ARAM dalam Wild Rift

Sama ada anda mencuba ARAM buat kali pertama atau pernah berjam-jam bermain di League PC, terdapat banyak perkara yang anda perlu tahu tentang League of Legends: ARAM Wild Rift!

Bermula dengan...

Apakah itu ARAM?

ARAM ialah mod permainan khas yang bermaksud "All Random, All Mid." Mod ini mempunyai beberapa persamaan dengan Wild Rift tradisional: anda masih akan berpasukan dengan empat pemain lain untuk cuba menghancurkan Nexus musuh, dan anda masih akan mendapat pengalaman akaun dan champion mastery atas usaha anda.

Perbezaannya pula... Sila baca!

Queue

Selepas anda menekan butang Main, anda akan digesa untuk memilih mod permainan anda. Lihat ARAM pada bahagian atas skrin? Bagus! Hanya ketik untuk mula mencari permainan.

Champ Select

Setelah permainan dijumpai, anda dan setiap ahli pasukan akan diberikan satu champion secara rawak daripada champ pool yang anda sudah miliki, pilihan rotasi percuma semasa dan banyak lagi!

Kami telah memasukkan banyak champion tambahan atas dua sebab.

Pertama sekali, kepelbagaian ini memastikan anda tidak akan terus menggunakan champion yang sama setiap kali. Sebahagian daripada daya tarikan ARAM adalah peluang untuk mencuba champion dan gameplay yang anda tidak pernah cuba, yang mana pilihan champ pool yang banyak adalah penting.

Kedua, perubahan ini menghalang pemain daripada mencipta kelebihan yang tidak adil dengan stack akaun mereka dengan champion yang kuat dalam ARAM. Sebelum anda protes, kami percaya bahawa setiap champion berpeluang bersinar di Wild Rift! Tetapi ARAM adalah poro dengan warna yang berbeza. Tumpuan tunggalnya pada team-fight huru-hara dan pengepungan yang berlarutan pasti memihak kepada champion yang direka dengan mengambil kira situasi tersebut. Memberi setiap pemain senarai asas yang sama merupakan cara kami memberikan permainan yang adil!

Sama seperti mod Blind Pick untuk Wild Rift, ARAM merahsiakan komposisi pasukan musuh sehingga permainan bermula. Tidak seperti Wild Rift, ARAM memastikan bahawa setiap champion hanya muncul sekali dalam setiap perlawanan. Nyahlah perlawanan ditiru!

Pool Champion Dinamik

Oleh sebab kami melancarkan ARAM di Wild Rift untuk kali pertamanya, kami akan mengembangkan pool champion dari semasa ke semasa. Perkara ini membolehkan kami mempromosikan kepelbagaian champion, mengumpulkan data balance, dan menjaga keadilan dalam pelbagai kombinasi champion. Terima kasih kerana bersabar dengan kami semasa kami menyelesaikan hal ini!

Roll semula dan Bangku Simpanan

Pemilihan secara rawak mungkin menarik, tetapi terdapat banyak sebab anda mungkin tidak mahu main sesetengah champion tertentu. Mungkin mereka tidak sesuai dengan komposisi anda atau mungkin bukan gaya anda. Walau apa pun alasan anda, kami ada jawapannya: roll semula dan bangku simpanan!

Setiap pemain boleh menyimpan sebanyak dua roll semula ARAM di akaun mereka yang akan memberi anda pilihan rawak baharu daripada pool champion anda sementara menghantar champion semasa ke bangku simpanan. Sebaik saja champion berada di bangku simpanan, mereka boleh diambil (dengan syarat mereka sudah berada di pool champion anda), jadi jangan terkejut jika pemain lain yang mengambil champion lama anda. Lagipun, Katarina 0-10 seorang pemain adalah Katarina 10-0 pemain lain!

Jangan risau jika anda kehabisan roll semula! Setiap ARAM yang anda main akan menambah bekalan anda, jadi terus queue untuk mendapat lebih banyak.

Spell

ARAM mempunyai semua Spell yang sama dengan Wild Rift, kecuali Smite dan tambah Clarity juga Snowball!

Clarity menjana semula banyak mana kepada penggunanya tambah jumlah yang lebih kecil untuk semua sekutu dalam jarak, menjadikannya pilihan utama untuk champion yang memerlukan banyak mana.

