Penciptaan dan Pentadbiran Guild

Menyertai guild mungkin hanya perlu menekan beberapa butang sahaja, tetapi mengendalikan guild memerlukan usaha yang lebih. Daripada penciptaan sehingga penyesuaian, selamat datang ke pusat sehenti untuk pentadbiran guild!

Penciptaan Guild

Menghadapi masalah mencari guild yang tepat untuk anda? Mungkin sudah tiba masa untuk anda mencipta guild anda sendiri!

Prasyarat

Guild yang terhebat sekali pun bermula dengan seorang pemain. Namun, bukan sesiapa sahaja dapat menjadi ketua guild! Anda perlu mempunyai ketabahan. Wawasan. KEAZAMAN!

...tetapi memandangkan kami masih belum jumpa cara untuk mengukur perkara-perkara itu, mari bermula dengan keperluan asas mencipta guild:

  1. Akaun Level 9 atau ke atas
  2. Pemain yang aktif dalam Wild Rift (3 permainan PvP, Ranked, atau ARAM dalam masa 2 minggu lepas)
  3. Tidak menyertai apa-apa guild
  4. Rekod bersih

    Tiada kesalahan berikut dalam masa 60 hari lepas:

    • Penganiayaan Chat
    • Nama summoner yang tidak sesuai
    • Feeding dengan sengaja
    • Menggunakan bot
    • Perdagangan/penjualan akaun
    • Penipuan Caj balik/Pemberian hadiah

    Tiada kesalahan berikut dalam masa 14 hari lepas:

    • AFK atau meninggalkan permainan

Jika anda memenuhi kriteria-kriteria ini, tahniah! Anda layak untuk mencipta guild anda sendiri. Namun, ada satu lagi perkara yang anda perlukan: 400 Poro Coins untuk membeli Token Penciptaan Guild atau 200 Wild Cores untuk mencipta satu secara langsung! Sila ambil perhatian bahawa pemain hanya boleh menggunakan Poro Coin untuk membeli Guild Token sebanyak SATU KALI sahaja! Token seterusnya mesti dibeli dengan Wild Core.

Kami mahu setiap guild dicipta dengan tujuan tertentu, sama ada untuk bergaul dengan rakan atau mendominasi papan pendahulu. Mengikat satu bayaran pada penciptaan guild akan memberinya nilai tersirat dan titik permulaan yang umum. Selebihnya bergantung pada anda!

Ketua Guild Mesti Memastikan Rekod Mereka Bersih!

Sebagai contoh teladan dalam guild mereka sendiri dan di seluruh komuniti Wild Rift, ketua guild dipegang pada standard yang lebih tinggi. Jika anda merupakan ketua guild yang melakukan salah satu pelanggaran yang disenaraikan di atas, jawatan anda akan jatuh kepada calon yang layak seterusnya, dan anda perlu menunggu 14 hari sebelum anda boleh dikembalikan semula oleh pemimpin sementara itu—JIKA beliau bersetuju melantik anda! Jalan terbaik untuk memastikan guild anda kekal milik anda adalah dengan sentiasa menunjukkan tingkah laku adil dan bermain mengikut peraturan.

Tetapan Asal

Menjadi seorang warga Wild Rift teladan dan mempunyai Poro Coins atau Wild Cores lebihan hanyalah permulaannya. Kini tiba masa untuk anda MENCIPTA guild!

Pergi ke bahagian Pencari Guild di halaman guild dan tekan butang Cipta. Anda kemudian akan diminta untuk mengisi butiran nama, tag, ikon, penerangan, tahap privasi, bahasa, dan label topik guild anda, yang dapat anda pelajari di Gambaran Keseluruhan Guild kami.

