Notis Privasi dan Highlight ToS - April 2021

Apabila anda mula bermain salah satu permainan kami, kami sedar yang dasar dan terma perkhidmatan syarikat merupakan perkara terakhir di fikiran anda. Sebab itulah kami berusaha gigih untuk memaklumkan kepada anda tentang isu-isu besar seperti privasi pemain, bayaran balik dan perisian anti-penipuan, semuanya akan mendapat beberapa perubahan pada masa akan datang. Jadi mari teruskan!

Apakah itu Notis Privasi Perkhidmatan Riot?

Notis Privasi merupakan penerangan terperinci tentang maklumat yang dikumpul oleh Riot Games apabila anda menggunakan perkhidmatan Riot (seperti permainan kami, laman web dan aplikasi lain) termasuk cara maklumat tersebut mungkin digunakan atau dikongsikan.

Mengapa anda mengubah Notis Privasi?

Permainan video merupakan satu industri yang dinamik dan industri ini sering berubah dari segi teknologi, undang-undang atau amalan perniagaan asas yang boleh mengubah cara kami mengendalikan maklumat pemain, jadi memaklumkan kepada anda tentang perubahan yang berlaku ini merupakan salah satu keutamaan penting kami. Itulah maksud Notis Privasi!

Pada bila-bila masa Notis Privasi diubah, kami akan mengemas kini halaman umum dan mengubah tarikh “Kali Terakhir Diubahsuai”, supaya anda tahu anda mendapat maklumat yang terkini. Sekiranya perubahan ini termasuk pelarasan yang penting—terutamanya yang melibatkan cara kami memproses maklumat pemain—kami akan memastikan anda tahu tentangnya dengan memaparkannya pada semua perkhidmatan Riot atau menghantar pemberitahuan langsung kepada anda.

Di mana saya boleh cari versi notis privasi yang terkini?

Di sini!

Perubahan ini tidak menjejaskan permainan yang sedang saya main… Kenapa saya perlu menerima Notis Privasi yang baharu? 

Notis Privasi merupakan dasar seluruh Riot yang diguna pakai pada semua perkhidmatan kami. Sebab itulah kami perlukan semua individu untuk menerima perubahan tersebut tanpa mengira apa-apa jua permainan yang anda mainkan. 

Apakah maksud kemas kini data suara untuk VALORANT, League, Wild Rift, TFT dan Legends of Runeterra? 

Untuk masa sekarang, hanya VALORANT mempunyai rancangan untuk meneliti rakaman data suara untuk penilaian dan hanya apabila terdapat laporan rakaman suara yang mengganggu. Walaupun dokumen perundangan dikemas kini melibatkan kebolehan untuk merakam data suara pada semua permainan, kami tiada rancangan untuk merakam voice chat dalam League of Legends, Wild Rift atau Teamfight Tactics. Oleh sebab Legends of Runeterra tidak menyokong voice chat dan tiada rancangan untuk berbuat demikian, ia juga tidak akan terjejas. 

Apa yang akan berlaku jika saya tidak mahu voice chat saya berpotensi untuk dirakamkan?

Walaupun anda perlu bersetuju dengan Notis Privasi untuk terus bermain permainan kami, anda boleh menghalang suara anda daripada dirakamkan dengan hanya menyahaktifkan fungsi voice chat.

Adakah Riot mendengar voice chat saya secara aktif?

Sudah tentu tidak.

Kami hanya mendengar log suara yang berpotensi sahaja apabila kelakuan suara mengganggu dilaporkan.

Berapa lamakah anda menyimpan data suara saya?

Tempoh penyimpanan data umum berbeza mengikut undang-undang sesebuah negara tetapi data berkaitan privasi anda hanya akan disimpan sehingga dua tahun sahaja.

Misi kami hanyalah untuk mengumpul dan berkongsi data paling minimum yang diperlukan untuk menjalankan permainan kami dan meningkatkan pengalaman anda. Apabila kami mengumpulkan data, kami akan bertindak setelus mungkin dengan menyimpannya selama yang diperlukan dan kami akan melindunginya seperti data milik kami sendiri. 

Adakah anda pasti data suara saya selamat? 

Kami faham sebab pengumpulan data suara mungkin menimbulkan kebimbangan tetapi yakinlah bahawa kami tidak akan menggunakan ciri sedemikian jika kami sendiri tidak selesa data kami diperlakukan dengan cara yang sama.

Sekiranya anda masih tidak mahu voice chat anda dirakam, anda boleh menyahaktifkan ciri itu. 

Bilakah penilaian suara akan bermula?

Sistem tingkah laku untuk voice chat baharu kami masih dalam pembangunan tetapi kami mengemas kini Notis Privasi kami lebih awal untuk memberikan penerangan sejelas dan seawal mungkin. Apabila pengujian beta bermula, ia akan dimulakan dengan VALORANT di Amerika Utara sebelum diteruskan ke negara-negara lain.

Sebagai tambahan pada halaman ini, pasukan VALORANT akan berkongsi tentang cara sistem berfungsi sebelum mereka mula mengumpul data suara. Pemberitahuan dalam klien juga akan diberikan sebelum pengumpulan bermula.

Apakah itu Terma Perkhidmatan?

Terma Perkhidmatan merupakan syarat-syarat, iaitu Riot Games menawarkan akses kepada permainan kami, aplikasi, laman web dan perkhidmatan lain. Secara ringkasnya, ia merupakan peraturan kedua-dua pihak bersetuju untuk mematuhi apabila menggunakan produk kami.

Apakah polisi bayaran balik baharu?

Pada 30 Mei 2021, kami melaksanakan satu polisi bayaran balik baharu untuk semua permainan kami dan rantau. Polisi bayaran balik ini menggariskan perkara yang boleh dan tidak boleh dibayar balik, proses-proses untuk meminta bayaran balik, undang-undang termaktub untuk bayaran balik berkaitan pasaran permainan pihak ketiga (untuk aplikasi peranti mudah alih seperti Wild Rift dan Teamfight Tactics) dan maklumat lain untuk membantu anda membuat bayaran balik kandungan dengan jelas dan mudah. Anda boleh menyemaknya secara penuh di sini.

Bagaimana pula dengan kemas kini untuk perisian anti-penipuan dalam Terma Perkhidmatan?

Selaras dengan pelancaran Vanguard with VALORANT bersama rangkuman perlindungan pemacu kernel bagi permainan Riot yang akan datang, kami telah mengemas kini ToS untuk menyatakan bahawa pemasangan perisian anti-penipuan mungkin diperlukan untuk bermain permainan kami yang tertentu.

Sama ada ia untuk permainan sedia ada atau yang akan datang, kami sentiasa berusaha untuk menjadi setelus mungkin apabila ia tentang perlaksanaan program anti-penipuan tanpa mengkompromi penyelesaian kami. Jika satu program anti-penipuan baharu sedang berjalan—terutamanya yang berfungsi dengan pemacu mod kernel—kami akan memaklumkan kepada anda sebelum ia dikeluarkan.

Adakah artikel ini membantu?