Membeli Kandungan Wild Rift di laman Web

Membeli kandungan dalam permainan kadang kala agak sukar. Anda mulakan aplikasi, pergi ke kedai, cari item yang anda mahukan… Hm? Wild Core tidak mencukupi? Pergi ke bahagian Wild Core, pilih berapa banyak yang anda ingin beli, KEMBALI ke item itu…

Tidak syak lagi skin baru yang hebat itu berbaloi dengan usaha anda tetapi pasti ada jalan yang lebih mudah.

Kini ada caranya!

Ciri baru ini menjadikannya lebih mudah untuk mendapatkan kandungan League of Legends: Wild Rift yang anda mahukan, pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda mahukan. Secara mudahnya, ia membolehkan anda untuk membeli item secara langsung untuk akaun Wild Rift anda tanpa but semula permainan.

Hebat! Bagaimana saya boleh menggunakannya?

Perkara pertama yang anda perlu tahu adalah ia bukanlah kedai boleh dilayari secara tradisional. Ia berfungsi seperti ini:

  1. Cari pautan promosi untuk satu produk khusus. Mungkin ia sebahagian daripada pengumuman Facebook untuk barisan skin baru atau mungkin ia muncul dalam kempen promosi untuk satu perlawanan e-sukan yang paling dinantikan. Mana-mana pun, pautan itu adalah jalan pintas di antara anda dan item yang anda mahukan!
  2. Ikuti pautan tersebut. Ketik atau klik terus item yang anda impikan!
  3. Tekan BELI. Harga akan disenaraikan dalam kedua-dua Wild Core dan matawang setempat anda, jadi anda tahu berapa nilai yang akan anda belanjakan. Dan jangan risau tentang pembelian berganda! Kami akan hentikan anda apabila anda cuba membeli item yang anda sudah miliki.
    • PASTIKAN ANDA TELAH MELOG MASUK KE AKAUN YANG BETUL! Anda akan disuruh untuk memasukkan maklumat log masuk anda pada langkah ini jika anda masih belum melog masuk tetapi ia juga mengesahkan bahawa anda telah menggunakan akaun yang betul untuk pembelian item ini.
  4. Masukkan kaedah pembayaran yang anda inginkan. Sila ambil perhatian bahawa anda akan membeli bilangan tepat Wild Core yang diperlukan untuk item itu dan juga baki Core semasa tidak akan diambil kira. Kami akan menambahkan ciri ini tidak lama lagi tetapi sehingga masa itu, kami meminta anda untuk menggunakan kedai dalam permainan jika anda ingin membelanjakan Wild Core yang telah anda beli.
  5. Itu sahaja! Sebaik sahaja pembelian anda selesai, anda akan menerima skrin berjaya, satu e-mel mengandungi resit anda dan—paling penting—item itu sendiri!

Jadi, itu sajalah! Lain kali jika anda terlihat skin yang anda mahu untuk disertakan dengan pautan, anda boleh membelinya dengan yakin!

Di manakah ciri ini tersedia buat masa ini?

Para pemain di Filipina, Singapura, Thailand, Malaysia dan Indonesia boleh mengambil peluang untuk menggunakan pautan langsung ini. Jika anda tinggal di tempat lain? Nantikan! Kami berharap untuk menyokong lebih banyak lokasi tidak lama lagi.

Apakah opsyen pembayaran yang disokong?

Sebagai tambahan kepada semua kad kredit utama (Visa, MasterCard, UnionPay), anda juga akan boleh menggunakan pelbagai jenis kaedah pembayaran setempat yang popular. Hanya ikut salah satu pautan kami untuk melihat opsyen anda.

Apakah perbezaan di antara harga-harga ini dengan harga di dalam kedai dalam permainan?

Matlamat kami adalah untuk menyediakan pengalaman yang konsisten kepada semua pemain kami tanpa mengira kaedah yang anda inginkan untuk mendapat kandungan. Sebab itulah harga item yang tersedia menerusi pautan ini akan sama seperti ditawarkan di dalam kedai dalam permainan sehampir mungkin. Dengan itu, membuang keperluan untuk membeli Wild Core terlebih dahulu akan menyebabkan sedikit perbezaan—tetapi hasil akhirnya akan konsisten dengan apa yang anda jangkakan.

Tolong! Item yang saya beli tiada dalam akaun saya!

Sebaik sahaja anda menyelesaikan pembelian anda, kandungan itu patut sudah ditambahkan pada akaun anda dalam beberapa minit. Jika item tersebut tidak muncul dalam inventori anda dalam masa 1 jam, serahkan tiket bersama-sama nombor pesanan anda dan kami akan melakukan sebaik mungkin untuk membetulkannya.

Bagaimana jika saya ingin meminta bayaran balik?

Kami boleh membuat bayaran balik Wild Core yang digunakan untuk membuat pembelian item jika kesemua syarat-syarat berikut dipenuhi:

  1. Kandungan yang dibeli masih belum digunakan
  2. Kurang daripada 14 hari selepas anda membeli item tersebut
  3. Anda belum berpindah pelayan semenjak anda membeli item tersebut

Jika pembelian anda layak, hanya hantarkan tiket kepada kami untuk memulakan proses bayaran balik dan kami akan memastikan Wild Core dikembalikan ke akaun anda.

Adakah artikel ini membantu?