Soalan Lazim Xbox Game Pass

Riot-Xbox-Game-Pass.png

Kami telah bekerjasama dengan Xbox untuk memberikan manfaat tambahan dalam permainan kepada pemegang Xbox Game Pass! Anda perlu memautkan akaun Xbox anda kepada Akaun Riot anda, dan mempunyai Game Pass yang aktif untuk mendapatkan boost XP, mengaktifkan champion dan Ejen serta banyak lagi!

Dapatkan ganjaran tambahan dalam permainan dengan memautkan akaun Xbox anda! 

Siapa cepat dia dapat! Pautkan profil Xbox anda kepada Akaun Riot anda antara 8 Disember hingga 1 Januari 2023, dan anda akan mendapat ganjaran dalam permainan ini—walaupun anda tidak ada Game Pass! 

  • VALORANT - Buddy Pocket Sage
  • League of Legends - Peti dan Kunci Masterwork
  • Teamfight Tactics - Telur Little Legend Rare
  • Wild Rift - Peti Emote Rawak
  • Legends of Runeterra - Peti Prismatik

Memautkan Akaun Riot Anda kepada Profil Xbox Anda

Memautkan profil Xbox anda kepada Akaun Riot anda hanya memerlukan beberapa klik:

  1. Pergi ke Halaman Pendaftaran Sosial Xbox.
  2. Log masuk dengan akaun Microsoft anda (pastikan anda mempunyai profil Xbox).
  3. Klik Ya untuk membenarkan Riot Games mengakses maklumat Xbox Live anda.
  4. Daftar masuk dengan Akaun Riot anda.

Itu sahaja! Anda sepatutnya melihat mesej bahawa akaun anda telah berjaya disambungkan dengan Xbox. 

Bilakah manfaat Game Pass bermula?

Selepas anda memautkan Akaun Riot anda kepada profil Xbox dengan Game Pass yang aktif:

  • Manfaat untuk VALORANT, League of Legends, Teamfight Tactics dan Legends of Runeterra akan diaktifkan pada 13 Disember 2022 pukul 01:00 pagi GMT+8. 
  • Manfaat untuk Wild Rift akan diaktifkan pada 11 Januari 2023.

Sehingga itu, mari lihat Manfaat Game Pass yang menanti anda!

Adakah manfaat tersedia di rantau saya?

Kerjasama ini tersedia kepada sesiapa sahaja yang mempunyai Xbox Game Pass, di semua rantau Xbox Game Pass tersedia.

Walau bagaimanapun, sesetengah rantau akan mendapat manfaat ini lewat sedikit daripada yang lain, dan hanya untuk permainan yang sudah disokong di rantau tersebut:

Rantau Ketersediaan Manfaat

Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Filipina, Taiwan, Thailand, Singapura dan Vietnam

Bermula 12 Disember, 2022:

  • VALORANT
  • Legends of Runeterra

Bermula 5 Januari 2023, permainan di atas dan juga:

  • League of Legends
  • TFT (PC sahaja)

Bermula 11 Januari 2023, permainan di atas dan juga:

  • Wild Rift
India Semua manfaat tersedia kecuali Wild Rift.

Saya telah memautkan Xbox Game Pass saya tetapi saya tidak melihat pemberitahuan dalam permainan. Tolong saya!

Setiap permainan Riot akan mempunyai cara yang berbeza untuk menunjukkan bahawa Xbox Game Pass anda aktif dan berjaya disambungkan:

  • VALORANT: Jika anda memautkan Game Pass semasa dalam sesi VALORANT yang aktif, anda perlu melancarkan semula permainan untuk melihat pemberitahuan manfaat anda.
  • Legends of Runterra: Semak pemberitahuan Loot anda!
  • Wild Rift: Anda akan mendapat pemberitahuan dalam peti mel dalam permainan anda, serta Program Ganjaran yang berterusan Ikon riot-xbox-rewards-program.png di penjuru kiri sebelah atas skrin utama anda selagi Xbox Game Pass anda dipautkan dan aktif.
  • Teamfight Tactics: Anda akan mendapat pemberitahuan timbul apabila anda log masuk.
  • League of Legends: Anda akan mendapat pemberitahuan timbul apabila anda log masuk, serta Program Ganjaran yang berterusan. Ikon riot-xbox-rewards-program.png di penjuru kanan sebelah atas pelanggan, dengan Game Pass disenaraikan dalam menunya selagi Xbox Game Pass anda dipautkan dan aktif.

Bolehkah saya menukar Akaun Riot saya yang dipautkan?

Bersambung kepada akaun yang salah? Tiada masalah! Anda boleh menukar akaun yang dipautkan kepada profil Xbox anda melalui dua langkah mudah:

  1. Dalam Akaun Riot anda, pergi ke Akaun Bersambung dan putuskan sambungan Xbox anda.
  2. Setelah akaun anda yang sebelum ini diputuskan sambungan, teruskan dan sambungkan akaun yang diingini.

Mengapa saya tidak boleh membeli skin untuk champion saya yang diaktifkan? (LoL, WR)

Anda hanya boleh membeli skin untuk champion yang anda miliki. Semua champion boleh diaktifkan dengan Game Pass, tetapi sama seperti giliran mingguan percuma, champion tersebut hanya tersedia untuk masa yang terhad—dalam kes ini, selagi anda mempunyai Game Pass! Jika anda ingin membeli skin, anda perlu membeli champion tersebut terlebih dahulu.

Apakah yang berlaku kepada kemajuan kontrak Ejen saya setelah saya mengaktifkan semua watak? (VALORANT)

Sama seperti Ejen yang diaktifkan tanpa memerlukan sebarang kemajuan dalam kontrak Ejen, memautkan Akaun Riot anda kepada akaun Xbox dengan langganan Game Pass yang aktif membolehkan anda bermain semua Ejen dalam permainan tanpa meningkatkan kontrak anda kepada tahap lima.

Saya menghadapi masalah dengan log masuk Xbox.com, pengebilan atau isu akaun lain

Sila hubungi Sokongan Xbox.

Saya menghadapi masalah dengan Akaun Riot saya atau kandungan dalam permainan

Jika anda tidak melihat kandungan Xbox Game Pass anda dalam permainan, atau anda menghadapi masalah lain di laman riotgames.com atau dalam klien permainan Riot, sila serahkan tiket untuk Soalan/Isu Dalam Permainan anda.

Adakah artikel ini membantu?

Tidak dapat mencari apa yang anda mahu?

Kami sedia membantu anda! Hantarkan tiket! Selagi poro tidak memakannya, kami akan segera menghubungi anda.

/ Hantar Tiket
Kuasa daripada Zendesk