Cara Membuka Log bagi Peranti Android

Kadang-kadang keadaan tidak menjadi seperti yang diharapkan. Permainan crash, lag ataupun tidak berfungsi dengan betul. Walaupun restart boleh menyelesaikan kebanyakan daripada masalah ini, terdapat juga kes yang memerlukan pemerhatian yang lebih mendalam.

Dari situlah log boleh membantu.

Masa untuk Membuka Log

Anda hanya perlu membuka dan meletakkan log dalam tiket anda jika disuruh oleh sokongan pemain! Kami faham semua ini akan memakan masa, jadi kami tidak akan meminta log sehingga cara yang lebih mudah telah digunakan. Terima kasih!

Di manakah log tersebut?

Log permainan disimpan di lokasi berbeza bergantung pada permainan. Lihat carta di bawah untuk mengetahui lokasi log untuk tajuk tertentu anda tinggal dan yang kami perlukan untuk membantu anda.

Permainan Lokasi Log

Teamfight Tactics Mobile

Android/data/com/riotgames.tftmobile R3Dlog.txt (log yang terkini atau yang berkaitan dengan masalah)
Jika diminta oleh pasukan permainan, buka League_PerfDump.rpd juga
Legends of Runeterra Storage/Android/data/ com.riotgames.legendsofruneterra/files Semua log terkini yang berkaitan dengan masalah
League of Legends: Wild Rift Android/data/com.riotgames.league.wildrift Buka folder Files jika boleh. Jika tidak, dapatkan folder Log di dalamnya.

Perhatian: Jika permainan yang anda mengalami isu tidak disenaraikan, maknanya kami tidak membuka log untuk permainan tersebut pada masa ini.

Bagaimanakah saya boleh mendapatkan log?

Terdapat beberapa cara untuk mendapatkan log anda. Sesetengah cara memerlukan PC yang berbeza dan yang lain dapat dilakukan dengan peranti mudah alih. Teruskan membaca untuk melihat cara yang lebih sesuai mengikut keperluan anda!

Dalam Komputer

Mendapatkan log dari PC anda akan memerlukan sambungan fizikal antara PC dengan peranti mudah alih anda.

  1. Sambungkan peranti mudah alih anda kepada PC dengan menggunakan USB
  2. Setelah disambungkan, tarik bar status di bahagian atas skrin peranti mudah alih anda dan pilih opsyen USB
  3. Pilih Berikan akses kepada PC anda (akses penuh)
  4. Buka File Explorer pada PC anda
  5. Pilih peranti mudah alih anda daripada pemacu yang tersedia
  6. Cari data anda berdasarkan permainan tersebut daripada carta di atas
  7. Pilih Documents
  8. Pilih log permainan yang diperlukan berdasarkan carta di atas
  9. Muat turun log
  10. Lampirkan log bersama-sama tiket anda dan hantar!

Dalam Peranti Mudah Alih

Mahu mendapatkan log hanya dengan menggunakan peranti mudah alih? Kami akan menjelaskannya!

Kaedah 1

  1. Pergi ke Settings (ikon gigi roda) pada peranti mudah alih anda
  2. Pergi ke Device Care
    • (perhatian: bagi sesetengah peranti, anda perlu pergi ke General atau Device Care sebelum langkah seterusnya tersedia)
  3. Pergi ke Storage 
    • (perhatian: bagi sesetengah peranti, anda perlu pergi ke Internal Storage sebelum langkah seterusnya tersedia)
  4. Tekan Files, atau Advanced diikuti dengan Files
  5. Muat turun fail yang diperlukan seperti yang digariskan oleh carta di atas dan hantarkan fail kepada ejen sokongan anda

Kaedah 2

  1. Buka menu hamburger di bahagian atas sebelah kiri skrin anda
  2. Pergi ke Android > Data > com.riotgames.gametitle > Files > Documents > Logs > Gamelogs
  3. Cari folder yang dinamakan dengan timestamp yang sesuai dengan situasi apabila masalah itu berlaku, kemudian cari fail r3dlog.txt timestamp dalam folder itu
  4. Tekan dan tahan fail tersebut untuk memilihnya
  5. Gunakan butang Share di bahagian atas sebelah kanan untuk melampirkan fail pada e-mel sokongan atau chat
Adakah artikel ini membantu?