakap tentang FLUFT!
Sertai fluft ketika mereka memenuhi jalanan Noxus dengan kegembiraan mereka yang berterusan dalam League of Legends: Wild Rift!
Tarikh
Mula - 26 Mei 2022 / 08:00 pagi GMT+8
Tamat - 6 Jun 2022 / 07:59 pagi GMT+8*
*Tarikh dan waktu tertakluk pada perubahan. Sentiasa semak jadual dalam permainan untuk mendapatkan maklumat yang paling tepat.
Misi Join the Fluft!
Semua misi tersedia dari awal event, dan anda boleh maju dalam berbilang misi dalam satu perlawanan. Ini bermakna anda boleh menyelesaikan semua misi pada hari pertama jika anda suka, walaupun anda masih mempunyai 10 hari penuh untuk mengajar Noxus pelajaran lanjutan tentang berpeluk (dan dapatkan sehingga 850 Blue Mote sambil melakukannya)!
Misi | Objektif | Ganjaran |
---|---|---|
Poro Punch | Dapatkan 50 takedown | 50 Blue Mote |
Wrecking Ball | Bantu musnahkan 12 turret | 75 Blue Mote |
The Beast | Sebagai satu pasukan, kalahkan Baron Nashor 3 kali ATAU Main 10 perlawanan |
100 Blue Mote |
Check The Brush | Letak atau musnahkan 50 ward? ATAU Main 20 perlawanan ARAM |
125 Blue Mote |
Charge! | Kenakan 300,000 damage kepada champion musuh ATAU Main sebagai champion support 10 kali |
150 Blue Mote |
Teamwork | Sebagai satu pasukan, dapatkan 600 kill | 150 Blue Mote |
Victory | Menang 15 perlawanan | 200 Blue Mote |
Ganjaran
Seolah-olah semua Blue Mote itu masih tidak cukup, fluft menawarkan ikon khas dan Poro Coin hanya untuk menyelesaikan beberapa misi. Jika sebegini, mereka mungkin akan mengajar orang Noxus cara membunuh dengan kebaikan hati!
Nama | Objektif | Ganjaran |
---|---|---|
Fluft Master | Selesaikan 3 misi Join The Fluft! |
![]() Ikon All Tuckered Out |
Fluft Legend | Selesaikan 7 misi Join The Fluft! | 200 Poro Coin |