Gambaran Keseluruhan Guild

Pernah impikan League of Legends: Wild Rift menyokong pertandingan yang melibatkan kumpulan lebih daripada lima orang? Ataupun pencapaian anda dalam sesuatu permainan mempunyai kesan menjangkaui skrin akhir permainan?

Impian anda kini tercapai dengan GUILD! 

Ciri Guild

Guild_Home.png

Setiap Guild bukan hanya sekadar himpunan pemain sahaja. Mereka mempunyai profil yang dapat disesuaikan sepenuhnya, suapan sosial khusus, tetapan pengurusan serba boleh... Namun, buat apa layan gambaran keseluruhan sahaja apabila anda boleh mendapat butirannya?!

Nama Guild

Nama penuh dan rasmi bagi setiap guild. Namun, ingatlah bahawa beberapa guild boleh berkongsi nama yang sama, jadi kalau anda hendak mencari guild yang khusus, anda boleh bezakan mereka dengan...

Tag Guild

TSM, T1, RNG, FNC—hanya perlukan beberapa huruf sahaja untuk dijulang sebagai yang terhebat.

Sama seperti nama singkatan pasukan pro di atas, tag membolehkan guild menunjukkan kehebatan mereka dalam gelaran 2–5 aksara. Namun, jangan rasa terbatas dengan nama guild anda, kerana keduanya tidak perlu berkongsi apa-apa aksara pun. Tag guild juga merupakan satu-satunya cara untuk mencari guild yang anda inginkan, walaupun anda boleh gunakan penapis untuk mengecilkan cariannya.

Tag Guild Unik

Tiada satu guild pun yang boleh berkongsi tag, jadi sertai/mohonlah dengan yakin apabila anda telah terjumpa tag yang anda carikan!

Ikon Guild

Merangkap logo guild, ikon guild muncul di sebelah tag guild dalam carian umum dan pada plat guild dalam permainan. Guild akan mengaktifkan ikon baharu apabila mereka membesar dan maju, dan mereka boleh menukarnya pada bila-bila masa, jadi jangan terburu-buru menilai ikon sesuatu guild!

Penerangan

Nama, tag dan ikon guild memberi tanggapan pertama, tetapi peneranganlah merupakan tempat yang guild dapat memberitahu anda tentang identiti mereka yang sebenarnya. Pastikan anda membaca penerangan guild pilihan anda untuk pastikan ia sesuai dengan anda.

Tahap Privasi

Tahap privasi menentukan halangan asas kemasukan setiap guild. Adakah mereka bebas menerima sesiapa sahaja? Ataupun mereka akan menilai setiap calon?

Umum

Guild dibuat daripada orang umum, untuk orang umum!

Seperti yang dinyatakan dalam namanya, guild umum adalah terbuka kepada semua orang. Mana-mana pemain pun boleh menyertainya dengan menekan satu butang, dan ahli guild bebas menjemput sesiapa sahaja. Ia hanya terhad pada had keahlian (setiap guild hanya boleh disertai sejumlah pemain) dan sejarah tendang (jika seorang pemain ditendang keluar daripada guild, mereka tidak boleh menyertai semula kecuali namanya dikeluarkan daripada senarai ban).

Terlindung

Sama ada guild ialah ruang lepak rakan-rakan sahaja atau tempat latihan pemain bertaraf tinggi, guild-guild ini lebih eksklusif. 

Sesiapa sahaja boleh memohon masuk guild terlindung, tetapi hanya mereka yang dibenarkan ketua guild atau ahli yang diberi kebenaran sahaja (termasuk pegawai secara lalai) dibenarkan masuk. Bahkan anda dapat memohon pada sebanyak 20 guild pada satu masa, jadi teruskan mencari jika pilihan pertama anda terhegeh-hegeh.

Namun, ingatlah bahawa jemputan akan tamat tempoh selepas seminggu, jadi mohonlah semula jika perlu. Dan jangan risau jika guild yang anda pohon itu penuh—mereka tetap akan menerima permohonan anda dan mungkin di ambang meningkatkan kapasiti ahli mereka, jadi cuba sahajalah!

Selepas anda diterima masuk guild terlindung, kesemua permohonan belum selesai anda akan hilang.

Bahasa

Apabila matlamat anda adalah untuk mengumpulkan sekumpulan pemain yang berfikiran sama di bawah satu sepanduk, berkongsi bahasa yang sama merupakan langkah pertama yang baik! Tetapan ini menggunakan bahasa yang paling lazim secara lalai berdasarkan lokasi pelayan ketua guild, tetapi ia dapat diubah secara bebas ke mana-mana yang terbaik—dengan syarat ia merupakan salah satu bahasa yang disokong kami!

Label Topik

Sama seperti tag guild merupakan singkatan untuk nama guild, label topik merupakan rumusan penerangan setiap guild. Mereka tidak akan dapat merumuskan tujuan sesuatu guild, tetapi berguna untuk menyaring guild kepada hanya yang memenuhi keperluan anda. Setiap guild boleh memilih sehingga tiga untuk memberi tahu pemain tentang guild mereka!

