Nemesis Duel

FNC vs G2. Tupac vs Biggie. Teemo vs dunia. Sesetengah pertembungan memang tak dapat dielakkan. Tapi macam mana korang boleh selesaikan dendam korang dalam arena 5v5?

Korang kenalah kalahkan musuh ketat korang dalamNemesis Duel!

Nemesis_Duel_Art.jpg

Apakah itu Nemesis Duel?

Nemesis Duel ialah satu sistem khas yang kadang-kala diaktifkan apabila dua champion yang saling berdendam bertemu dalam Wild Rift. Korang boleh dapatkan ganjaran dalam permainan dengan menyelesaikan persengketaan di luar permainan, jadi bersedialah untuk perlawanan terhebat!

Siapakah yang boleh menyertai Nemesis Duel?

Pemburu Runeterra yang paling digeruni, Rengar dan Kha'Zix akan bersaing untuk menentukan siapakah pemangsa dan siapakah mangsanya!

Saudara Ascended Shurima, Nasus dan Renekton bertarung untuk menyelesaikan pertarungan atas kegelapan dan penipuan!

Bagaimana ia bermula?

Hanya dengan dua champion yang berkaitan dalam pasukan berlawanan dalam satu permainan tak akan menjamin Nemesis Duel. Kitorang mahukan ciri ini kekal menjadi kejutan yang menyeronokkan daripada asyik berlaku je, jadi ada syarat untuk dipertimbangkan kalau korang nak sertai ciri ni:

  • Kedua-dua champion masih hidup dan level tinggi
  • Kedua-dua champion tidak menerima atau mengenakan damage dalam tempoh terdekat
  • Kedua-dua champion ini berdekatan antara satu sama lain

Selepas semua syarat dicapai, pemain yang bertuah boleh melihat satu paparan dalam permainan memaklumkan yang event telah bermula!

Bagaimanakah ia berakhir?

Kemenangan akan dicapai oleh champion yang mengenakan damage dalam masa tiga saat selepas champion yang kalah dibunuh. Tak perlu dapatkan kill tapi korang hanya perlu sertai kill tu je! Dan ingat—Pemenang Nemesis Duel ni akan mendapat bonus yang bertahan hingga penghujung permainan, jangan terlepas pertarungan hebat ni!

Saya menang! Ganjaran apa yang saya boleh dapat?

Rengar vs Kha'Zix - The Hunt Is On

Kalau Rengar dapat buktikan dialah raja hutan, secara automatik akan mendapat Ferocity sepanjang ultimatenya—Thrill of the Hunt.

Kalau Kha'Zix muncul sebagai pemangsa terhebat, dia akan dapat mata evolusi tambahan.

Nasus vs Renekton - Bad Blood

Kalau Nasus dapat mengawal keganasan Renekton buat selamanya, ability Siphoning Strike akan mengenakan semua musuh dalam suatu radius ability tersebut.

Kalau Renekton dapat melepaskan dendamnya, dia akan kekal pada full Fury untuk tempoh ultimatenya, Dominus.

Ornn vs Volibear - Ancient Rivalry

Jika Ornn berjaya menempa kemenangannya di puncak gunung, Searing Chargenya bukan sahaja akan menghentam musuh ke atas apabila terkena tembok atau terrain—ability itu akan slow mereka dan memberikan Ornn satu shield juga.

Jika Volibear menghancurkan tanah dengan jayanya, Stormbringernya akan menjatuhkan musuh yang berhampiran jangkauan kemahiran itu.

Adakah artikel ini membantu?