Bagaimana untuk Membuka Log untuk Peranti iOS

Kadang kala memang akan terdapat masalah. Permainan crash, lag ataupun tidak berfungsi dengan betul. Walaupun satu restart boleh menyelesaikan kebanyakan daripada masalah ini, terdapat kes yang memerlukan pemerhatian yang lebih mendalam.

Dari situlah log boleh membantu.

Bila untuk Membuka Log

Anda hanya perlu membuka dan meletakkan log dalam tiket anda jika disuruh oleh sokongan pemain! Kami faham semua ini akan memakan masa, jadi kami tidak akan meminta log sehingga cara yang lebih mudah telah digunakan. Terima kasih!

Di manakah log tersebut?

Log anda akan disimpan mengikuti sistem operasi komputer anda.

Sistem Operasi Lokasi

Mac OS X

~/Library/Logs/CrashReporter/MobileDevice/<DEVICE_NAME>*

Windows XP

C:\Documents and Settings\<USERNAME>\Application Data\Apple Computer\Logs\CrashReporter\MobileDevice\<DEVICE_NAME>

Windows Vista/7/8/8.1/10

C:\Users\<USERNAME>\AppData\Roaming\Apple Computer\Logs\CrashReporter\MobileDevice\<DEVICE_NAME>

*Perhatian untuk pengguna OS X: ~/Library tersorok secara asal dalam Mac OS X. Untuk mencarinya, anda perlu buka aplikasi Finder , kemudian tahan butang option sementara anda klik pada menu Go. Library merupakan salah satu item menu anda. Klik padanya, kemudian teruskan ke lokasi yang ditunjuk di atas.

Bagaimana untuk membuka log

Terdapat dua cara untuk membuka log daripada peranti mobile iOS anda—satu cara memerlukan komputer yang berbeza dan lagi satu boleh dilakukan dalam peranti mobile anda.

Dalam Komputer

Untuk membuka log daripada komputer, anda perlu sync akaun iTunes terlebih dahulu.

  1. Sync peranti anda dengan iTunes dalam PC anda
  2. Selepas iTunes telah sync, lihat carta di atas untuk ketahui direktori mana yang mempunyai crash log anda
  3. Pergi ke direktori yang betul untuk sistem operasi anda dan cari failR3Dlog.txt

Dalam Peranti Mobile

  1. Buka aplikasi Settings
  2. Pergi ke Privacy > Analytics & Improvements > Analytics data
  3. Pilih Mobile Crash daripada senarai tersebut. Akan terdapat fail R3Dlog.txt bersama dengan timestamp crash
  4. Ketik pada crash tersebut untuk membuka fail yang mengandungi crash log. Ketik dan tahan, kemudian pilih Select All diikuti dengan Copy
  5. Paste teks yang telah disalin ke satu lokasi yang anda boleh keluarkan daripada peranti anda (seperti e-mel atau storan cloud)
  6. Hantar teks tersebut kepada Sokongan Pemain
Adakah artikel ini membantu?

Tidak dapat mencari apa yang anda mahu?

Kami sedia membantu anda! Hantarkan tiket! Selagi poro tidak memakannya, kami akan segera menghubungi anda.

/ Hantar Tiket
Kuasa daripada Zendesk