Wild Rift - Lunar Feast

Lunar-feast-key-art.png
Tugas seorang Mythmaker sentiasa melaparkan. Syukurlah, anda dan pasukan cef elit anda sudah bersedia untuk berkenduri sakan dalam League of Legends: Lunar Feast Wild Rift!

Tarikh

Mulakan tahun baharu dengan misi sepanjang sebulan!

Mula - 12 Januari 2023 // 8:00 pagi GMT+8
Tamat - 9 Februari 2023 // 7:59 pagi GMT+8*

*Tarikh dan waktu tertakluk pada perubahan. Sentiasa semak jadual dalam permainan untuk mendapatkan maklumat yang paling tepat.

Menyediakan Lunar Feast

Lunar Feast adalah tentang makanan yang enak, rakan-rakan yang hebat, dan ganjaran yang tidak terperi. Tetapi sebelum anda menikmati sehidangan bauble dan emote anda sendiri serta banyak lagi, anda perlu memberi makan kepada para Mythmaker. Dan untuk itu, anda memerlukan satu pasukan.

Masa untuk Berpasukan

Pelanggan anda membawa rasa lapar tahap mythic yang tidak dapat ditenangkan oleh seorang cef sahaja. Itulah sebabnya untuk event ini anda mesti menjadi sebahagian daripada pasukan untuk mengambil bahagian! Tetapi jangan risau kerana kami telah menjadikan proses menyertai pasukan semudah moonpie.

Cipta Pasukan

Berminat untuk berkenduri sakan dengan skuad anda? Inilah pilihan untuk anda!

Sesiapa sahaja boleh mencipta pasukan secara percuma. Pasukan baharu bermula Tertutup secara lalai, bermakna pemain lain mesti menerima jemputan daripada anda atau rakan sepasukan anda untuk menyertainya.

Jika anda telah menjemput semua rakan anda dan masih mempunyai ruang dalam senarai, pertimbangkan untuk menukar pasukan anda kepada Terbuka untuk membenarkan mana-mana pemain lain menyertai anda. Tetapi jangan ambil mudah keputusan ini—setelah pasukan anda Terbuka, ia tidak boleh kembali menjadi Tertutup! 

Sertai Pasukan

Adakah anda lebih suka menyerahkan semua hal pengurusan kepada orang lain dan terus mula memasak? Sertailah pasukan yang sedia ada!

Jika anda berhasrat untuk menyertai pasukan rakan anda, minta mereka menghantar jemputan kepada anda. Anda boleh menyemak jemputan-jemputan anda ("Jemputan-jemputan" SECARA MAJMUK? popularnya anda!) selepas menekan Sertai Pasukan, dan selepas itu anda boleh mengklik tanda semak untuk menyertainya serta-merta!

Jika anda seorang cef sous bersendirian yang ingin menyertai sebarang pasukan sahaja, tekanlah butang Cari Pasukan! Tindakan ini akan meletakkan anda dalam matchmaking Mythmaker kami yang hebat, yang akan meletakkan anda dalam pasukan secara automatik selepas menunggu sebentar.

Tinggalkan Pasukan

Kadangkala, terlalu sedikit tukang masak merosakkan kuahnya, dan anda memutuskan untuk meninggalkan pasukan anda. Dan tiada salahnya! Malah, anda boleh meninggalkan pasukan anda pada bila-bila masa yang anda mahu dan seberapa banyak kali yang anda perlukan. Tetapi berhati-hati—tukang masak yang sangat berubah-ubah akan mula mengalami cooldown sebelum mereka boleh menyertai krew baharu jika mereka meninggalkan terlalu banyak pasukan dalam satu hari. Jangan ragu-ragu untuk mencari dinamik pasukan yang sesuai untuk anda, tetapi pertimbangkan untuk menekan brek jika kemasukan anda ke dalam pasukan baharu mula ditangguhkan.

Ambil perhatian juga bahawa jika ketua pasukan yang keluar, maka gelaran ketua cef akan diturunkan berdasarkan kekananan. Sesiapa yang paling lama berada dalam pasukan boleh memakai topi putih besar itu!

Melainkan, sudah tentu, sudah tiada orang lain, yang dalam hal ini pasukan itu akan dibubarkan.

Selain itu, pemain yang tidak aktif selama tujuh hari berturut-turut akan dikeluarkan daripada pasukan.

Wah! Perniagaan restoran sangat tidak berhati perut.

Misi Memasak

Sebaik sahaja pasukan anda ditubuhkan, mereka akan didekati oleh salah seorang Mythmaker dengan pesanan Tahun Baru Cina yang lazat. Kemudian tiba masanya untuk memasak!

Semua orang dalam pasukan anda akan memilih daripada beberapa misi berpotensi yang memberikan ganjaran ramuan untuk perkara seperti mengenakan damage, memusnahkan turret atau bermain dalam party tersedia. Anda hanya boleh mempunyai satu misi aktif pada satu masa, jadi pastikan anda memilih satu yang melengkapkan gaya permainan anda.

