Posisi Pilihan

Dalam League of Legends: Wild Rift, setiap posisi diminati oleh jenis pemain yang tertentu. Pemain duo laner hanya mahu berkawan, mid laner sukakan perhatian, jungle pula suka melepak dengan pelbagai jenis monster dan solo laner?

Kita berhenti bercakap tentang solo laner.

Apapun pilihan anda, satu saja yang kami ingin beritahu: kami mahu anda semua mendapat posisi pilihan anda! Sebab itulah kami mencipta sistem penempatan posisi serba baru untuk Wild Rift.

Terhad untuk Keluaran dan Pengujian Serantau

Sebelum bermula, ada beberapa nota ringkas!

Pertama sekali, keluaran awal sistem posisi pilihan akan dihadkan kepada server Eropah dan Asia sahaja. Oleh kerana server Amerika baru saja dilancarkan, fokus kami adalah untuk memastikan sistem standard berfungsi dengan lancar sebelum menambahkan ciri-ciri baru. Terima kasih atas kesabaran anda!

Kedua, untuk dua minggu pertama ini, posisi pilihan akan dihadkan kepada queue percubaan khas. Anda boleh menyertai queue ini sekali sehari untuk 150 Blue Mote tetapi anda diingatkan bahawa anda tidak akan maju pada mana-mana event lain ketika berada dalam queue Position Lab! Kami tahu ini tidak ideal tetapi di antara 150 Blue Mote yang anda terima pada setiap permainan dan pertolongan anda untuk memastikan keberkesanan sistem pilihan posisi di masa akan datang, kami harap anda setuju dengan aturan ini.

Untuk ketahui lebih lanjut tentang Position Lab, klik di sini!

Untuk maklumat lanjut mengenai sistem posisi secara umum, teruskan membaca!

Bagaimana Caranya

Apabila anda pertama kali menekan butang Play , anda secara automatik akan mendapat prompt untuk memilih posisi pilihan anda. Apa yang anda perlu lakukan adalah menyusun lima pilihan mengikut turutan pilihan anda dari yang paling diingini ke paling kurang diingini. Pilihan anda kemudian akan disimpan dan dimuatkan secara asal untuk permainan seterusnya!

Tidak pasti tentang setiap posisi? Semak panduan berguna ini untuk melihat posisi mana yang bersesuaian untuk anda:

Posisi

Solo / Baron Lane

Pahlawan gagah dan bebas, solo lane paling sesuai untuk champion yang boleh jaga diri. Pemain yang memilih lane ini akan bertarung sengit dengan setiap sisi push turret untuk memberi tekanan.

Mid

Mage berkuasa dan pelawan lain akan memilih mid lane sebagai pilihan mereka. Mid boleh melakukan gank ke atas pemain lain atau bantu mendapatkan objektif dengan cepat. Tapi berhati-hati! Posisi tengah anda menjadikan posisi ini juga terbuka untuk gank.

Duo / Dragon Lane

Marksmen yang fokus pada membunuh minion sering mengisi posisi duo. Champion yang bagus di lane ini perlukan banyak item untuk menjadi lebih kuat, oleh itu mereka kerap bergantung pada bantuan support untuk sampai ke late game.

Support

Membantu sekutu dan melumpuhkan musuh, support membantu duo dalam duo lane. Support yang bagus akan mengacau musuh sambil melindungi atau memulihkan sekutu mereka yang sedang fokus pada minion dan mengenakan damage.

Jungle

Jarang dilihat dan cepat menyesuaikan diri, jungler adalah sangat penting untuk berjaya. Jungler perlu membunuh jungle monster dengan pantas dan bersedia untuk gank, menjadikan posisi tersebut ideal untuk champion damage tinggi dan/atau memiliki kit pemulihan yang banyak.

Jika anda masih tidak pasti tentang posisi mana yang sesuai, anda juga boleh...

Pilih Berdasarkan Champion

Banyak champion yang boleh berkembang dalam pelbagai lane tetapi kebanyakan daripada mereka telah direka khas untuk satu atau dua posisi. Sebab itulah kami melibatkan champion yang sesuai untuk setiap posisi berdasarkan pada gaya permainan dan meta semasa anda. Cadangan ini patut memberikan anda idea yang lebih baik tentang siapa yang anda perlu guna atau berhadapan jika anda berada di posisi tersebut!

Mengubah Posisi Pilihan Anda

Mungkin anda ingin memberi keutamaan pada orang lain dalam pasukan sedia ada anda atau mungkin anda hanya ingin membuat perubahan. Apa jua sebabnya, mengubah posisi pilihan adalah sangat mudah!

Jika anda berada di lobby, tekan ikon posisi pilihan anda sebelum queue, kemudian buat persediaan yang diperlukan.

Jika anda ingin membuat perubahan daripada skrin utama, tekan ikon posisi pada banner anda.

Bagaimana pula jika saya tidak mahu bermain posisi itu langsung?

Letakkannya di posisi terakhir dalam senarai anda!

Kami faham yang sesetengah pemain, kalau boleh tidak mahu langsung berada di posisi tertentu jadi sebab itulah kami menggunakan sistem ini. Mengambil kira semua faktor akan membuatkan anda kurang berkemungkinan untuk berada di posisi pilihan terakhir anda. Kami tidak dapat menjamin yang ia tidak akan berlaku tetapi patutnya ia akan mengurangkan kemungkinannya!

Bagaimana pula jika pemain lain di dalam pasukan saya mempunyai pilihan yang serupa?

Tiada masalah! Anda masih boleh queue tetapi sila ingat bahawa setiap posisi hanya boleh mengisi seorang pemain sahaja. Sesetengah daripada anda mungkin tidak akan berada di posisi pilihan!

Saya tidak boleh memilih posisi saya!

Jangan risau! Itu bermakna posisi pilihan anda ditawarkan kemudian di server anda!

Posisi pilihan merupakan sistem serba baru jadi kami memperkenalkannya ke beberapa lokasi sahaja untuk menjalankan pengujian menyeluruh. Jika anda tidak dapat memilih lane yang diingini, itu bermakna sistem posisi pilihan masih belum ditawarkan di kawasan anda.

Adakah artikel ini membantu?