Wild Rift - Event Ultimate Spellbook

Sudah bosan asyik menggunakan Spell yang sama sahaja dalam setiap perlawanan? Apa kata anda cuba tukar salah satu Spell itu dengan ultimate daripada champion lain dalam event Ultimate Spellbook League of Legends: Wild Rift?! 

Tarikh

Mula - 30 Mac 2023 // 8:00 pagi GMT+8
Tamat - 13 April 2023 // 07:59 pagi GMT+8*

*Tarikh dan waktu tertakluk pada perubahan. Sentiasa semak jadual dalam permainan untuk mendapatkan maklumat yang paling tepat.

Apakah itu Ultimate Spellbook?

Sama seperti Mod Ultra Rapid Fire, Ultimate Spellbook (USB) ialah mod permainan masa terhad yang menjadikan Wild Rift lebih gempak! Namun begitu, daripada memberikan kuasa kepada anda untuk spam ability mengikut kehendak anda, anda akan memilih daripada satu pilihan kecil ultimate champion lain setiap perlawanan untuk menggantikan salah satu Spell anda. Ultimate ini biasanya mempunyai cooldown yang lebih rendah daripada biasa yang membolehkan anda membuat kombo gila-gila secara sendiri. Namun begitu, berhati-hati! Musuh juga diberikan manfaat yang sama, jadi sentiasa lihat papan markah untuk memantau pesaing anda sebelum anda kalah teruk!

Senarai Ultimate USB

Ahri Akali Amumu Ashe
Blitzcrank Camille Ekko Evelynn
Ezreal Fizz Gragas Gwen
Jarvan IV Jinx Jhin Kayle
Lee Sin Lucian Lulu Lux
Malphite Miss Fortune Mundo Nunu
Olaf Pantheon Seraphine Sett
Tristana Tryndamere Varus Vex
Vi Xin Zhao Yone Ziggs
Zoe      

Anda boleh menjangkakan bahawa mod permainan ini mungkin akan kembali pada suatu ketika nanti, tetapi kami akan menyambut keluaran pertamanya dengan event khas. Jadi tunggu apa lagi?! Pilihlah ultimate anda dan berseronoklah!

Apakah lagi yang berbeza dalam Ultimate Spellbook Wild Rift?

Bermacam-macamlah! Seeeperti:

  • Ultimate USB mempunyai ability haste yang terbina dalam dan naik level apabila anda mencapai level 9 dan level 13.
  • Ultimate USB mengenakan adaptive damage! Jika anda biasanya mengenakan AD tetapi mendapat ultimate AP (atau sebaliknya), ultimate tersebut masih lagi berskala dengan statistik utama anda.
  • Semua orang mendapat ability haste Spell, nyawa, tenacity dan movement speed tambahan.
  • Champion membesar dari segi saiz dengan setiap kill dan mengecil dengan setiap kematian. Inilah memang akan menunjuk-nunjuk KDA anda!
  • Selepas 15 minit, Nexus tidak lagi memulihkan nyawa!

Saya seorang jungler! Apa yang berlaku dengan Smite saya?!

Jangan takut, pemain jungle utama! Jika anda ditugaskan dengan posisi Jungle, anda akan diberikan Auto Obsidian Smite, yang akan kill secara automatik Blue Sentinel, Red Brambleback, Rift Scuttler, atau monster epik yang berada pada atau di bawah 450 HP apabila anda auto attack mereka. Auto Obsidian Smite juga akan menyebabkan auto attack anda memberikan kesan Burning pada monster jungle, mengenakan sedikit damage secara berkala untuk membantu clear anda. Ingat bahawa: auto-kill hanya berkesan pada buff Merah/Biru ANDA dan tidak akan dicetuskan pada jungle musuh.

Misi

Misi Ultimate Spellbook disegar semula setiap hari pada pukul 8:00 pagi GMT+8. Pastikan anda menyelesaikan misi tersebut sebelum waktu itu kerana sebarang kemajuan yang anda buat tanpa menyelesaikan misi tersebut akan ditetapkan semula juga!

Ingat bahawa: misi ini hanya boleh dicapai dalam mod permainan matchmaking seperti Normal/Ranked PVP, ARAM, Co-op VS AI serta sudah tentulah, Ultimate Spellbook. Perlawanan custom dan mod latihan merupakan latihan yang bagus untuk anda, tetapi tidak dikira untuk sebarang objektif.

XP Diperlukan Ganjaran
Main satu perlawanan Ultimate Spellbook 1 XP
Dapatkan 20 takedown 1 XP
Bantu musnahkan 3 turret 1 XP

Ganjaran

Sekiranya ultimate kedua masih lagi tidak cukup sebagai ganjaran, anda juga berpeluang untuk memenangi item di bawah!

XP Diperlukan Ganjaran
3 100 Blue Mote
6 100 Blue Mote
9 125 Blue Mote
12 125 Blue Mote
15 150 Blue Mote
18 150 Blue Mote
21 spellbook-poro-emote.jpg
Emote
Spellbook Poro
Adakah artikel ini membantu?