Terdapat beberapa sekatan yang harus anda ingat semasa menubuhkan guild anda untuk pertama kali:

Ciri Sekatan Boleh Diubah Selepas Penciptaan
Nama Guild 3–28 aksara
Tiada bahasa kasar
Ya (Cooldown 24 jam)
Tag Guild 2–5 aksara
Tiada bahasa kasar
Tiada aksara khas
Tidak
Ikon Guild Pilihan tersedia sahaja Ya
Penerangan Guild ~had 200 aksara Ya
Tahap Privasi Umum atau Terlindung Ya
Bahasa Bahasa dalam permainan sahaja Ya
Label Topik Pilihan tersedia sahaja Ya

Selepas anda telah isikan kesemua medan yang diberi, tekan Sahkan untuk menggunakan Token Penciptaan Guild/Wild Cores anda dan menubuhkan guild anda! Dan jangan risau—jika anda terlepas sesuatu, anda akan diminta untuk kembali dan mengisi semua medan kosong tanpa kehilangan kemajuan anda.

Pentadbiran Guild

Impian anda akhirnya termakbul: Guild Baron's Bad Boiz kini sudah terbuka!

Dengan tertubuhnya guild anda, tiba masa untuk menghiasinya dengan...

Penyesuaian

Seiring dengan pertumbuhan dan perkembangan guild anda, anda akan dapat mengubah ikon, penerangan, tahap privasi, dan label topik guild anda agar sesuai dengan status semasa anda pada bila-bila masa. Namun, yang lebih penting lagi, anda dapat menyesuaikan peranan-peranan anda!

Peranan Guild

Mencipta guild hanya perlukan satu orang sahaja, tetapi untuk menjalankannya... memerlukan sumbangan kesemua pemain dalam sesuatu guild!

Walaupun anda semua bersatu di bawah satu sepanduk yang sama, setiap ahli guild ada peranan masing-masing:

Ketua

Peranan yang diberikan kepada pencipta guild secara asal, Ketua mempunyai kawalan menyeluruh terhadap guild mereka. Tetapan dan penyesuaian, menaik dan menurunkan pangkat, jemputan dan tendangan—anda boleh lakukan kesemuanya! Sila beri perhatian bahawa walaupun rakan anda menolong anda menubuhkan guild, hanya akan ada satu ketua.

Log Masuk atau Kosongkan Kerusi

Ketua akan hilang peranan mereka selepas 30 hari tidak aktif, selepas itu peranan tersebut akan dipindahkan secara tetap kepada pemain layak seterusnya (anda perlu memenuhi kesemua syarat untuk mencipta guild) berdasarkan peranan/kekananan.

Pegawai

Pegawai ada untuk membantu anda dalam penyelenggaraan harian guild, termasuk menyemak pemohon, mengemas kini suapan guild, dan mengekalkan senarai ahli. Kebenaran awal mereka hampir sama dengan ketua, jadi hanya berikan gelaran ini kepada rakan anda yang paling dipercayai jika anda belum menyesuaikan tetapan kebenaran.

Ahli

Jiwa mana-mana guild! Setiap rakan guild baharu akan menyertai guild anda sebagai ahli, peranan yang tidak mempunyai apa-apa kebenaran khas secara asal. Ini bermakna mereka tidak dapat mengubah tetapan anda atau status rakan guild lain secara langsung. Namun, perkara yang mereka BOLEH lakukan adalah menyumbang kepada kemajuan Guild anda, jadi rekrutlah bagai nak gila!

Memindahkan Kepimpinan

Sekiranya beban kepemimpinan memberi anda tekanan, anda boleh memberi peranan itu kepada rakan guild yang lain dengan senang. Satu-satunya syarat adalah bahawa mereka tidak bersalah atas kesalahan yang disenaraikan di bawah nombor 4 bahagian Penciptaan Guild di atas. Sekiranya rekod mereka kembali bersih, mereka akan menjadi ketua baharu, dan peranan anda akan ditukar menjadi pegawai.

Jika anda memilih untuk terus keluar daripada guild, kepimpinan akan diberi kepada pemain seterusnya berdasarkan peranan/kekananan.

