Menguruskan Akaun Riot Anda

Dari League ke VALORANT, PC ke mobile, Riot Games merangkumi pelbagai genre dan peranti, Akaun Riot korang yang membantu untuk mengemudi semuanya. Tapi korang mungkin tertanya apa dan mana Akaun Riot korang? Apa lagi, di account.riotgames.com lah! Daftar masuk untuk melihat maklumat akaun korang. Untuk perincian tentang akaun laman web, sila baca.

Bagi korang yang dah lama dengan kitorang sejak awal League of Legends lagi, halaman ni mungkin kelihatan sedikit berbeza, jadi jangan ke mana-mana dan lihat.

ID Riot

account_1.png

Jika korang baru dengan dengan Riot Games, selamat datang! Kotak pertama di Halaman Akaun akan membolehkan korang untuk buat ID Riot dan Tagline. Macam nilah cara kawan korang nak cari ID (mungkin nak cabar korang sekali dalam perlawanan LoR atau VALORANT).

Dah ada ID Riot? Rilek dulu. Di sini korang boleh tukar ID dan Tagline ikut cita rasa sendiri.

Maklumat Peribadi

account_2.png

Maklumat ni penting. Jenis maklumat yang korang kena jaga dengan hati-hati. E-mel dan tarikh lahir korang adalah maklumat peribadi, jadi janganlah berkongsi maklumat ni (atau kata laluan) dengan orang lain pulak.

Daftar Masuk Akaun Riot

account_3.png

Bercakap tentang kata laluan, di sinilah korang boleh tukar! Nama pengguna dan kata laluan korang adalah komponen yang digunakan untuk log masuk ke mana-mana je klien Riot Games.

Akaun Tersambung

account_4.png

Kalau korang lagi suka gunakan akaun sosial untuk mendaftar masuk ke pelbagai aplikasi, korang boleh link akaun kat sini!

Keutamaan Komunikasi

account_5.png

Nak tahu berita lain dalam Riot? Korang boleh sertai kat sini untuk tahu semuanya dari jemputan beta hinggalah berita. Kitorang akan berusaha untuk cuba tak spam peti masuk korang.

Adakah artikel ini membantu?

Tidak dapat mencari apa yang anda mahu?

Kami sedia membantu anda! Hantarkan tiket! Selagi poro tidak memakannya, kami akan segera menghubungi anda.

/ Hantar Tiket
Kuasa daripada Zendesk