Oleh kerana Riot kini merupakan sebuah syarikat pelbagai permainan, kami mahu memudahkan anda untuk mencari dan bermain permainan kami. Dengan sistem tray/menu baru, anda kini boleh melihat senarai semua permainan Riot dan mempunyai pilihan untuk navigasi secara pantas antara permainan dan utiliti dalam satu lokasi yang mudah. Sementar anda boleh jangkakan lebih banyak kemas kini dan ciri-ciri baru untuk penambahan ini, kami mahu menjawab beberapa soalan penting daripada anda dahulu!
Jadi, apakah soalannya?
Ciri baru ini membolehkan anda melancarkan dan memasang mana-mana permainan kami dengan pantas daripada sistem tray Windows atau pada bar menu Mac di mana ia menggunakan ikon Riot.
Bagaimana ia boleh berada di sana?
Sistem tray dilancarkan apabila anda melancar mana-mana permainan Riot dan ia akan ditutup apabila semua permainan Riot ditutup juga.
Adakah ia akan menggantikan atau mengubahsuai perisian Riot sedia ada saya?
Tidak sama sekali! Sistem tray hanyalah satu tambahan mudah yang tidak akan menjejaskan produk Riot anda yang sudah dipasang. Walau bagaimanapun, ia akan memudahkan pelancaran, kemas kini atau pemasangan mana-mana permainan Riot.
Adakah ini bermakna permainan Riot saya akan dikemas kini di latar belakang apabila saya tidak bermainnnya?
Tidak! Buat masa ini, kemas kini hanya akan dipasang apabila anda cuba untuk melancarkan permainan di mana adanya versi terkini tersedia. Anda boleh membiarkan kemas kini diteruskan atau tutup permainan jika anda ingin mengemas kininya pada masa yang lain. Dengan itu, kami bekerja keras untuk menjadikan kemas kini latar belakang automatik satu pilihan di masa hadapan, jadi nantikannya!
Terdapat beberapa permainan Riot disenaraikan dalam menu yang saya tidak berminat untuk bermainnya. Bagaimana saya boleh membuangnya?
Buat masa ini sistem tray Riot buat menunjukkan semua produk Riot yang tersedia secara umum, bersama dengan mana-mana produk Riot yang sedang dibangunkan dan anda mungkin layak mencubanya (seperti akses awal beta dan alfa). Buat masa ini, tiada cara untuk menyembunyikan produk umum yang telah dinyahpasang.
Bagaimana saya boleh membuang ikon sistem tray/bar menu?
Sistem tray akan ditutup secara automatik apabila semua permainan Riot ditutup. Ciri ini merupakan sebahagian daripada menjalankan produk Riot dan ia juga akan dinyahpasang apabila semua permainan Riot dibuang daripada sistem anda.