Kebenaran

Setiap peranan bermula dengan satu set kebenaran yang anda sebagai ketua guild dapat ubah pada bila-bila masa. Mahu simpan kuasa menaik/turunkan pangkat untuk diri anda sendiri sahaja? Anda boleh lakukannya! Ingin semua orang berupaya membenarkan jemputan guild? Boleh sahaja, wahai raja, permaisuri, atau maharaja kekacauan—buatlah begitu!

Untuk mengubah tetapan ini, hanya tekan Kebenaran dan tentukan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh setiap peranan, termasuk:

  • Naikkan Pangkat - Membenarkan peranan untuk menaikkan pangkat pemain lain sehingga pangkat mereka dalam hierarki
  • Turunkan Pangkat - Membenarkan peranan untuk menurunkan pangkat pemain lain kepada peranan yang lebih rendah
  • Umumkan Kenaikan Pangkat - Mengumumkan apabila pemain dinaikkan pangkat kepada peranan yang ditentukan
  • Ubah Halaman Guild - Membenarkan peranan untuk mengubah halaman semasa guild, termasuk ikon, nama, penerangan, tag plate, dan sepertinya
  • Tendang Keluar - Membenarkan peranan menendang pemain keluar, dengan syarat orang yang ditendang itu berada dalam peranan yang lebih rendah (Juga memberi akses kepada senarai ban)
  • Benarkan Jemputan - Membenarkan peranan untuk membenar/menolak jemputan guild yang belum selesai (Sila beri perhatian tetapan ini tidak memberi apa-apa kesan untuk guild umum)

Lebih baik memilih kebenaran anda sejak awal agar ahli guild anda faham peranan masing-masing, tetapi jangan takut untuk mengubahnya jika perlu!

Senarai Ahli

Satu senarai semasa ahli yang berada di dalam guild. Mahu mengetahui lebih lanjut tentang seseorang pemain? Hanya tekan nama mereka!

Walaupun pada awalnya terhad kepada 40 ahli, anda boleh menjemput sehingga 140 ahli dengan menaikkan level guild anda.

Senarai Ban

Sesetengah pemain dan guild tidak sesuai. Apabila itu berlaku, anda boleh menendang keluar pemain itu, meletakkan mereka ke dalam... SENARAI BAN.

Apabila seseorang pemain diletakkan dalam senarai ban guild anda, mereka tidak boleh cuba pun menyertai guild anda semula. Anda juga boleh memasukkan nama seseorang pemain terlebih dahulu jika anda tahu mereka tidak sesuai dengan guild anda.

Jika anda telah memenuhkan senarai ban anda (yang mempunyai had 1,000 nama), pertimbangkanlah mengeluarkan nama yang lama agar pemulihan dapat bermula!

Pemadaman Guild

Untuk kesemuanya, terdapat musim—termasuklah guild.

Akan tetapi, tidak terdapat cara untuk memadamkan guild anda dengan pantas, maka jangan risaukan tertekan butang yang salah secara tidak sengaja. Jika sesuatu guild ditakdirkan untuk pemadaman, terdapat dua sebab ia akan berlaku:

Tiada Pemain

Seperti dinyatakan di atas, kepimpinan akan diberi secara automatik kepada pemain layak yang seterusnya jika ketua meninggalkan guild.

Namun, jika tiada pemain lain yang tinggal untuk mewarisi takhta itu dan anda cuba untuk meninggalkan guild, anda akan menerima amaran bahawa guild akan dibubarkan dan pertanyaan sekiranya anda mahu meneruskannya. Sahkan, dan Baron's Bad Boiz akan menjadi sejarah.

Tiada Aktiviti Pemain

Jika tiada seorang pun pemain sesuatu guild log masuk selama 30 hari berturut-turut, guild itu akan dipadamkan. Log masuk untuk meneruskan impian anda!

Guild TIDAK BOLEH dikembalikan

Setelah sesuatu guild itu dipadamkan, semua datanya hilang secara kekal—termasuk kemajuannya!

Kemajuan Guild

Setelah anda menyesuaikan guild anda mengikut cita rasa anda, tiba masanya untuk mula mendapatkan ganjaran dan mendaki rank!

Adakah artikel ini membantu?