Seperti misi dalam event lain, anda boleh melengkapkan objektif anda dalam PVP Biasa, ARAM, Ranked, mod permainan khas seperti URF dan Ko-op lwn. AI. Latihan, permainan custom dan duel 1v1 tidak akan memberi anda sebarang ramuan, jadi berhati-hati semasa masuk queue jika anda ingin memberikan sentuhan akhir pada resipi semasa anda!

Penyelesaianlah Kuncinya

Ganjaran Pasukan diberikan kepada sesiapa sahaja dalam pasukan apabila pesanan itu selesai, tanpa mengira masa yang dihabiskan dengan pasukan. Jika anda berjaya menyertai pasukan yang sudah menyelesaikan suatu hidangan sebanyak 95%, maka anda sedang menuju ke tahun baru yang sangat bertuah!

Pas Event

lunar-feast-pass.png
Tingkatkan masakan anda ke peringkat seterusnya dengan Pas Event Lunar Feast, yang boleh dibeli semasa event berlangsung untuk 590 Wild Cores. Jika anda kekurangan masa, anda juga boleh membeli level pada pas event anda untuk 125 Wild Cores bagi setiap level. Pas ini bukan sahaja akan mengaktifkan set Ganjaran Peribadi tambahan, malah akan menjadikannya lebih mudah untuk diperoleh dengan menyediakan 25% Boost Ramuan untuk kemajuan peribadi dan juga kemajuan pasukan anda. Jika itu tidak mencukupi untuk membangkitkan selera anda, anda juga akan mendapat ikon khas pada papan pendahulu pasukan untuk menunjukkan kepada rakan cef anda bahawa anda sudah bersedia untuk memeras keringat!

Ganjaran Peribadi

Walaupun mencipta hidangan Lunar Feast adalah usaha pasukan, kemajuan peribadi anda akan mengikuti anda dari satu pasukan ke pasukan seterusnya. Itulah ganjaran anda yang selayaknya!

Terdapat banyak ganjaran percuma hanya untuk menyelesaikan misi, tetapi jika anda ingin menggandakan ganjaran anda, pertimbangkan untuk merebut Pas Event Lunar Feast untuk mendapatkan Ganjaran tambahan yang diperincikan di bawah!

Keperluan Ramuan Ganjaran Percuma Ganjaran Pas
0 bun-brightly-spawn-tag.png
Spawn Tag (Sementara) Bun Brightly
500 Blue Motes
500 happy-new-ears-icon.png
Ikon Happy New Ears!
year-of-the-rabbit-icon.png
Ikon Year of the Rabbit
1000 tall-order-bauble.png
Bauble Tall Order
break-a-leg-emote.png
Emote Break a Leg
1500 500 Blue Motes 500 Poro Energy
2000 sticky-situation-bauble.png
Bauble Sticky Situation
places-emote.png
Emote Places!
2500 500 Poro Energy 500 Blue Motes
3000 just-desserts-bauble.png
Bauble Just Desserts
action-emote.png
Emote ACTION!
3500 Champion Pilih Sendiri 500 Poro Energy
4000 on-a-roll-bauble.png
Bauble On a Roll
prop-hop-emote.png
Emote Prop Hop
4500 Peti Pemilihan Gaya Champion
Gaya Gwen (biasa)
Gaya Seraphine (biasa)
Gaya Camille (biasa)
Gaya Zoe (biasa)
Gaya Caitlyn (biasa)
500 Blue Motes
5000 500 Poro Energy 500 Poro Energy
5500 dumplings-steamed-bauble.png
Bauble Dumplings? Steamed
mm-mm-mm-emote.png
Emote MM-MM-MM!
6000 500 Blue Motes 500 Blue Motes
6500 Peti Poro Peti Poro
7000 500 Poro Energy 500 Poro Energy
7500 bunny-hop-recall.png
Recall Bunny Hop
mythmaker-recall.png
Recall Mythmaker
8000 250 Poro Energy 250 Poro Energy
8500 250 Poro Energy 250 Poro Energy
9000 250 Poro Energy 250 Poro Energy
9500 250 Poro Energy 250 Poro Energy
10000 250 Poro Energy 250 Poro Energy
10500 250 Poro Energy auspicious-aff-hare-spawn-tag.png
Spawn Tag (Kekal!) Auspicious Aff-hare

Ganjaran Pasukan

Setelah pasukan mencapai 4,000 ramuan, semua ahli semasanya akan diberikan ganjaran. Capai pencapaian ini lima kali dengan sebarang pasukan untuk penghormatan yang benar-benar mythic bagi usaha berpasukan anda!

Keperluan Ramuan Pasukan Ganjaran
4,000 500 Poro Energy
4,000 500 Poro Energy
4,000 500 Poro Energy
4,000 500 Poro Energy
4,000 myths-made-icon.png
Ikon Myths? Made!
Adakah artikel ini membantu?

Tidak dapat mencari apa yang anda mahu?

Kami sedia membantu anda! Hantarkan tiket! Selagi poro tidak memakannya, kami akan segera menghubungi anda.

/ Hantar Tiket
Kuasa daripada Zendesk