Inovasi mengagumkan di Piltover menyentuh kehidupan semua yang tinggal di sana, memperkayakan warganya, menyegarkan saintisnya...dan memberanikan diri penjenayahnya. Sekarang jam Jayce telah hilang, dan dia bekerjasama dengan Caitlyn untuk menyelesaikan kes itu sebelum masa mereka suntuk!
Sertai saintis tercerdik dan pegawai terbaik Piltover dalam misi untuk mengenal pasti pencuri yang masih bebas itu dan membawa mereka ke muka pengadilan.
Tarikh
Mula - 9 November 2021 / 08:00 GMT+8
Tamat - 28 November 2021 / 07:59 GMT+8
Sama seperti jam yang kehilangan itu, masa terus berdetik. Periksa tempat kejadian dan bongkar misteri jam tangan yang hilang sebelum jejak semakin pudar.
Selesaikan Kes
Jayce dan Caitlyn memerlukan bantuan anda jika mereka ada sebarang harapan untuk menjejaki pencuri itu. Tidak tahu di mana hendak bermula? Ikut sahaja petunjuk!
Kumpulkan Petunjuk
Periksa peta untuk melihat kawasan yang masih mempunyai petunjuk yang belum dijumpai, kemudian gunakan Mata Siasatan yang anda peroleh daripada menyelesaikan misi untuk mengaktifkan mereka. Setiap cebisan maklumat akan membantu, maka turunlah ke lapangan dan dapatkan jawapan, detektif!
Jurnal Caitlyn
Caitlyn mencatat nota seperti dia mengejar penjenayah—dengan ketekunan yang tidak henti-henti! Baca jurnalnya untuk menyemak petunjuk semasa anda dan meneliti barisan penjahat sheriff Piltover itu.
Namakan Penjenayah
Selepas anda mengumpul kesemua 20 petunjuk, anda akan dapat menuduh mana-mana champion yang terbabit dalam mencuri jam Jayce. Cuba simpulkan identiti mereka menggunakan maklumat yang telah anda peroleh, tetapi jangan terlalu memeras otak anda! Caitlyn tidak akan membiarkan orang yang tidak bersalah dimasukkan ke dalam penjara, dan Jayce terlalu pintar untuk diperdayakan oleh petunjuk palsu. Ikutlah gerak hati anda dan jangan berhenti sehingga penjenayah sebenar telah ditemui!
Misi
Setiap misi yang anda selesaikan akan membawa anda lebih dekat kepada mendedahkan kes ini, maka pakailah topi detektif anda dan masuk queue!
Misi hendaklah diselesaikan mengikut aturan!
Anda hanya akan mempunyai satu misi aktif pada sesuatu masa dan ia perlu diselesaikan sebelum misi seterusnya diaktifkan. Ini akan berterusan walaupun selepas Misi Minggu 2 tersedia, maka mulakanlah penyiasatan anda seawal mungkin jika anda mahu mengetahui identiti dalangnya!
Minggu 1
Misi | Objektif | Ganjaran |
---|---|---|
Stop! Thief! | Mulakan siasatan untuk gajet Jayce yang hilang ATAU Main 4 permainan |
100 Blue Mote 1 Mata Siasatan |
Crime in the City of Progress | Menangi permainan dengan champion Piltover* dalam pasukan anda ATAU Main 4 permainan |
100 Blue Mote 1 Mata Siasatan |
Preliminary Investigation |
Letak atau hancurkan 15 ward ATAU Main 4 permainan |
100 Blue Mote 1 Mata Siasatan |
Walking the Beat | Sebagai satu pasukan, bunuh Rift Scuttler sebanyak 10 kali ATAU Main 4 permainan |
100 Blue Mote 1 Mata Siasatan |
Claw Patrol | Sebagai satu pasukan, bunuh Elder Dragon ATAU Main 4 permainan |
100 Blue Mote 1 Mata Siasatan |
Call for Backup | Menang satu permainan dalam satu party tersedia ATAU Main 4 permainan |
100 Blue Mote 1 Mata Siasatan |
Just a Bit More Paperwork | Kenakan 40,000 physical damage kepada champion musuh ATAU Main 4 permainan |
100 Blue Mote 1 Mata Siasatan |
Bring 'Em In | Dapatkan satu triple kill ke atas ATAU Main 4 permainan |
100 Blue Mote 1 Mata Siasatan |
Search Warrant | Sebagai satu pasukan, musnahkan 15 struktur ATAU Main 4 permainan |
100 Blue Mote 1 Mata Siasatan |
Deputized! | Sebagai satu pasukan, kalahkan Baron Nashor 2 kali ATAU Main 4 permainan |
100 Blue Mote 1 Mata Siasatan |
*Champion Piltover termasuk Camille, Caitlyn, Ezreal, Jayce, Orianna, Seraphine dan Vi
Minggu 2
Misi | Objektif | Ganjaran |
---|---|---|
This Lead's a Dud |
Menangi permainan dengan champion Zaun* dalam pasukan anda ATAU Main 4 permainan |
100 Blue Mote 1 Mata Siasatan |
Start From The Beginning | Dapatkan first blood ATAU Main 4 permainan |
100 Blue Mote 1 Mata Siasatan |
Exemplary Work, Warden! | Dapatkan rank S ATAU Main 4 permainan |
100 Blue Mote 1 Mata Siasatan |
Call the Enforcers | Dapatkan 5 takedown yang unik dalam satu permainan ATAU Main 4 permainan |
100 Blue Mote 1 Mata Siasatan |
Connect the Dots | Kenakan 40,000 magic damage kepada champion musuh ATAU Main 4 permainan |
100 Blue Mote 1 Mata Siasatan |
Bring in an Expert | Main permainan dalam party bersama rakan guild ATAU Main 4 permainan |
100 Blue Mote 1 Mata Siasatan |
A Break in the Case! | Sebagai satu pasukan, curi Baron atau Dragon daripada pasukan musuh ATAU Main 4 permainan |
100 Blue Mote 1 Mata Siasatan |
Hot on the Trail | Menang satu permainan di bawah 15 minit ATAU Main 4 permainan |
100 Blue Mote 1 Mata Siasatan |
Defender of Tomorrow | Anda atau sekutu Jayce mendapat kill dengan Shock Blast ATAU Main 4 permainan |
100 Blue Mote 1 Mata Siasatan |
Gotcha! | Anda atau sekutu Caitlyn mendapat kill dengan Ace In The Hole ATAU Main 4 permainan |
100 Blue Mote 1 Mata Siasatan |
*Champion Zaun termasuk Jinx, Blitzcrank, Dr. Mundo, Janna, Singed dan Ziggs
Ganjaran Milestone
Menyimpulkan identiti dalang di sebalik kehilangan jam Jayce mungkin matlamat utama, tetapi jangan lupa untuk meraikan kemajuan anda dengan menuntut ganjaran milestone ini sepanjang perjalanan!
Misi Diselesaikan | Ganjaran |
---|---|
1 |
Ikon Unraveling The Mystery |
5 |
Emote Smiling Through The Pain |
10 | Peti Pemilihan Champion Hextech Heist (Pilih antara Caitlyn dengan Jayce) |
15 | Peti Pemilihan Gaya Hextech Heist (Pilih antara gaya untuk Caitlyn dengan Jayce) |
20 |
Ikon Unstoppable Sleuths |