Snowball ialah penutup jurang mutakhir. Untuk menggunakannya, hanya ketik dan tahan, halakan ke sasaran, dan lepaskan untuk melontar projektil beku anda pada jarak yang ditunjukkan. Jika ia menyerang musuh (champion, minion, dll. Jika mereka mempunyai bar nyawa, anda boleh menyerang mereka!), anda akan dapat mengaktifkan semula spell untuk melakukan dash yang tidak boleh disasar ke unit yang ditandakan. Anggaplah ia sebagai tiket sehala menuju kegemilangan!

Sudah tentu, jika ia kelihatan seperti tiket sehala menuju kematian, anda boleh memilih untuk tidak mengaktifkan semula ability itu, yang kemudian akan terus cooldown selepas tempoh pendek.

Peta

ARAM berlangsung di Howling Abyss, peta yang mengubah tanah Wild Rift yang luas dan bervariasi menjadi satu lane 5v5 yang tidak dapat dielakkan. Tetapi disebabkan oleh ia lebih kecil tidak bermakna ia kurang menyengat! Kami juga telah menambahkan beberapa ciri untuk menyemarakkan lagi perkara ini:

Level Permulaan, Gold dan Boost Pengalaman

Setiap pemain bermula di level 3 dengan 1,700 gold di ARAM, jadi pastikan untuk mempelajari beberapa ability dan kumpulkan item sebelum menyerang.

Tetapi itu bukan satu-satunya boost pengalaman yang ditawarkan oleh ARAM! Tidak lama selepas permainan bermula, experience bar anda secara beransur-ansur akan diisi dengan kadar tetap walaupun anda tidak berdekatan dengan minion/champion yang dibunuh. Oleh itu, duduk, tingkatkan level dan tunggu untuk kekecohan yang tidak dapat dielakkan daripada beberapa champion yang mengaktifkan ultimate mereka pada masa yang sama!

Fickle Fountain dan Rejuvenating Relic

Beli semua yang anda perlukan setiap kali anda spawn di kedai, kerana setelah anda pergi, hanya ada satu cara untuk kembali: KEMATIAN.

Sudah pasti, anda boleh berjalan balik tetapi anda tidak akan dapat membeli apa-apa item atau dipulihkan oleh fountain (walaupun laser pelindungnya tetap akan menghalang sesiapa yang mahu masuk). Jika anda mahu membeli item baharu, anda mesti mengambil jalan "cepat kembali" dengan kematian anda sendiri.

Sebagai pengganti fountain, kami menyarankan anda memanfaatkan Healing Relic eksklusif ARAM di sepanjang sisi peta. Benda hijau yang bercahaya ini memulihkan sedikit nyawa/mana/energy kepada champion pertama yang memijaknya, diikuti dengan pemulihan tinggi AoE beberapa saat selepas itu. Hanya aktifkannya dengan berhati-hati! Sekutu di luar radius yang ditunjuk tidak akan mendapat apa-apa manfaat dan kesan pemulihan akan diaktifkan untuk rakan dan musuh.

Manic Minion

Untuk mempercepatkan permainan, minion ARAM bergerak lebih cepat selari dengan durasi permainan.

Masa Permainan (minit) Kelajuan Minion
6 1/2 +5
7 +10
7 1/2 +15
8 +20
8 1/2 +30
9 +40
9 1/2 +50
10 +60

Buff kelajuan diberikan kepada semua minion di kedua belah pihak selepas mencapai masa yang ditentukan, termasuk minion yang sudah spawn.

Buat apa lari di mid jika anda boleh pecut?

Buff Howling Abyss

Dalam ARAM, semua champion datang dengan Buff Howling Abyss kekal termasuk kesan berikut:

  • Mengurangkan Cooldown Spell sebanyak 40% 
  • Mengurangkan semua pemulihan rakan sekutu sebanyak 50% (pemulihan diri tidak terjejas!)
  • Menambah magic resist untuk champion melee sebanyak 20
  • Mengurangkan damage diterima dari jauh sebanyak 15% untuk semua unit (champion dan minion)

Pelarasan kecil ini bantu mempercepat setiap permainan sambil menutup jurang antara peranan tertentu. Ingat jika anda mencari pasukan yang penuh dengan champion jarak dekat atau healer kuat!

tl;dr

Champion rawak! Objektif yang sedikit! Pergaduhan habis-habisan! Pertempuran ARAM yang pantas dan luar biasa mempunyai sesuatu untuk semua orang, jadi baling dadu dan queue!

Adakah artikel ini membantu?