Jinx, Ratu Huru-Hara, telah mencemar duli ke League of Legends: Wild Rift dengan seuncang usikan! Segalas gila-gila! SERUMPUN RIUK-RENDAH.
Selesaikan satu siri misi yang kalut untuk ganjaran yang sama tidak masuk akal, atau ikutlah nasihat coretan merosakkan Jinx untuk melihat sejauh mana event ini terkeluar dari skrip!
Tarikh
Mula - 30 Mac 2023 / 8:00 pagi GMT+8
Tamat - 20 April 2023 / 07:59 pagi GMT+8*
*Tarikh dan waktu tertakluk pada perubahan. Sentiasa semak jadual dalam permainan untuk mendapatkan maklumat yang paling tepat.
Misi
Setiap Babak mengandungi empat misi standard biasa dengan objektif yang sudah pun diketahui oleh kebanyakan pemain Wild Rift veteran. Menyelesaikan kesemuanya akan mengaktifkan ganjaran Babak tersebut (disenaraikan di bawah!) dan memberi anda akses kepada misi Babak seterusnya (dengan syarat masa yang cukup telah berlalu, sudah tentu!).
Tetapi itu tidak menyeronokkan apabila dibandingkan dengan anda boleh menyelesaikan hanya satu misi cabaran untuk melengkapkan Babak itu dalam satu permainan?!
Memanglah, objektif misi cabaran ini agak…baiklah, mengarut. Anda boleh bermain 100 perlawanan dan tidak pernah mencapainya secara kebetulan! Tetapi jika anda mengumpulkan sekumpulan orang gila-gila yang berfikiran sama, anda boleh menunjukkan kepada dunia bahawa kamilah April Fool sebenar kerana meragui anda!
Ingat bahawa: misi ini hanya boleh dicapai dalam mod permainan matchmaking seperti Normal/Ranked PVP, ARAM, Co-op VS AI serta dalam kes ini, Ultimate Spellbook. Perlawanan custom dan mod latihan merupakan latihan yang bagus untuk anda, tetapi tidak dikira untuk sebarang objektif!
Babak 1
Aktif: SEKARANG!
Keperluan: Tiada!
Misi | Objektif |
---|---|
CHALLENGE: No Surrender | Musnahkan nexus musuh dalam masa kurang dari 4:30 |
Gathering Funds | Dapatkan 40,000 gold |
Pummel Away | Kenakan 120,000 damage pada champion musuh |
Winner Winner | Menang 5 perlawanan |
Teamwork | Sebagai satu pasukan, dapatkan 350 kill |
Babak 2
Aktif: 2 April 2023 @ pukul 08:00 pagi GMT+8
Keperluan: Lengkapkan Babak 1
Misi | Objektif |
---|---|
CHALLENGE: Zooooom | Anda atau seseorang dalam pasukan anda mencapai 1300 movement speed |
Flimsy Structures | Bantu dalam memusnahkan 5 turret |
Into The River | Sebagai satu pasukan, kalahkan 25 Rift Scuttler ATAU Main 6 perlawanan |
Occupational Hazard | Sebagai satu pasukan, kalahkan 2,000 minion |
A Dangerous Foe | Sebagai satu pasukan, kalahkan Baron Nashor 3 kali ATAU Main 12 perlawanan |
Babak 3
Aktif: 5 April 2023 @ pukul 08:00 pagi GMT+8
Keperluan: Lengkapkan Babak 2
Misi | Objektif |
---|---|
CHALLENGE: Sell It All | Musnahkan nexus musuh tanpa apa-apa item pada mana-mana champion sekutu |
Strike First | Sebagai satu pasukan, dapatkan first blood ATAU Main 4 perlawanan |
Shopping Time | Dapatkan 90,000 gold |
All Seeing | Letak atau musnahkan 45 ward ATAU Main 9 perlawanan |
Takedown Machine | Dapatkan 150 takedown |
Babak 4
Aktif: 8 April 2023 @ pukul 08:00 pagi GMT+8
Keperluan: Lengkapkan Babak 3
Misi | Objektif |
---|---|
CHALLENGE: Lemmings | Dalam permainan co-op lawan AI, pastikan seluruh pasukan anda dibunuh oleh fountain musuh sebelum 2:00 |
No One Left | Sebagai satu pasukan, dapatkan satu Ace ATAU Main 4 perlawanan |
Grab Some Friends | Menang satu perlawanan dalam satu party tersedia ATAU Main 6 perlawanan |
Clear The Way | Sebagai satu pasukan, musnahkan 35 turret |
Victorious! | Menang 7 perlawanan |
Babak 5
Aktif: 11 April 2023 @ pukul 08:00 pagi GMT+8
Keperluan: Lengkapkan Babak 4
Misi | Objektif |
---|---|
CHALLENGE: Pacifist Run | Menang satu perlawanan dengan 0 kill pada pasukan anda |
Punch First | Kenakan 75,000 damage pada champion musuh |
Playmaker | Dapatkan first blood ATAU Main 6 perlawanan |
A Job Well Done | Dapatkan MVP ATAU Main 9 perlawanan |
Top Of The Class | Dapatkan rating A atau S dua kali ATAU Main 12 perlawanan |
Babak 6
Aktif: 14 April 2023 @ pukul 08:00 pagi GMT+8
Keperluan: Lengkapkan Babak 5
Misi | Objektif |
---|---|
CHALLENGE: Star Player | Anda atau seseorang dalam pasukan anda mendapat satu pentakill |
Rule Of Three | Menang 3 perlawanan |
On The Hunt | Dapatkan 30 kill |
Monster Slayer | Sebagai satu pasukan, kalahkan 25 monster epik ATAU Main 9 perlawanan |
Merit Badges | Dapatkan 15 pingat ATAU Main 12 perlawanan |
... dan pastinya tiada yang lain!
Ganjaran
Selesaikan empat misi standard atau misi cabaran tunggal untuk mana-mana Babak di atas untuk menjadi pemilik ganjaran berikut yang bangga tetapi juga gila-gila!
Misi | Objektif |
---|---|
0 (Hanya untuk mengambil bahagian!) |
Spawn Tag PUNS (sementara, kekal sehingga event tamat) |
1 | 500 Poro Energy |
2 |
Ikon Jinx Here! |
3 | 500 Poro Energy |
4 |
Emote Oh Well! |
5 | 500 Poro Energy |
6 |
Bingkai Ikon SNACKS |
Itu Sahaja!
…Hah? Anda pernah mendengar ada suatu rahsia yang kami tidak beritahu anda? Pfft! Mengarut. Lihat sahaja latar belakang dengan Twisted Fate itu! Serius, tolak ke tepi semua misi yang benar-benar normal itu dan lihatlah dengan baik. Adakah dia kelihatan seperti seorang lelaki yang akan menyembunyikan sesuatu di lengan bajunya? Sungguhlah! Adakah anda berfikir ini suatu Event April Fool yang gila-gila?!
Orb itu... IA MEMANGGIL-MANGGIL!