Americas/Rest-of-World Servers FAQ

Pelayan Amerika untuk League of Legends: Wild Rift menggunakan infrastruktur yang sepenuhnya berbeza berbanding seluruh dunia. Sistem unik ini bermaksud walaupun pemain-pemain seluruh Amerika boleh bebas bermain antara satu sama lain, mereka tidak akan dapat bermain dengan pemain yang berada di luar dua benua ini, walaupun berada di luar negara—dan sebaliknya.

Oleh sebab itu, kami memberikan sedikit panduan tambahan tentang cara untuk menyertai pelayan yang betul dan perkara yang anda boleh dan tidak boleh lakukan setelah anda bersambung.

Senarai Semak Log Masuk Kali Pertama

Akaun anda akan ditetapkan secara automatik ke sebuah pelayan pada kali pertama anda masuk ke Wild Rift. Setelah dikaitkan dengan Amerika atau seluruh dunia, ia tidak boleh dipindahkan. Oleh itu, ikut langkah-langkah berikut untuk memastikan bahawa anda berada di tempat yang betul!

1. Pertimbangkan lokasi semasa anda

Apabila anda log masuk ke permainan Riot buat kali pertama, kami menggunakan alamat IP anda untuk menetapkan server terbaik untuk lokasi anda. Penetapan yang bersesuaian akan membantu untuk memastikan prestasi rangkaian yang optimum (kurang lag, kurang terputus sambungan dan lain-lain) dan juga menyertakan anda dalam sebarang acara atau promosi khusus wilayah. Itulah sebabnya anda harus sentiasa mengambil perhatian tentang lokasi anda semasa pertama kali anda log masuk ke Wild Rift!

2. Tutup mana-mana VPN

VPN yang tidak dikonfigurasikan dengan betul boleh mengelirukan sistem kami yang akan menganggap bahawa anda berada di tempat lain, dan ini mengakibatkan penetapan server yang tidak tepat ke akaun anda. Ini boleh mewujudkan pelbagai masalah yang sukar diselesaikan (dan beberapa isu yang tidak boleh diperbaiki langsung!), jadi perkara terbaik yang boleh anda lakukan ialah menyahaktifkan VPN sepenuhnya ketika log masuk buat kali pertama.

3. Baca sepenuhnya mana-mana prompt log masuk

Sesetengah pemain yang lokasi servernya tidak sepadan dengan geolokasinya mungkin akan menerima satu prompt ketika log masuk. Sangat penting untuk anda membaca prompt ini dan memahami sepenuhnya implikasi yang akan berlaku sebelum anda meneruskan.

Sekatan Merentas Server (Cross-Server)

Sama ada anda berada di server Amerika atau bersama dengan yang lain di seluruh dunia, ada beberapa perkara yang perlu anda ketahui.

Pemain di server Amerika dipisahkan daripada pemain di server Eropah dan Asia, bukan saja oleh lautan. Pemadanan perlawanan, permainan persahabatan, pemberian hadiah dan ciri-ciri lain juga tidak dapat berlaku di antara kedua-kedua wilayah tersebut. Sebaik saja lokasi akaun anda telah ditetapkan, sekatan ini akan mengikut anda ke mana-mana saja anda pergi—iaitu, seseorang pemain dengan akaunnya yang didaftarkan di server Amerika hanya akan dapat bermain dengan pemain dalam server yang sama, begitu juga dengan pemain yang didaftarkan di server Eropah dan Asia.

Kami juga harus menekankan bahawa pemain tidak akan berpeluang untuk menukar kumpulan server selepas lokasinya dikunci masuk. Oleh itu, sahkan pelayan anda hanya apabila anda benar-benar pasti!

Bolehkah saya menukar server semasa dalam kembara?

Tidak ada cara untuk memindahkan akaun anda untuk masuk atau keluar daripada kumpulan server anda (Amerika atau seluruh dunia) setelah anda dikunci masuk, walaupun semasa anda mengembara. Namun, terdapat cara lain untuk menunjukkan kepada pemain tempatan di luar negara tentang kehebatan anda sehinggakan dikenali sebagai Master Yi—iaitu, buat sahaja satu akaun baharu! Anda hanya perlu memastikan bahawa anda berada dalam IP di lokasi pilihan anda semasa anda log masuk untuk pertama kali dan kami akan menguruskan yang selebihnya.

Saya mempunyai kawan-kawan yang tinggal di luar negara dalam kumpulan server yang lain. Bagaimanakah saya boleh bermain dengan mereka?

Seperti yang dinyatakan di atas, cara terbaik untuk anda bermain dengan para pemain di luar Amerika adalah dengan membuat satu akaun yang berbeza untuk tujuan tersebut.

Kami menyedari bahawa bermula dari awal boleh menjadi sesuatu yang sukar setelah berhempas pulas meningkatkan kedudukan dan mendapat ramai champion dalam akaun utama anda, tetapi ingat: setiap akaun baharu dilengkapi dengan pelbagai acara untuk membantu anda meningkatkan akaun anda tanpa membelanjakan walau satu sen pun. Anda akan dapat menjadikannya setaraf dengan akaun utama anda dalam masa yang singkat!

Saya masih tidak dapat log masuk!

Sebelum mencuba kaedah lain, pergi ke senarai semak log masuk di atas dan jangan langkau mana-mana langkah!

Ralat log masuk selalunya bermakna bahawa kami masih mengesan konflik antara server yang ditetapkan dengan lokasi alamat IP anda, dan satu-satunya cara untuk menyelesaikan isu ini adalah dengan memastikan kedua-dua lokasi ini sepadan.

Jika anda berasa bahawa anda telah menyelesaikan isu lokasi tetapi masih tidak dapat log masuk, sila hantarkan tiket dan kami akan cuba membantu anda dengan segera!

Adakah artikel ini membantu?