Label yang ditawarkan pada misi:

  • Mari Berkumpulan
  • Menerima Semua
  • Komuniti
  • Harian
  • Kasual
  • Mesra Pemula
  • Chat
  • Suara
  • Mendaki Ranked
  • Sangat Aktif
  • Papan Pendahulu
  • Elite

Suapan Guild

Ahli guild dengan kebenaran yang betul dapat berkongsi skrin-skrin tertentu dan kemas kini lain kepada Suapan Guild. Walaupun semua ahli dalam guild dapat melihat Suapan Guild ini, ia mungkin tidak kelihatan kepada pemain di luar guild bergantung pada tetapan privasi anda.

Senarai Ahli

Members_List.png

Inilah senarai "Orang ternama" setiap guild! Sama ada senarai ini tersedia untuk umum atau tidak dapat diubah oleh kepimpinan setiap guild, tetapi ahli guild akan sentiasa dapat melihat rakan guild mereka bersama dengan peranan dan posisi pilihan mereka.

Chat Guild

Guild adalah tentang komuniti, dan jantung setiap komuniti ialah chat guild. Di sinilah ahli guild anda akan datang untuk mencari ahli ke-5 party mereka, bercakap tentang patch terbaharu, atau hanya melepak. Chat guild juga akan muncul sebagai saluran baharu dalam chat biasa jika anda mahu terus masuk dari sana!

Sekarang anda telah mengetahui semua ciri yang ditawarkan oleh guild, sudah tiba masanya anda belajar tentang...

Menyertai Guild

Memilih guild yang sesuai dengan anda merupakan satu Serious Business™. Itulah sebabnya kami menawarkan beberapa cara untuk melakukannya.

Sertai Guild Rakan Anda

Jika anda ingin menyertai guild rakan anda, anda hanya perlu menekan nama mereka pada senarai rakan, masuk ke profil mereka, pilih guild di situ, dan memohon atau terus menyertainya bergantung pada tetapan privasi mereka!

Jika tidak, anda boleh menggunakan...

Pencari Guild

Guild_Finder.png

Diletakkan dalam menu Guild, Pencari Guild akan memberi anda peluang mencari guild berdasarkan penapis pilihan anda.

Di sebelah kiri, anda akan nampak ikon, tag dan nama setiap guild, diikuti beberapa statistik penting:

  • level.pngLevel Guild diperoleh secara beransur-ansur oleh ahli yang aktif, dan dengan sedemikian dapat menjadi petunjuk baik tentang usia atau keaktifan sesuatu guild itu.
  • members.png Jumlah ahli dalam sesuatu guild / had keahlian. Pastikan ada ruang sebelum anda memohon!
  • language.png Sama ada itu untuk chat suara atau sekadar berbual antara permainan, berkongsi sekurang-kurangnya satu bahasa dengan ahli guild anda sangat penting untuk komunikasi.
  • rank.png Gunakan rank guild untuk memastikan guild pilihan anda berada pada tahap anda, sama ada itu bermaksud apa-apa rank sahaja atau challenger tahap tinggi

Masih tidak terjumpa guild untuk diri anda? Jadi mungkin sudah tiba masanya anda buka jalan untuk orang seperti anda dengan mencipta guild!

Mencipta Guild

Sama ada anda hanya mahukan tempat untuk rakan anda bersantai atau tidak dapat mencari guild yang sesuai untuk anda, mencipta guild merupakan pilihan yang bagus. Pastilah, ini mungkin lebih rumit, tetapi panduan kami tentang penciptaan guild akan mengajar anda semua yang perlu anda ketahui!

Naikkan Level Guild

Sekarang anda telah menemui tempat untuk dipanggil rumah, anda harus mula menaikkan level guild anda. Inilah cara anda mengaktifkan ikon tambahan, meningkatkan had keahlian guild anda, dan banyak ciri-ciri yang lain! Bunyi rumit? Jangan risau—ada halaman untuknya!

Meninggalkan Guild

Kadangkala, sesuatu guild itu tidak sesuai dengan anda. Jika anda fikir sudah tiba masa untuk anda beredar, pergi ke halaman pentadbiran guild dan tekan butang Keluar. Namun ingat, jika tetapan privasi bekas guild anda diletakkan pada Terlindung, anda perlu memohon semula untuk kembali.

Jika anda sebagai Ketua Guild yang meninggalkan guild anda sendiri, semak halaman kami tentang Pengurusan Guild untuk melihat cara proses itu berlaku dan orang yang seterusnya untuk posisi itu.

Lapor Guild

Terjumpa guild yang tidak mengikut Tatakelakuan? Beritahu kami dengan menekan butang Report_Symbol.png pada halaman utama guild itu atau di sebelah nama guild itu. Dari sana, anda akan diarahkan untuk memberi beberapa butiran lebih lanjut tentang tempat anda menjumpai kandungan yang kesat itu.

Adakah artikel ini membantu?